Aku Benci Kampungku

Aku berharap confession ini disiarkan. Kepada yang membaca, namaku Suzi (bukan nama sebenar). Aku ingin meluahkan perasaan marahku terhadap orang kampung.

Untuk pengetahuan, aku tidak pernah ada perasaan sebegini sampailah satu hari tu.

Ada seorang ustaz, orang dari kampung ini juga memberitahu hasratnya untuk membuka jalan di tepi rumah keluargaku, untuk memberi jalan kepada kereta dan van jenazah lalu.

Ya ada tanah perkuburan tidak jauh di belakang rumahku (keluargaku).

Sebelum ini jalan di tepi rumahku itu, hanya muat untuk pejalan kaki dan pengguna motor sahaja. Jadi mereka ingin membesarkan jalan itu untuk beri laluan kereta dan van jenazah lalu.

Tapi masalahnya, dah ada jalan di sebelah sana untuk ke tanah perkuburan. Tak sampai 100 meter pun dari rumah kami.

Kenapa bertegas sangat untuk membuat jalan di situ. Sedangkan, sudah ada jalan di sebelah sana. Sebab nak lagi dekat dengan tanah perkuburan?

Helllo!! tak sampai berapa meter pun beza antara jalan yang dah lama ditar dengan jalan rumah kami. Kenapa sibuk nak lalu jalan rumahku jugak.

Aku tanya ibuku, tapi biasalah ibuku gembira sebab dia dapat mewakafkan tanah miliknya. Dia akan berterusan dapat pahala walaupun dah tiada di dunia setiap kali orang melalui jalan yang dia wakafkan itu.

Aku faham niat ibuku, kita berapa sangatlah pahala. Jadi aku senyap setakat itu.

Masalahnya aku tak faham lagi kenapa nak buat jalan kat situ sedangkan dah ada jalan tepi tu T_T .

Selongkar punya selongkar ibuku. Aku dapat tahu yang dulu jiran depan rumahku ini ada ibu yang berniat nak wakaf jalan ini untuk bagi kereta, lalu ke tanah perkuburan. Satu lagi dia ingat, jalan itu jalan dia.

Dia tak tahu mungkin, dalam geran tanah itu straight memang tanah keluarga ibuku. Dia ada belakang sikit. Ada 10, 11 tahun lalu dia ada tuduh “yang jalan keluargaku lalu itu, tanah dia” .

Memang salahlah, sebab mak aku buat rumah guna loan kerajaan. Memang jalan itu dibuat khas untuk masuk ke rumah kami. (Aku tegaskan di sini aku tidak marah kepada jiran depan sebelah rumahku, sebabnya dia pun tak tahu)

Orang kampung tak tahu mungkin (yang tanah itu milik kami,bukan jiran sebelah depan kami) sebab itu degil sangat nak buat jalan kat situ.

Bukan jalan raya. Tapi jalan macam dekat kampung2 yang satu sahaja kenderaan boleh lalu pada satu-satu masa.

Tapi aku tahu, orang kampung memang nak buat jalan ke tanah perkuburan melalui jalan tanah milik keluarga ibuku, sejak dulu lagi. Aku dengar daripada mak saudaraku, yang dulu pun ada.

Nak cerita ini, kisah sebenar pada tahun 1995 kisah yang sama. Ibuku tengah mengandungkan kakakku pada masa itu. Sebuah lori sampai, lalu menaburkan pasir-pasir sepanjang jalan tanah milik ibuku.

Dahlah tak bagitahu ibu atau ayah aku. Ibuku menjerit. Jadi hal lah di sini, sebabnya ayah aku pergi sound sendiri masa itu kepada orang yang berkaitan. Masa zaman nenek seku pun serupa, kisah yang sama.

Kini tahun 2022, ibuku terbuka hati. Kalau tidak nanti ada orang kampung mengata. Mak aku juga nak pahala jadi aku faham.

Sedih memang sedih, satu lagi aku tak suka ada orang bukan warganegara menyewa tinggal di belakang rumahku. Jadi dia pun lalu jalan tu.

Orang berkunjung ke rumah dia pun ramai jugak. Sewarganegaralah orang yang berkunjung tu pun.

Ibuku ajar, bumi ini milik Allah. Tanah ini milik Allah dan orang bukan sewarganegara iu pun orang islam dan melayu jugak. Aku sabar balik, hahah

Nak tutup ceritaku, aku tak suka lah, aku amat sukakan dan value privasi. Aku sedih privasi yang aku nikmati masa kecil hinggalah aku berumur 21 tahun telah dinodai.

Dah lah aku orang yang sukakan alam sekitar dan bila orang berhasrat nak buka jalan tu, memang aku hiba.

Sejak aku kecil sampai besar tak pernah ada kereta pun lalu tepi rumahku. Tiba-tiba sekarang ada. Sekian luahan hatiku. Benda sudah dibuat tidak boleh dipatah balik.

Aku belajar untuk menerima. Cuma kalau boleh aku nak orang kampung tahu yang anaknya ini tidak suka sejak mula hasrat kamu kamu itu.

Doakan aku untuk bersabar dan redha ikhlas kerana Allah, maaf jika tidak sempurna tulisanku ini.

– Suzi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *