Aku Benci Keluarga Aku

Nama aku May. Aku anak tunggal selama 10 tahun sebelum adik aku dilahirkan. Now aku dah 18 tahun. Apa yang aku harap dalam hidup ni cuma aku boleh hidup sendiri dengan tenang tanpa gangguan orang lain.

Hidup aku jadi musnah disebabkan keluarga sendiri. Ibu dengan papa dah ad masalah sejak aku kecik lagi. Dan aku pula ditimpa musibah besar masa aku berumur 6 tahun.

Aku diajak oleh bapa saudara aku yang beza umur hanya 10 tahun untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Sumpah aku cakap. Aku betul² bodoh sebab waktu tu aku tak tahu apa² dan aku ikut saja apa yang dia buat.

Bagi aku time tu dia sentuh aku dengan cara yang tak menyakiti aku walaupun sedikit. Benda ni berlanjutan beberapa kali. Dan memang diakui aku bodoh sebab aku tidak memberktahu sapa ii seperti yang diminta oleh bapak sedara aku.

Tapi lepas aku dah masuk darjah 1 dia dh tak buat dah sampai sekarang. Dia hanya melayan aku sekarang seperti tidak ada apa² yang pernah berlaku.

Hubungan aku dengan ibu juga tak baik dark aku kecik lagi. Kami selalu bergaduh mulut dengan alasan semua yang aku buat sama dengan papa dan family papa. Dark segi makan, cara cakap, dan tingkah laku sekali pon.

Dengan papa aku okey saja. Aku lebih banyak meluah kan dekat papa berbanding ibu. Tapi tak selalu aku luahkan dekat papa sebab papa sendiri jarang aku nampak dekat rumah. Mjngkin dia malas nak jumpa dengan ibu sebab tknk gaduh.

Kesan daripada apa yang bapak sedara aku buat dekat aku, aku terasa suka untuk beronani. Aku sangat² menginginkan sentuhan lelaki. Tapi disebabkan kelakuan dia jugak aku jadi benci lelaki.

Bila umur aku meningkat 10 tahun, adik aku lahir. Dan mula la hidup aku yang sangat malang. Semua benda yang ad dalam rumah aku yang kena buat. Bergaduh ngn ibu tu dah jadi benda biasa kalau aku tak buat kerja rumah.

Bila aku masuk form 2. Hubungan papa dengan ibu dah tak boleh bertahan. Ibu dengan papa bercerai bulan tiga. Dan ibu kawin lagi dengan soerng lelaki yang lebih muda dari 12 tahun, dia berumur 25 tahun. Aku pulak tinggal dengan ibu.

Hidup aku jadi makin sial. Aku nak berubah dan tinggalkan onani tapi aku makin tak boleh. Hidup aq makin stres dengan kerja rumah dan sekolah.

Bila aku dah form 5 aku ditambah lagi stres sebab nak exam spm. Dan masa ni hubungan aku dengan ibu memang terlalu teruk. Aku dah cukup bencikan ibu.

Dia selalu suruh aku buat tu ni sedangkan aku masih ada banyak benda lagi yang aku perlu buat. Satu pun kerja dalam rumah dia tak buat.

Baju dalam bilik kain penuh tak terrlipat. Rumah aku pulak bersepah sebab adik aku sepahkan. Ibu pulak asyik manjakan budak tu. Kalau bersepah saja aku yang kena kemas.

Sumpah aku benci. Aku dilayan macam sampah saja dalam hidup. Aku takde tempat umtuk bergantung dan nak meluah.

Kawan2 pon aku tak ada sangat. Aku lebih banyak memendam. Aku dah bagaikan nak gila. Adakala aku fikir lebih baik kalau ibu mati dan tak mengarahkan hidup aku lagi. Segala rahsia yang aku pendam selama 18 tahun, aku luahkan kat sini.

Aku cuma berharap aku boleh keluar dari rumah ni dan berkahwin sebab aku dah tak mampu menahan nafsu aku lagi. Tapi, sapa yang nakkan perempuan yang rosak macam aku?

Sekurang kurangnya aku tak jual badan aku kat orang lain. Aku cuma tunggu untuk dikahwini dan aku nak hidup denagn baik. Aku nak berubah. Aku nak jaga anak aku baik².

Aku tak nak anak aku rasa apa yang aku dah rasa. Aku nak jadi seorang ibu yang baik yang sentiasa jaga rumah, kemas rumah.

Terima kasih sebab benarkan aku melepaskan luahan aku. Cuma terpulang kepada korang yang membaca untuk menilai diri aku sendiri.

Doakan aku supaya aku boleh berjaya dalam hidup dan dapat berubah kearah yang lebih baik. Sekali lagi, terima kasih.

– May (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *