Assalamualaikum semua. Terima kasih team admin IIUM Confession kerana sudi menyiarkan penulisan saya yang tak seberapa ini.
Saya agak tertarik dengan beberapa confession yang ditulis sendiri oleh mereka daripada golongan orang buta atau lebih formal disebut OKU Penglihatan. Tapi aku sebut orang buta jer la ya supaya senang aku nak kongsikan pengalaman manis hidupku ini.
Perkara utama yang aku ingin highlight dalam kisah hidupku ini adalah mengenai diriku yang merupakan perempuan berpelajaran dan berkerjaya telah bertemu jodoh dengan suamiku yang merupakan orang buta juga berkerjaya.
By the way, aku ni normal ya. Celik. Tak ada masalah buta atau masalah kesihatan lain la setakat ni.
Alhamdulillah kami dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan masing-masing juga tak ada masalah penglihatan. Normal dan celik seperti biasa. Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut ya.
So, aku perkenalkan diri aku sebagai seorang perempuan biasa-biasa. Boleh dikatakan aku ni kategori pelajar cemerlang sebab masa sekolah menengah aku belajar di salah sebuah sekolah berasrama yang ada ranking la juga.
Lepas tu rezeki sambung belajar Degree dan Master. Seterusnya alhamdulillah dapat kerja yang stabil.
Aku ni dulu jenis perempuan freehair. Pakai tudung pun pada masa tertentu macam kalau ada majlis formal atau keagamaan.
Masa balik kampung bertemu mak ayah, aku pakai la juga tudung. Bila jauh daripada mak ayah, freehair semula. Budak nakal-nakal macam tu la kiranya aku ni.
Pakaian aku pun baju biasa-biasa. Tak sendat. Tak ketat. Karakter aku pula jenis tak cakap banyak tapi aku memang suka bersedekah terutamanya di surau dan masjid.
Aku ni jenis suka tolong orang susah. Pantang nampak ada orang perlu bantuan, aku akan tolong seikhlas hati. walaupun ada ketika aku juga diejek atau tidak dihargai pertolongan aku tu. Apa aku kisah? Yang penting aku buat baik sebab Allah.
Masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, mak ayah aku selalu marahkan aku berbanding adik-beradik aku yang lain.
Maklumlah aku ni anak sulung. Tahap degil dan keras kepala tu memang tinggi. Tapi aku hormat lagi orang tua. Nakal-nakal aku ni lebih kepada aku ingin perhatian dan ingin bebas.
Kadang-kadang mak ayah aku selalu memenangkan adik aku dan pendapat mereka lebih diterima walaupun ada ketika pendapat aku tu sebenarnya lebih bernas.
Tak tahu la kalau aku ni perasan sangat ke apa. Tapi bila dah selalu macam tu, aku jadi agak memberontak dan mudah marah-marah.
Aku teringat masa sekolah menengah dulu ada seorang ustazah aku ni jenis outspoken betul. Masa tu aku tak hadir ke sekolah beberapa hari sebab ada urusan keluarga.
Bila aku hadir semula ke sekolah, ustazah aku tu tegur aku depan-depan kelas. Dia kata lebih kurang macam ni,
“Apa nak jadi dengan awak ni? Dah berapa hari tak hadir sekolah sebab urusan remeh. Lepas tu, freehair tak pakai tudung ni siapa pula yang ajar. Belajar la tutup aurat dengan betul. Awak dah besar. Bukan budak sekolah rendah lagi,”.
Aku diam buat bodoh jer dengan kata-kata ustazah tu. Aku tahu apa yang dia cakap pasal aurat tu memang salah aku.
Tapi dia pun tak patut tegur aku depan-depan kelas macam tu. Tapi aku malas nak layan. Masa sekolah menengah ni aku tinggal di asrama.
Walaupun sebenarnya rumah aku dan sekolah ni dekat, tapi aku tetap nak duduk asrama. Aku dah penat duduk rumah sebab tak ada orang nak faham luahan hati aku.
Lama-kelamaan sikap aku ni membentuk diri aku sebagai seorang yang zahirnya lemah-lembut menjaga hati dan perasaan orang lain, tapi pada masa yang sama dalaman aku sangat keras dan memberontak. Dah macam cerita Dr. Jekyll and Mr. Hyde ke aku ni?
Macam tu juga bila mula masuk pengajian IPTA. Ada klik-klik dan group-group perempuan yang pelbagai variasi boleh jumpa. Talam dua muka, talam seribu muka, cakap lain tapi buat lain, outspoken tapi sangat menjaga hubungan persaudaraan, dan macam-macam lagilah.
Aku masa tu lebih banyak bergaul dengan geng perempuan outspoken tapi bukan kaki membawang.
Memang aku rasa inilah kawan yang paling memahami dan sesuai dengan selera perwatakan aku yang macam ni.
Mereka ni pun lebih kurang macam aku. Nakal-nakal tapi dalam hati tetap sangat rindu untuk berubah menjadi perempuan yang lebih baik. Cuma masa tu darah muda juga.
Sebab tu kurang sikit nak tekankan bab aurat sangat. Setakat ni geng aku ni alhamdulillah saling nasihat untuk solat tak pernah tinggal kecuali masa uzur jer la kan.
Cakap pasal darah muda memang tak lari daripada couple la juga. Ada beberapa siri confession yang aku terbaca sangat menyentuh hati bila berkaitan isu couple ni.
Jadi memang aku ada pengalaman hitam dalam bercouple ni sebab pernah terlanjur. Tapi ex-boyfriend aku masih usahakan supaya aku tak mengandung anak luar nikah.
Itu saja yang dia mampu buat untuk selamatkan aku. Ni bukan isu menggugurkan anak ya. Salah aku juga la masa tu sebab aku yang menggalakkan ex-boyfriend aku tu turut sama terjebak.
Ex aku tu dalam kategori lelaki baik-baik. Tapi dek aku ni jenis nak perhatian sangat maka lama-kelamaan dia pun kalah dengan pujuk rayu aku masa tu.
Aku betul-betul menyesal atas apa yang dah berlaku antara kami. Sejak kami putuskan hubungan, kami berdua sama-sama berjanji untuk teruskan bertaubat selagi hayat dikandung badan dan mulakan kehidupan baru masing-masing.
Aku hanya dapat berita mengenai ex-boyfriend aku tu tak kahwin sampai sekarang walaupun dah dipadankan dengan beberapa calon isteri. Moga Allah ampunkan dosa kami yang lalu.
Sampai satu masa aku sendiri tak menyangka aku akan berubah kepada penampilan yang menutup aurat dan serba sedikit perwatakan aku menjadi semakin matang dek pengalaman dan juga kerana Allah sayang aku.
Turning point aku tu bermula masa aku kenal suami aku sekarang yang merupakan orang buta berkerjaya.
Mesti korang pelik kenapa aku suka highlight ‘orang buta berkerjaya’. Ini nanti aku akan cerita dalam lanjutan berikutnya.
Bagiku dialah lelaki yang paling menghargai aku, menerima aku seadanya, bersabar dengan perangai aku, dan banyak membimbing aku untuk dekat dan yakin pada Allah.
Terima kasih abangku juga imamku di dunia dan syurga kelak. Akan ku sambung kisah pertemuan ku dengan suamiku yang semuanya juga adalah kerana Allah masih sayangkan aku.
– Puan S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit