Aku Bersyukur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku Ogy berusia awal 30 an.. Aku cuma nak luahkan apa yang aku alami lebih 10 tahun lalu.. Waktu itu usia aku 19 tahun dan sedang belajar, semua nya bermula bila aku menolak cinta seorang lelaki. Aku namakan dia sebagai Mat.

Pada usia 19 tahun aku memang tak terfikir lagi nak bercinta, fokus aku hanya pada pelajaran tambahan aku anak sulung dan keluarga ku kategori yang agak kuat pegangan agama, aku tak pernah bersentuhan dengan lelaki bukan mahram, bercinta lagi aku tak minat.

Selepas aku menolak cinta Mat, awalnya semuanya baik.. Hinggalah pada penghujung cuti semester masa turun dari kereta api bahu aku ditepuk kuat dari belakang. Aku toleh dan ternyata dia adalah Mat. Mat tarik tangan aku dan aku tak tau kenapa aku hanya mengikut tanpa banyak soal, aku ikut Mat naik kereta masa tu aku pun tak tau kenapa aku tak melawan.

Aku di hantar ke sebuah rumah yang diduduki oleh seorang wanita muda dan anak-anaknya. Mengikut kronologi polis aku di rumah wanita itu selama 13 hari. Hari ke 14 Mat jemput aku dan bawa aku ke sempadan untuk bernikah. Rupanya Mat sembunyikan aku untuk uruskan pasport dan dokumen aku, banyak maklumat aku dipalsukan sebelum bawa aku ke Thailand.

Masa tu aku jadi sayang sangat kat Mat seperti tak boleh berpisah. Selepas kami selamat bernikah kami terus pulang ke Malaysia. Sampai nya kami di Malaysia kereta kami ditahan oleh sekumpulan lelaki.

Salah seorang dari mereka telah tumbuk Mat dan bawa kami ke sebuah rumah.. Di situ aku tengok ma abah dan pak cik aku ada. Ma aku datang ke arah ku nak peluk aku tapi aku tepis, mereka pujuk aku balik. Aku tak nak, bagi aku Mat lah segalanya.

Setelah berlaku banyak petengkaran mulut. Keluarga aku heret jugak aku ikut balik. Masa tu dah macam cerita laila majnun dah aku menangis taknak ikut keluarga aku balik. Bila aku balik di pangkuan keluarga aku. Episod lain pulak jadi, aku meracau, aku kerap dengar suara Mat panggil aku.

Kadang tengah tidur aku boleh terus bangun pergi bukak pintu sebab aku dengar Mat panggil tapi sebenarnya dia tak ada. Kadang-kadang aku nampak makhluk yang pelik dan menakutkan. Badan aku mula susut dan lemah sebab tak ada selera makan. Badan aku mula sakit-sakit dan banyak tanda lebam seperti dicucuk jarum..

Kadang-kadang aku tak kenal orang keliling aku.. Rambut aku yang lebat jadi makin nipis dan aku kerap sakit kepala melampau. Ma abah aku menangis tengok aku. Mereka risau dengan keadaan aku dan masa depan aku. Sebab aku dah bernikah di sempadan. Keluarga ku bawa aku untuk dapatkan rawatan di hospital dan pusat perubatan Islam.

Di hospital aku di diagnosis sebagai skizo. Aku diberi ubat tidur untuk dimakan waktu malam. Semasa aku di rumah keluarga ku. Mat pernah beberapa kali datang jumpa abah bawak kaki pukul. Mat kata pulangkan aku pada dia kalau nak aku normal kembali. Atau dia akan pastikan aku mati pelan-pelan. Sebab kalau dia tak dapat aku, lelaki lain pun tak boleh dapat aku.

Mat pernah cuba bawak aku lari dari hospital. Tapi mujur masa tu aku dah mula sedar apa dia buat pada aku dan aku menjerit hingga nurse dam guard perasan. Bila fikiran ku dah mula stabil keluarga ku uruskan kes pernikahan aku di mahkamah shariah. Alhamdulillah.. Pernikahanku di Thailand telah difaraqkan dan status aku adalah anak dara bukan janda berhias.

Namun begitu, aku mula menjadi murung, aku jadi tertanya pada Tuhan kenapa aku yang diuji? Sedangkan aku sentiasa jaga maruahku. Tapi disebabkan kes kehilangan aku selama 14 hari. Maruah ku tercalar jatuh. Masyarakat tak fikir tentang yang aku sakit. Mereka lebih fokus tentang aku hilang 14 hari.

Aku malu nak menghadap dunia. Pengajian tu digantung. Aku mula di diagnosis sebagai depression dan mula follow up.. Alhamdulillah berkat sokongan ma abah dan adik-adik yang sering bagi semangat.

Dalam masa 6 bulan aku ceria kembali. Sampai kan kaunselor pun terkejut dengan perkembangan aku. Aku mohon untuk sambung pengajian tapi minta tukar tempat belajar. Alhamdulillah aku lulus peperiksaan akhir dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Aku bersyukur sangat waktu aku diuji teruk. Aku ada keluarga yang percayakan aku dan sangat menyokong aku. Maka nikmat Tuhan Yang mana yang kamu dustakan?

– Ogy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *