Aku Berhenti Asasi

Aku pelajar SPM aliran Sains Tulen batch 05. Latest batch untuk spm. Alhamdulillah rezeki Allah bagi aku dapat straight As, 6A+ dan 3A solid.

Sebenarnya aku tak pasti hala tuju aku lepas spm, aku ada dua cadangan utama, Asasi dengan STPM.

Asasi sebab teringin nak merasa life di KL, pastu nak cepat bergelar mahasiswa. STPM pulak sebab aku minatkan sastera, lama dah minat sebab aku suka bm and suka hafal fakta macam sejarah dan geografi.

Aku isi UPU asasi sains di salah sebuah universiti terkemuka malaysia yang terletak di ibu kota, dan aku dapat asasi tu. Aku pun pergi la tapi sebelum nak pergi tu aku rasa berat hati sangat2.

Pernah dalam tempoh terima tawaran tu aku tukar fikiran nak masuk STPM, tapi aku fikir dalam2,

Aku minta pendapat ramai orang dan aku buat istikharah banyak2, dan aku yakin jalan yang aku ambil lepas istikharah dan berusaha cari jawapan, itula jalan terbaik yang dah ditakdirkan Allah.

Masa pergi lapor diri tu memang berjurai teruk la air mata ni, maklumlah first time berpisah dengan family, dari sekolah harian pulaktu tak pernah tinggal di asrama. Aku seorang diri je kat sana. Takde macam orang lain, ramai geng dari sekolah lama.

Sebab mostly yang masuk asasi tu aku boleh kata ramai gila dari sekolah sekolah elit, SBP, MRSM. Terasa kerdil diri ini dari sekolah harian di ceruk kampung pulak tu.

Aku PBSM. Persatuan Balik Setiap Minggu. Setiap minggu aku balik untuk recharge kan mood dan emosi aku. Aku duk sana tak best. Tak tahu lah kenapa. Aku lost.

Sejak mula je kuliah asyik ulang2 nak quit nak quit nak quit. Sebab segalanya susah sangat2. Aku bukan tak pernah belajar semua fizik kimia bio tu, walaupun level pembelajaran nya lagi tinggi,

Sepatutnya boleh je la hadam sebab aku ada basic yang kuat, fizik dan kimia aku A+ spm dan bio aku A.

Aku banyakkan sabar, aku jumpa kaunselor UM dan aku mintak pendapat. Dia cuma nasihat supaya aku fikir masak masak dan bincang dengan parents.

Aku nangis hari2 persoalkan kenapa benda yang orang lain semua boleh buat aku tak boleh buat.

Pagi2 sebelum pergi kelas aku mesti nangis dan takde semangat. Aku macam dah tak kenal diri aku, sampai tahap, aku macam perasan aku ada simptom2 kemurungan.

Waktu cuti yang aku tak balik, aku baring seharian atas katil tapi aku tak buat apa2 tp still rasa letih sangat2. Aku menangis tanpa sebab.

Bayangkan aku boleh tiba2 keluar air mata masa lecturer tengah mengajar. Aku still sabar. Aku pegang yang Allah takkan uji sesuatu yang hambanya tak mampu.

Tapi semua tu tak lama. Ada suatu minggu, yang aku rasa segalanya berat sangat2. Aku rasa segala tugasan terlalu banyak, susah dan aku tak mampu buat.

Aku pergi lecture semua masuk kiri keluar kanan. Aku dengar lecturer mengajar otak aku macam beku, sikit pun tak boleh masuk.

Aku cuba catit nota yang penting tapi tangan aku tak mampu menulis, aku terketar ketar dan akhirnya tangan aku just mencoret contengan je atas testpad sebab semuanya yang aku dengar macam angin masuk kiri keluar kanan.

Aku keluar masa lecture dan aku nangis lagi sendirian dalam tandas. Dan i need to do something.

Aku call mak aku nangis tersedu sedan aku kata, aku nak quit.

Aku ambik keputusan berani. Aku wasap pengurus Hal Ehwal Pelajar masa tu untuk tanya prosedur penarikan diri. Aku masuk pejabat jumpa pegawai akademik.

Dia tak paksa. Tak juga suruh teruskan. Dia hormat keputusan aku. Aku buat surat penarikan diri dan aku pun balik ke kampung.

