Ya, aku bitter. Bitter sebab selalu kena reject. Aku kerap kena reject in friendship. Dan buat masa ni aku risau aku akan lebih bertambah bitter sehingga memburukkan diri.
BFF aku yang akan logout kalau nampak aku online. Dia akan stop commenting mutual friend post kalau aku ada meletakkan comment. Aku mula sedar yang kehadiran aku dialam maya pun dah memualkan dia.
Tapi aku jaga hati sendiri. Aku terpaksa unfollow profile dia supaya aku tak terkecil hati. Every time aku text dia, dia semakin lama semakin tak balas. Paling-paling pun dia letak emoji SATU.
You act normal, begin to backing out sikit sebab tahu dia tak suka dan slowly dah tak like sesuatu posting pun bila nampak nama dia ada situ.
Bila kawan-kawan aku like something juga on a mutual post, dia pun akan stop langsung. Dan akhirnya aku mula sedar yang dia dah block aku dekat WhatsApp. Hah. Kena block. Aku adalah mati dalam diri dia.
Takpelah. Aku duduk dendiam, fikir lama-lama. Tak boleh lama-lama sangat because life must go on. Sampai bila mana aku nak memendam rasa. Ubahlah focus ke something else.
Kebetulan terjumpa old collegemate online. Nampak email, terus aku email padanya. Dia tak jawab. Oh, okay. Mungkin aku tersilap email address. Refer kembali ke page online. Oh, dia dah padam email address.
Dia dah padam dan edit segala info yang boleh aku confirm dia, sebagai dia. Baiklah, aku terima. Aku tulis semula kepada dia yang aku terima mungkin dia takmau contact dari aku jadi aku wish dia good life dan back off. Ada closure.
Orang pun memang tak suka bawak aku gi lunch. Diorang semua dah ada gang sendiri. Bila aku tanya, semua kata ikut gang. Baiklah. Tapi bila aku order makanan ke ofis, ada je tanya “Eh, suka betul order makanan,” pada hal, aku takde kawan.
Aku terima je lah yang this is what I’ve got to deal with. Sorang-sorang. Lepas tu ajak-ajak ayam aku naik kereta dia pada hal member dia dah cukup 5 orang naik dengan dia. Pastu satu kereta gelakkan aku bila aku cuba nak tahan kereta dia. Setan kan?
Yang sekelompok yang lain, tak boleh tahu kalau aku keluar dengan kawan lama. Macam aku kena report kepada dia pulak kalau aku nak berjumpa dengan kawan lama tu. Siap embarrass me in common group kata, “Wah ko keluar dengan dia ke?” dengan screen capture on social media kawan lama tu gambar kami berdua macam paparazzi sangat.
Retis sangat aku niii… Aku rasa embarrassed bila kena sebut macam tu. Aku tak tau apa rasa dia. Mungkin dia rasa seronok, sukahati gembira aku keluar dengan kawan lama yang dia sendiri pun tak suka. Aku kena jaga hati dia dalam proses nak menggembirakan hati aku sikit rupanya.
Dia tak tau terluka sedalam mana dah hati aku ni. Aku pulak yang kena explain mengapa aku keluar dengan kawan lama tu. Pilu sebab sepatutnya aku tak perlu pun explain.
Ada sorang lagi ni, aku mesej nak travel ke town near to bandar dia. Dah banyak tahun tak jumpa dan bertegur sapa jadi teringinlah nak make it happen berjumpa ni. Kalau dia free, aku akan naik dan bermalam sana sebelum balik langsunglah.
Dari time aku plan sampailah hari kejadian, takde satu message aku melalui sms, WhatsApp, FB Messenger, pun ada dia jawab. Tapi dia baca. Tapi dia tak boleh jawab. Tapi dia tak boleh respond. Tak boleh jawab. Apa term omputeh tu? Ghosted? Boleh je kata, boleh, tak boleh. Aku akan faham.
Ya, aku bertanya sendiri. Kalau dah ramai macam ni pun tak mau kawan dengan aku, there must be something I’m doing wrong.
Aku kalau nak marah, marah bertempat. Berkawan dengan lelaki lagi senang dari nak buat kawan dengan perempuan. Dan aku adalah sangat direct, tapi aku jujur dan ikhlas. Tapi aku sedar aku dah semakin sensitif as I go into my 40s. Old bitter cat lady sensitive.
Perit kot bila kau hulur tangan nak salam tu, jujur dan ikhlas. Tapi orang sambut tak sama. Takpelah. Because they don’t know any better.
However, tetiba pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat, aku rasa terluka sangat. Hiba. Terluka dengan semua ni. Nak nangis, tak sampai. Nak marah, boleh je. Tapi ultimately aku rasa bitter. Bitter gila. Sampai question apa purpose aku ada kat dunia ni?
Untuk aku maafkan setiap orang yang berjaya buat aku rasa macam tahi? Untuk jadi contoh sebagai kuat dalam keadaan macam ni? Untuk orang mendapatkan bantuan kemudian dibuang macam sampah? Sebagai tempat untuk pinjam duit dan kemudian dikecam? Macam hampeh je reasonings. Macam tak boleh blah.
Aku rasa macam nak pergi beritahu diorang semua isi hati ni, sejujurnya aku rasa macam tahi. Maybe aku deserve untuk dilayan sebagai tahi. Sebab aku rasa macam tahi. Tapi aku tak mahu jadi tahi sebab aku tahu aku adalah lebih berharga dari itu.
Aku tolong sebab pada masa tu, kau memerlukan bantuan. Aku tolong sebab aku ikhlas nak tolong. Aku tolong kau sebab bertempat. Aku bantu time kau single mom, time ada financial crisis dalam perkahwinan kau, time bila aku tau kau kedekut, time kau single dan kereta kau rosak.
Teringat sorang ni. Dia datang wedding aku lepas tu dia terus tak mau kawan dengan aku dah. Bila aku mesej ke apa semua tak balas. Benda ni berlarutan bertahun-tahun.
Rupa-rupanya, time dia datang wedding aku tu ada someone said to her something yang dia terasa offended sangat sampaikan dia drop gift je terus balik tanpa jamah makanan. Bila aku tanya siapa someone tu, dia sendiri pun tak tau siapa. Haha. Camni pun kau takkan sangka ada kan.
Ni pun sepatutnya aku pergi appointment kat Klinik Kesihatan. Appointment dah buat sebulan lepas tapi tak rasa ada hati nak pergi. Biasanya aku akan ikut schedule. Cuma nak jaga diri sendiri pun dah takde rasa kepentingan diri. Takde rasa macam nak jaga diri dah. Mood aku kelaut.
Balik-balik, in the end hati ni aku kena jaga sendiri. Bilik aku bersepah ke, dapur aku bersih ke, jiwa aku kacau ke, aku kena rejection lagi ke, aku juga yang kena jaga hati sendiri. Aku tengah penat sikit. Sebab aku tak suka perasaan ni. Aku nak bilik aku bersih, meja aku teratur, badan aku sihat; tapi jiwa aku penat.
Dan buat masa ni, aku self-reasoning, takpe nanti buat je la appointment baru dengan KK tu. Confirm doctor akan marah tapi nak bangun dari kerusi ni pun takes effort dan aku sedang tiada effort untuk diri sendiri.
Merajuk hati. Ambil nafas. Bukak Foodpanda, ceriakan hati. Lantakkan je la kalau aku nak order benda paling mahal yang ada kat situ. Self-treat, I don’t care.
– Bianca (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit