Hi guys,
Salam Ramadhan kepada semua umat islam, semoga Ramadhan kali ini membawa berkat.
Aku seorang lelaki dari selatan tanah air yang berusia 20an. Aku cuma ingin berkongsi kisah pada aku kecil yang telah manjadikan apa aku yang sekarang. Ibu dan ayah aku berniaga di pasar malam. Semasa aku kecil aku sering ikut mereka ke pasar dan itu adalah peluang untuk aku bermain bersama kawan2 yang mana ibu bapa mereka juga sedang berniaga. Aku sering dipercayai untuk ke mana2 samada untuk bermain atau untuk pergi membeli juadah aku walaupun aku masih kecil lagipun ibu bapa aku sedang sibuk melayan pelanggan2 yang ramai.
Aku masih ingat dengan jelas situasi pada hari itu cuma aku tak pasti berapa umur aku, kemungkinan 7 atau 8 tahun. Sewaktu menjelang maghrib pengunjung pasar malam semakin bertambah. Mak dan ayah aku sedang sibuk dan aku sangat2 nak ke tandas. Aku mengambil 20 sen dari bekas duit dan minta izin dan tandas tidaklah jauh manapun dan aku pergi sendiri. Tandas awam biasa la masuk dan bayar dan aku masuk di belah lelaki, dan ada tiga tandas berbeza, aku ambil yang paling dalam, tandas tu takde la besar mana. Lepas membuang air kecil, aku membersih dan membuka pintu nak keluar. Tetapi aku terdiam dan ditolak masuk oleh lelaki yang aku rasa umur dalam lingkungan 20an. Kulitnya warna melayu dan rambutnya kerinting. Aku hanya kaku kerana aku tak kenal siapa lelaki itu dan aku tak pasti apa nak dibuat.
Aku dan dia dalam bilik tandas, lelaki tu suruh aku diam dan perlahan lahan dia tunduk dan membuka seluar aku. Aku hanya diam mungkin kerana aku terkejut. Lelaki tu melakukan oral kepada aku yang mana aku tak tahu langsung apa yang dia sedang buat. Kemudian dia buka pintu dan keluar seakan akan tiada apa yang terjadi. Aku yang kaku tadi keluar dan terus lari kepada tempat berniaga mak dan ayah dah terus bersembunyi di dalam van dan memandang ke lokasi tandas dan memikirkan apa sebenar yang terjadi. Aku tak pernah beritahu mak dan ayah ataupun adik beradik mengenai perkara ni sehinggalah sekarang.
Seawal sekolah rendah aku secara sikit demi sedikit tumbuh perasaan suka pada lelaki. Tetapi aku tidak sedar, aku fikir itu benda yang semulajadi. Dan sehingga kini aku boleh katakan aku seorang biseksual/gay. Aku mengatakan aku seorang biseksual kerana aku cuba untuk berubah dan suka pada perempuan. Ini adalah dugaan yang paling berat bagi aku dan yang paling menyeksakan. Cuba kalian bayangkan berkawan dengan semua straight dan mereka tanya tentang relationship atau apabila mereka berbincang berkenaan wanita. Aku tak tahu nak jawab atau respon apa. Dan keluarga juga sering tanya siapa calon hati dan sebagainya. Semuanya sangat merunsingkan dan sangat2 menyakitkan kepala kerana semua perkara ni bukan aku yang minta. Mungkin ada juga beberapa kawan yang peka dengan perangai aku dapat agak yang aku gay. Tapi aku malu jika mereka tahu, aku tak pernah mengakui dan ini bukan bahan2 yang mudah untuk diakui.
Siapa kata kami yang nak jadi seperti ini? Dengan lelaki kena jaga batas dan dengan perempuan juga batas yang sudah sedia ada. Jadi adakah aku perlu mengasingkan diri aku dari semua orang? Paling menyedihkan bagi aku, aku suka pada kawan lelaki aku sendiri. Aku tahu salah dan aku tahu benda memang tak mungkin terjadi. Semua ni mmg luar fitrah tapi aku pun tak mahu macam ni. Aku nak juga ada gf dan keluar makan bersama. Aku nak juga call bergayut dan sebagainya. Aku nak juga someone care dekat aku. Ada ramai juga perempuan yang cuba dekati aku tetapi aku tak pernah melayan kerana aku taknak mainkan perempuan, mereka bukan mainan.
Untuk ibu2 dan bapa2 di luar sana jagalah anak2 anda. Jangan biar mereka bersendirian di tempat2 yang berisiko. Aku tak mahu mereka berakhir menjadi mangsa. Hey, jangan ingat pedophilia hanya buat perkara itu tak akan jadi apa2 pada anak tersebut. Aku dah buat pembacaan, memang benar pendedahan seks yang pertama terutama pada anak kecil memang akan memberi kesan kepada pertumbuhan seksual kanak2 tersebut. Dan yang menyedihkan, pernah sekali masa aku sedang bermain dengan kawan2 anak2 peniaga, lelaki yang sama lalu ditepi kami dan memegang muka kawan aku, bila dah dewasa ni aku fikir mungkin kawan aku itu pun mangsa juga tapi masing2 senyap kerana kami hanya budak yang tak faham apa2.
Kenapa perlu ada di dunia ini individu2 pedophilia. Tahu tak kau dah menyusahkan hidup orang lain. Aku nak hidup sama seperti yang lain. Aku tak nak hidup macam ni. Aku kadang2 berharap aku mati saja. Kalian fikir senang nak jadi seorang biseksual/gay muslim. Aku juga geli dengan perbuatan liwat, tapi mungkin kerana hanya satu peristiwa yang jadi masa aku kecil itu menambahkan perasaan suka pada lelaki dalam jiwa aku. Aku mengenali beberapa kawan sejenis dari pelbagai apps, mereka semua tahu hukum hakam, mereka tahu perbuatan inj berdosa dan salah tapi ianya adalah bawah pengaruh nafsu semata-mata. Nak menolakkan bukanlah sesuatu yang mudah. Jangan samakan kami biseksual/gay dengan golongan pondan yang kini kian menjadi-jadi. Kami biseksual/gay ada dalam masyarakat dan hanya mendiamkan diri, dan jika kalian tahu ada antara kawan atau keluarga seperti kami, bimbinglah dan bawa kami kejalan taubat. And for you Mr. Pedophilia, taubat la, jangan la rosakkan budak2 kecil. For me its happened 20 years ago, tak tahu berapa ramai lagi kau dah rosakkan. I felt sorry for all of them. Protect your children okey.
– Lelaki Biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit