Aku benci kakak!!!

Assalamualaikum admin dan pembaca yg setia di sini.. Mulanya saya nak ucapkan terima kasih sekiranya kisah saya di post ke page. Bukan nak kejar populariti tetapi saya betul betul perlukan nasihat dan pandangan dari pembaca semua..

Macam ni.. Saya ni anak bongsu dari berbelas beradik.. Dah nama pun bongsu kan.. Mesti la baru nak membesar, matang dan dah mula pandai berfikir tentang kehidupan.. Ditinggal oleh adik beradik lain (bukan ditinggal tu disisih tapi huhu diorang dah kawin sorang demi sorang tinggalkan rumah ni) Sampai lah sekarang ni tinggal 3 beradik je. Saya, akak, abang. Ibu pun baru je meninggal tahun ni manakala ayah pula dah 18tahun tinggal kan kami sekeluarga.

Ok sebenarnya dari kecik lagi saya rasa macam ni. Tapi yela kecik tak pandai fikir apa pun. Telan jela hadap je situasi ni. Sampai lah sekarang. Situasinya kakak sy yg belum kawin tu saya tak suka dengan perangai dia.. Bukan saya sorang je tapi boleh kata semua adik beradik tak suka perangai dia. Tapi diorang selamat lah sebab dah kawin tak tinggal rumah ni. Saya ni haa bosan dah sampai naik tahap stress. Baru ni tak sihat gi klinik tiba-2 cek darah naik. Tinggi beb. Doktor kata awak stress ke atau tak cukup rehat. Entah lah maybe dua dua kot. Stress dengan keadaan sekeliling. Saya dah tak tahan dah utk terus hidup dalam rumah ni. Sebelum ni saya bertahan pun sebab ibu saya ada sini. If saya stress ke apa saya ada lah kawan utk borak2 kosong, ibu saya. Dah 4bulan lebih ibu tinggalkan kami ni, saya memang sunyi sangat-2.. Dah sunyi, stress hadap kakak tu lagi..

Kakak tu jenis perangai dia lain dari yg lain. Kalau cerita semua lebih lebih. Banyak menipu. Banyak auta. Banyak menyakitkan hati. Kadang-2 turun bawah (oh lupa bagitau kami rumah apartment) dia jumpa geng-geng dia kan dia menjaja cerita keburukan adik beradik kat rumah ni.. Bukan melepak ke apa. Dah memang tugas dia turun bawah beli lauk or apa apa jelah utk masak makan semua tu selepas ibu kami dah tak berapa larat. Dah bertahun tahun juga lah. Makna nya kat sini semua makcik2 orang2 kat sekitar sini dia kenal dan semua tu kenal dia. Dia selalu aibkan adik beradik sendiri bahkan ibu pun pernah dia aibkan. Padahal kadang2 tu tak betul pun malah ditokok tambah lagi. Jadi semua orang pandang rendah lah pada adik beradik kami. Kononnya dia sorang je yg buat kerja dia buat itu ini. Yg lain tak buat kerja tak tolong dia goyang kaki. Kononnya. Siapa ja ada kat rumah ni? Saya dia dengan abang je kan? Memang saya selalu buruk di mata orang sekitar situ. Pernah sekali bergaduh dengan jiran, tetiba jiran tu kata mak saya dera anak?? What?? Dera anak?? Apa maksud jiran tu? Oh lupa jiran tu jenis suami isteri mulut laser, suami suka cari gaduh cari pasal. Jadi tak tau apa point dia nak kata mak saya macam tu. Maksud dia dera anak tu ialah dera kakak saya yg saya tak suka tu. Act kami dengan jiran tu memang rapat lah baik je cuma tak tahu puncanya apa tetiba nak kata mak saya camtu kan.. Maybe akak tu dah cerita macam macam kat dia entah betul entah fitnah akak tu buat.. Dia kena faham tau. Dalam rumah ni cuma 4orang penghuni tetap. Ibu saya tak larat sangat since umur dah cecah 60 tu.. Saya kerja masa tu kerja pagi balik petang.. Abg yg sorang tu takyah cerita lah tanam anggur menyusahkan orang je tahu.. Akak tu tak kerja, memang dia lah yg ditugaskan utk uruskan rumah.. Masak, jaga anak buah, kemas rumah apa yg perlu.. Tu mmg tugas dia semasa berada di rumah manakala orang lain ada tugas sendiri. Kerja. Tak sedar diri dengan jaga anak buah tu lah dia dapat makan tau.. Kalau dia tak jaga anak buah (dia takleh kerja ada penyakit sawan) mana dia nak dapat duit? Tu pun boleh nak mengata adik beradik dia kat orang ramai.. Dan banyak lagi rupanya cerita2 palsu yg dia sebarkan kpd orang2 makcik2 kat area sini.. Termasuk buruk2 kan ibu.. Saya benci orang yg jatuhkan maruah ibu saya. Fitnah ibu saya. Buat jahat dgn ibu saya. Memang saya dendam. Saya ingat dari kecik sampai sekarang orang2 yg pernah aniaya ibu saya. Termasuk orang luar, makcik saya dan sesiapa saja. Saya memang pendam semua ni dari kecik sampai sekarang.. Termasuk akak saya tu saya benci. Sebab dia burukkan ibu..

Tu baru cerita dia kat luar rumah. Dalam rumah ni, dia ada satu penyakit di mana suka tuju2 kat orang. Maksudnya macam ni. Yelah kan seharian org lain kerja dia duk rumah buat kerja rumah. Bila org yg kerja ni balik ptg atau malam, tgh duk rilex2.. Contohla ibu saya suruh dia buat something, dia tuju lah “tuh suruh yang tuh ha buat sedap je duk rilex tak buat kerja” dan macam macam lagi.. Tu cuma contoh satu keadaan je.. Lagi dia suka berebut. Pantang je dengar orang kata nak basuh kain, tup tup kejap lagi dia kutip pakaian dia masuk dalam mesin. As well as u know, dia kan yg masak dalam rumah. Macam king la kononya dia kat dapur tu, bila kita nak guna dapur nak masak bahagian kita kadang2 kan, dia mesti menyibuk kat dapur tu buat itu ini.. Macam nak kongker dapur tu.. Taknak bagi orang lain guna.. Lagi satu kalau ada kakak yg lain datang nak makan2 kat rumah ni, berkumpul, dan nak masak kat sini.. Dia punya muka tu macam bermusuh dgn kakak2 lain yg masak tu.. Masam mencuka. Rasa nak simbah air gula banyak2. Dengki nya dia bila orang lain yg masak dan makan bersama.. Act saya dgn dia nih dah setahun lebih rasanya tak bertegur dengan dia.. Sebab sy benci dgn perangai dia.. Lagi perangai dia ni suka perang2 mulut. Kadang kalau dia geram sangat tu kan, dia mencarut kata badak air lah, pemalas lah, gila babi lah, bodoh lah dan macam2 lagi.. Oh ya lupa dia ni ada ajar budak ngaji juga.. Ini ke mulut “ustazah” yg ajar mengaji??? Budak2 ngaji panggil dia ustazah. But i think dia tak sesuai dgn title tu sebab dia banyak kelemahan dan keburukan berkaitan dgn akidah akhlak dan ibadah. Hanyak kami adik beradik je tahu orang luar mana tahu. Tapi tak perlu lah saya cerita kat sini kan.. Bukan nak aibkan dia tapi sy cuma bercerita tentang kenapa saya tak suka dia.. Dia tu suka perang mulut dgn saya dengki dgn saya sebab bagi dia saya ni tak buat kerja rumah langsung. Jadi bila dia je yg buat semua tu dia jadi dengki dan tuju2 pada saya tu yg terjadi nya perang mulut. Jadi utk elakkan sy sakit hati selalu perang selalu stress selalu, saya ambik inisiatif utk tak bertegur langsung dgn dia. Tapi even tak bertegur pun dia masih ada cara lain utk sakitkan hati saya ni. Perangai hodoh dia. Contohnya kan bila jalan dalam rumah ni selisih dgn saya ke dia paling muka dan ada bunyi “hemmhh” jelingan tajam dan sbg nya. Kadang kadang takda pasal pasal pun dia punya perangai tetiba macam tu. Pernah sekali anak buah muntah kan kebetulan dekat dengan saya, but masa tu dia yg gi dapur ambik kain, saya ni tgh duduk je kat area situ dia ambik kain lap muntah tu tapi muka dia pusing ke belakang maknanya dia lap muntah tu tak tengok pun dia lap tu tempat betul ke tak. Pusing kepala semata mata sebab taknak pandang muka saya. Gila ke apa?? Padahal masa tu takda pun bergaduh ke apa. Tiba2 je macam tu. Saya mmg sakit hati dan stress sangat hidup macam ni. Lagi lagi lepas kematian ibu makin menjadi jadi.

Sebab apa tau tak? Sebab dah takda org yg dia nak patuh lagi dah. Act masa ibu ada pun dia tak patuh juga. Bukan ibu atau kami adik beradik ni tak pernah tegur. Tiap tiap hari tegur pesan nasihat benda yg sama tapi langsung tak makan hati dia.. Dia susah nak diubah. Kalau ibu tegur pun dia taknak dengar, apatah lagi kami ni? Naizubillahiminzalik.

Lepas kematian ibu ni dia punya sikap kat bawah tu makin menjadi jadi juga. Dikatanya adik beradik tak bagi duit lah apa lah. Sampai berhutang dgn org lain tanpa pengetahuan keluarga. Dia tu boros. Bagi banyak makan pun tak cukup. Kalau seribu dia dapat sebulan 1000 tu lah habis. Tapi dia punya pendapatan lebih 1000 pun sebulan. Adik beradik bagi upah jaga anak buah pun dah hampir 1000. Duit ngaji dia lagi. Budak ngaji berpuluh juga. Duit beli lauk ibu bagi asing tau tak usik pun duit gaji dia. Tu kalau arwah ibu atau skrg ni adik beradik tak ambik simpan, mmg habis dia guna. Boros beli tak ingat dunia lepas tu kata adik beradik tak bagi duit. Saya tahu semua ni pun sebab orang2 kat bawah tu yg cerita pada sy. Akak tu bercerita dgn diorang buat muka sedih simpati je. Macam mana orang2 tu boleh cerita? Ok actually sy dah tukar pekerjaan di mana sy hanya kerja setengah hari je dah hampir 2tahun.. Semua tu sebab ibu saya. Mudah utk uruskan ibu sekiranya dia nak ke hospital.. Bila kerja kat tempat baru tu memang ramai kenalan. Saya jadi cikgu tadika.. Pengasuh/ibubapa/nenek kepada anak murid di situ memang kenal laa. So dekat situ lah sy tahu segala rahsia dia yg menjaja mulut kat orang ramai. Tu yg buat saya sakit hati dan berdendam tu. Tapi sy tak sampai hati nak cerita pada arwah ibu satu per satu aib yg dia sebarkan. Saya tak mampu utk sakiti hati tua ibu saya tu..

Lepas ibu meninggal tu kan, sy ada nyatakan hajat pd salah seorang kakak sy yg dah berumah tangga, yg saya nak tumpang dengan dia. Nak duj dengan dia. Taknak duk rumah ni. Nak keluar dari sini. Tapi dia tak bagi. Dia kata saya takleh keluar dari sini. Kalau saya keluar siapa nak jaga kakak yg tu?? What?? Diorang harap pada sy?? Saya ni baru di awal 20-an tauu. Act saya tak sambung belajar sebab sy sendiri pilih utk stop dan jaga ibu saya sebelum ni. Ibu mmg ada penyakit tersendiri yg memerlukan rawatan selalu di hospital. Sy stress tau. Stress hidup dalam ni. Tanpa ibu.. 4bulan lebih saya tahan semua ni.. Seperti yg saya kata, saya bertahan sebelum ni hanya kerana ibu saya..

Nak tau tak dalam tempoh tu saya pernah terfikir banyak cara utk keluar dr sini setelah akak tolak permintaan sy utk keluar. Antaranya ialah kawin. Ok saya ada kawan special tapi kami takda la couple cuma memang rapat. Dan kami mmg sama sama berhajat cuma dia tgh belajar lagi. Jadi kami cuma kawan je dulu bila dah tiba masa baru bersatu.. Sy minta tlg dgn dia.. Segerakan semuanya.. Bantu sy keluar dr sini.. Tak kisah nikah khitbah pun yg penting saya dapat keluar.

Dia ok. Dia terima. Cuma dia perlu berbincang dgn parent dia. Parent dia tak setuju kalau nikah, hatta nikah khitbah sekali pun. Dia takut anak dia tu tak dapat fokus belajar. Ouh lupa pulak sekarang ni dia tgh ambik degree. Dan dia pun usaha cara lain, dia tanya saya nak tak jadi anak angkat mak dia. Duk dgn mak kat sana (sebuah negeri luar dari kl) Jadi anak angkat mak. Boleh tolong mak niaga dan sbg nya. Sy ok. Dia cuba tanya mak dia alhamdulillah mak dia pun suka sangat. Siap berkenalan dgn sy. Dgr masalah sy. Mak dia suka dan alu alukan kedatangan sy. Dan disuruhnya saya panggil dia mak. Adik dia pun ada wasap2 dgn saya. Layanan yg baik mereka bagi pd saya. Tapi cuma dalam fon jelah. Nak jumpa belum ada rezeki lagi. Dia selalu tanya bula naik mai jumpa mak.. Mak teringin nak jumpa.. Tapi tu lah ruang waktu dan keadaan tak mengizinkan lagi.. Sy suka sangat dapat layanan macam tu.. Tapi bila saya mintak izin dengan family sy sini, diorang tak bagi. Act dari awal cadangan kawan sy tu lagi sy dah agak. Sedangkan nak tumpang rumah kakak pun tak boleh inikan pula nak ke rumah mak angkat..

Hmmm kalau saya cerita lagi tak habis tau.. Serba sedikit saya cerita ni utk bagi pembaca faham situasi saya. Dan tolong lah saya. Tolong lah. Bagi lah cadangan apa yang perlu saya lakukan sekarang ni. Tolong jangan bagi cadangan slow talk nasihat akak tu sebab dia memang degil tahap infiniti. Tak makan nasihat orang. Jangan suruh bawak gi kaunseling sebab adik beradik kitorang ni tak pernah fikir pun semua tu sebab apa tau? Diorang kata kat saya sabar jelah, dia kakak kita, adik beradik kita. Telan jelah. Beb sorry saya dah tak tahan dengan semua ni. Saya tak kuat. Diorang boleh cakap camtu sebab diorang bukan nya seharian di sini.. Diorang boleh cakap camtu sebab diorang fikir akak tu jaga anak diorang walaupun memang dioràng selalu makan hati. Tapi diorang cuma makan hati ja, saya ni makan mental makan tak silap2 boleh jadi gila hadap dia tiap2 hari stress tahu..

Tolong lah kalau ada yang tolong.. Suakan cadangan anda semua apa yg patut sy lakukan.. Kalau ada yg nak bantu saya keluar dari siñi pun saya sanggup.. Ada ka yg tengah cari isteri kat sini? Mana tahu boleh cuba bantu dan istikarah. Saya betul2 buntu.. Jap sebelum tu jangan salah faham tau sy dengan kawan yg saya maksudkan tadi telah menghadapi dugaan ada lah sebab sebab tertentu tak perlu lah saya cerita. Nak judge saya ke apa ikutlah. Saya takkan pandang pada judger. Sebab ianya hanya menyakitkan hati saya. Saya cuma minta nasihat dan cadangan sahaja utk saya selesaikan masalah saya dengan elok. Saya yakin pasti ada yang boleh bantu dan pembaca di sini lebih matang dari saya dalam menyelesaikan masalah.

Terima kasih sudi baca cerita saya yg panjang ni.. Harap ada sangat disiar dan dibantu. Terima kasih lagi sekali..