Perasaan bercampur baur, lega, risau, sedih, sayu, sesal, kelam, putus asa, banyak lagi 2 minggu aku balik aku tak keluar rumah, aku diam dalam rumah tak buat pape. Sebab aku malu.

Ramai orang tahu aku budak pandai tapi aku drop out asasi. Aku murung. Aku teramat menyesal tak pilih STPM sedangkan minat aku pada sastera bukan sains.

Bak kata lecturer bahasa inggeris aku, “sometimes you enter here only because u can do science, but u dont have interest into science”. Memang betul apa dia cakap tu.

Aku banyak baca dan tengok video2 serta tulisan2 mengenai motivasi untuk orang yang baru saja berdepan kekalahan macam aku.

Aku anggap ia kekalahan USPR aku 6A, SPM 9A tapi aku tak mampu teruskan kejayaan aku di peringkat universiti. Kepandaian aku terhad di sekolah saja.

Tapi lepas aku muhasabah diri. Aku kena percaya bahawa semua ni Allah dah susun.

Allah nak uji aku macamana penerimaan diri aku, boleh ke aku redha dan berdamai dengan takdir dan cuba pandang kedepan untuk kembali ke landasan ilmu. Sekarang aku di uji, aku yakin lepas ni ada pelangi.

Allah takkan biarkan aku jatuh. Sepandai manapun kita, tak mampu lari dari ketentuan Dia.

Ini mungkin bahagian aku, dia nak aku belajar lebih lagi, tambah pengalaman hidup tinggal di kota Kuala Lumpur selama 3 bulan.

Terkadang perancangan kita flawless je. Aku plan nak masuk asasi lepas tu nk buat ijazah pendidikan Kimia. Tapi tak kesampaian.

Aku reda, ini bahagian aku. Dan lepas ni aku ingin bina semula karier akademik aku. Aku nak mula semula dengan STPM.

Aku nak lakar sejarah semula agar aku mampu duduk sebaris dengan para ilmuan dan berjaya menggengam ijazah.

Harapan aku nak masuk semula Universiti tersebut, dengan aku yang baru, semangat baru dan aku nak masuk fakulti yang aku idam idam kan, Fakulti Pengajian Melayu. Doakan aku mampu berjaya, Aamin2

Tulisan ini bukanlah berniat apa2 hanya berkongsi cerita buat kawan2. Komenlah yang murni2, yang jahat2 simpanlah di hati.

– huhu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Alhamdulillah, selamat maju jaya awak
    .
    Saya takde keberanian untuk nak buat macam awak sampailah umur saya dah 25 ni pun saya menyesal dengan keputusan saya sebab based on keputusan orang lain untuk sambung belajar mana²
    .
    Saya sedih sangat² dan saya masih mencari apa patut yang saya buat untuk kelur dari kelompok zon kesediham ni
    .
    ❤️❤️❤️

  2. Cerita kita nk dekat sama tpi saya lepsn stpm yg ambil degree di uitm saya berhenti juga bljr 3 bulan je lps tu rasa cannot bawa kos yg sy ambil…so rasa sedih juga la berhenti rasa malu dgn parents sbb first anak sulung kan yg masuk U …buat masa skrg saya just cari peluang pekerjaan di SPA9 harap ada la rezeki.

  3. Rasa regret ambil Diploma sebb course nak katakan peluang tipis untuk dapatkan kerja then though lagi hurmm

  4. Terima kasih krn berkongsi cerita dan pengalaman hidup awk. Sekurang2nya dgn cerita awk ni saya dpt serba sedikit panduan, untuk saya mengorak langkah alam pendidikan slps spm mengikut kemampuan saya sedia ada skrg. saya dokan awk berjaya dunia Dan akhirat.

  5. Terima kasih berkongsi pengalamannya. Saya sekarang dilemma antara nak stay kat matrik ataupun terima tawaran masuk asasi kat universiti kat kl jugaklah. Peluanb dpt tawaran tu susah sgt dpt tu yg rasa taknak lepaskan. Tapi sy skrg 1st week kat matrik pun dah rasa nak give up, kalau keluar gi asasi pulak lagi mencabar 😭 kita same, tahap pandai kita sampai sekolah menengah je. Masuk peringkat lagi tinggi terus gone. Bayangkan kat matrik sini pun saya hari2 mengalir air mata rasa kesal, tak sabar nak berhenti. Inikan pulak asasi 😭 Lagi jauh dgn family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *