Hai, nama aku Maria (bukan nama sebenar). Gadis berumur awal 20 an. Firstly aku nak mintak maaf kalau penulisan aku ni tunggang langgang.
Okey macamni, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki dan aku namakan dia Amir. Aku dan Amir satu universiti tapi kami berlainan kos.
Sepanjang aku di univerisiti boleh dikatakan aku tak pernah mengenali dia mungkin la aku ni seorang yang malas nak ambil port even ada je kawan kawan aku yang duk usha budak kos dia.
Sampailah pada akhir semester aku perlu cari tempat untuk praktikal selama 6 bulan.
Nak dijadikan cerita aku dan si Amir satu tempat praktikal dan ditempat kami praktikal ada lagi dua tiga budak praktikal yang sama universiti dengan kami.
Sepanjang tempoh praktikal kami ada je bertegur sapa dan kebiasaanya Amir yang akan sapa aku dahulu.
Oh ya, pada mata kasar aku Amir ni seorang yang friendly dengan semua orang dan kadang kadang dia boleh buat orang annoying dengan lawak bodoh yang dia buat.
Ada masa dia ada je ajak aku berbual tapi bukan selalu lah so aku pun layankan jelah tapi pada masa tu aku just layan tak layan sebab yang aku tahu pada waktu tu Amir ni tak single, so kita pun takde lah nak over.
Dipendekkan cerita kami semua pun tamatlah praktikal dan start membuat haluan masing-masing.
Alhamdulillah selepas beberapa bulan lepas praktikal aku berpeluang bekerja di satu tempat yang bersesuaian dengan course aku belajar.
Dan aku seronok bekerja di sana dan kebiasannya aku akan berkongsi kebahagian yang aku kecapi di socmed dengan memuat naik gambar dan video.
Bukan selalu mungkin dalam sebulan aku akan mengunggah dua atau tiga foto di socmed. Tanda active.
Pernah la sepanjang aku membuat story di instagram Amir akan reply foto atau video yang aku upload. Tak selalu mungkin dalam sebulan tu ada.
Terkejut jugak la pada awalnya sebab selepas daripada tamat praktikal kami dah tak berhubung lama. Tut, tut dia datang.
Sejak dari reply story kami jadi rapat berbual bual dan kadang-kadang aku akan dapat chat atau call secara tiba tiba dari dia. Dari hari ke hari kami makin selesa berbual, bercerita dan berkongsi masalah.
Setahun setengah kami mulai rapat dan bagi aku kami Teman tapi Mesra sebab sepanjang kami berhubung aku tak tahu dia bebetul suka aku ke tak tapi aku tahu dia selesa dengan aku.
Tapi aku rasa aku dah suka dia even aku selalu pesan pada diri aku jangan suka Amir sebab aku tahu Amir seorang yang friendly dan bermulut manis dan aku takut dia layan orang lain sama macam dia layan aku.
Kekadang aku risau dan takut tersalah anggap dengan layanan Amir.
Selalu juga aku tertanya tanya Amir ni suka aku ke?
Ke sebab dia bosan jadi dia cari aku? Sebab kekadang dua minggu dia tak chat aku lepastu dia datang balik macam takde apa apa.
Tapi sepanjang dia jadi chipsmore aku takde pun cari dia sebab takut menganggu pulak even aku tunggu je chat dan call dia.
Ke dia buat aku tempat rnr? Sebab Amir dah putus dengan awek dia before rapat dengan aku lagi tapi aku tak pasti sebab apa, aku pun malas nak tanya dia.
Lagipun Amir ada rupa dan ex dia dua orang sebelum ni pun lawa-lawa. Takkan la aku ni taste diakan beza sungguh macam langit dan bumi.
Tapi setiap kali kami on the call Amir selalu bagi pickup line. kadang dia panggil aku dengan panggilan sweet tapi aku buat buat tak tahu je walaupun sebenarnya aku dah cair.
Tapi setiap kali aku bagi pickup line dekat dia selalu je tak jadi. Benci betul
Kadang aku rasa kami berdua ni suka tarik tali.
Tapi sekarang dah berapa bulan aku dan dia tak contact sebab dia tengah jalani latihan rekrut badan beruniform.
Betul ke orang bekerja badan beruniform ni ramai curang? Aku tengok ramai kawan aku yang ada masalah bila dah kahwin dengan orang yang bekerja beruniform.
Tu belum yang fyp dekat tiktok. Ramai perempuan kena tinggal even lama tunggu si lelaki ni habis rekrut. Penantian yang sia-sia.
Aku jadi makin overthinking. Tapi aku harap dia cari aku balik bila keluar rekrut nanti even sebagai kawan.
Thanks sudi baca luahan aku.
– Maria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit