Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-bitter/).
Terima kasih approve, Admin IIUMC. Aku pernah menulis disini sebelum ini.
Tahun lepas was challenging for me dari segi emosi. Setelah bertahun-tahun tahan dengan jadual suami yang sentiasa tiada masa untuk kami, aku tumbang. Tumbang didalam Q1 tahun lepas bermula bila segala urusan kemalangan kereta terpaksa aku uruskan sendiri.
Sebelum ini pun pernah ada kejadian kemalangan kereta/kereta breakdown yang aku terpaksa uruskan sendiri (Side note, bila kita kata kereta rasa macam nak rosak, dia kata tak rosak sebab itu kereta dia yang AKU pandu jadi dia lebih mengetahui). Bateri mati semua kawan-kawan ofis yang settle kan. Banyaknya mereka yang bantu. Dia, terlalu sibuk dengan kerja untuk uruskan kami selangsungnya.
Cuma dalam kejadian untuk 2019, mungkin adalah too much untuk aku proses. Kemalangan kereta yang aku alami berlaku membawa impact besar sehingga enjin kereta pun terpaksa ditukar. Enjin terpaksa ditukar kerana ipar yang menyewa kereta itu selama 2.5 tahun tetapi tidak melunaskan payment, malah tak servis pun kereta tersebut rupanya.
Kawan ofis yang menguruskan dari tempat kemalangan, report polis, sampai hantar aku balik rumah. Perkara ini berlanjutan sehingga 4 minggu sepanjang dibengkel. Kita update suami, tapi takde apa reaction. Dia cuma mula involve bila enjin kereta terpaksa diganti pada minggu seterusnya. Dia sendiri sedar akibat keluarganya sendiri. On my car.
Transport aku pergi kerja dan balik kerja ke, hantar anak-anak ke sekolah, kelas tambahan – tak banyak ditanyanya. I had to rotate tumpang orang, naik Grab, pinjam kereta Emak. Pandai-pandai la sendiri.
Aku memang sudah sediaada rasa diketepikan. Kena settle sendiri semuanya. This time around, it isn’t really about the car. It’s the unwillingness untuk mengambil bahagian dalam kehidupan kami. Kecewa yang mematahkan hati dan semangat aku.
Perasaan menjadi sangat kecewa semakin menebal. Hati yang kecil ni seakan tak terpujuk. Kami semua tau yang aku ni cukup independent. Tapi dia seperti sungguh-sungguh mahu mengajar aku, how to live without him. Betul-betul rasa abandoned.
Dalam Q2-Q3, baru nampak kehilangan kawan-kawan who are not friends with me anymore. Cerita bab kawan ni dah aku tulis dalam post sebelum ini. By Q3, aku dah memang tak nampak kiri atau kanan lagi sebab hati aku banjir gila big time. It just made me feel more abandoned. Maybe I deserved all this. Like I’m destined untuk jadi bahan singgah orang bila perlu je. Alone and lonely.
Jadi suami aku pun tanya, aku nak apa untuk hadiah birthday. Aku nak party, aku kata. Aku nak meraikan diri sendiri. I want to feel something. Aku berasa nak menghargai diri sendiri. Aku nak orang lain rasa diraikan juga. To make me feel I’m present sebab aku rasa begitu mati didalam. This celebration energy should be great for all of us. You lift my spirit, I’ll lift yours. Camtu.
What happened was the birthday party yang rupaya kau sendiri yang pilih venue, pilih menu, bayar deposit makan, tempah ambil susun belon sendiri… It felt so alone and pathetic. Biasanya ada je ipar duai tanya apa yang nak bantu, but this time semua senyap sesenyapnya. Memang ajaib.
But I told myself, “No worries, honey. This is for yourself. It’s okay,” puaslah aku pujuk diri. So you go over and over again with the script until you lose touch of reality.
Seriously, setakat mana saja yang kau boleh pujuk diri kau sendiri? My own family pun takde eventful get-together before, so I pushed diri sendiri to do this for my family. Dalam hati nak je rasa kensel. Berbolak-balik hati ni. Aku pun tak tau hati siapa yang aku pujuk. Lost.
Belon, aku beli ngam-ngam cukup kira anak buah supaya setiap sorang boleh bawak balik. Makanan cukup ikut orang yang kata akan hadir. Berdiri dan cuba untuk ikhlaskan senyuman palsu aku.
Bila sampai masa, orang sampai 30-40minit lewat. Ada yang datang pakai baju rumah. Ada yang aku call berkali, tak berangkat dan tak show up langsung. Sampai hati korang sebab bukannya pernah aku celebrate diri sendiri in a party. Tak baik tau. Orang dah pre-order food. Banyak sungguh membazir. It was just ‘another event’ for them. Ala, majlis si pompuan ni je kot, apa ada hal? Kot.
It was after all that yang aku tulis dalam IIUMC ni, the one entry, yang aku realize aku sangat depress. The whole time dari awal tahun pun aku tak sedar. So deep sampai dah tahap tak rasa perlu menjaga kebersihan diri because nobody cares anyway.
Tak perasan yang aku telah mengambil MC setiap Isnin. Nak duduk dalam bilik gelap siang malam pagi petang, tak mandi, tak makan. Just duduk mengadap phone je.
Kadang-kadang aku revisit post tu dan run through the comments. Komen-komen banyaknya memahami, namun segelintir adalah sedikit sebanyak telah lagi mematahkan semangat aku yang rapuh.
Alhamdulillah, untungnya dapat berbestfriendkan suami sendiri. Rahmat yang sangat besar tu. Untung sangat korang. Aku ni, anak nak masuk universiti pun tak kenal lagi suami ni.
Memang betul ada yang kata kalau dah berbaya, elok-eloklah perkaranya. But I couldn’t see my options. Aku cuma rasa diri dan keadaaan sekeliling adalah sangat tahi merata-rata. Dan jujur, sehingga setelah aku menghantar confession aku ke IIUMC pun aku tak sedar yang sebenarnya aku adalah sangat depressed.
Dalam selepas birthday party aku tu, ada this kenalan sent me a random message, “Oh don’t you hate it when your husband looks good, and yours is looking so good right now that I hate it because confirm nanti ada yang suka”. WTF.
Yang ni trigger sebab dia tak suka kalau tau aku keluar dengan kawan lama yang lain. We dah berbaya. Aku tak larat nak layan perangai kebudak-budakan macam ni. Nak jaga diri sendiri pun tak larat.
It made me think kalau aku yang punca masalah.
Suddenly this girl in my office just tanya if I’m okay because I don’t look okay at all. “No, I’m not okay,” I said. “It’s okay. Now tell me what happened.” She listened. And I cried. Aku sangat susah nak nangis. And I cried a lot.
Aku ada cuba buat analysis based on comments reader. Mungkin aku ter-jadi clingy, emotionally dependable on other people sebab aku takde essence tersebut dari pasangan sendiri. Betul, aku tak fair dengan diorang, they should enjoy their own lives. It took me a long time to see it.
Plus, I’m the kind of friend you run to when you need something, but not hang out with.
I’m better now. But it took me a long time to realise, and get over. Dan aku pasti, jika ada aku yang melaluinya, harus mesti ada orang lain juga melalui yang sama; and/or be in a worse condition than mine. Sure, my marriage may be tahapa-hapa to other people but it works for us walaupun aku tak happy pada seketika masa.
So I want to kongsikan satu cerita yang seorang kakak kat ofis ni cerita the other day:
Kakak ni pergi menziarah kawan di hospital. Katil sebelah kawannya ada seorang patient yang dijaga oleh ibunya. Ibunya berumur 85 tahun dan anaknya (patient) adalah stage 4 cancer. Mereka tiada keluarga selain diri mereka.
“You. Dalam setiap kesusahan, you masih ada keluarga. Dalam setiap kesunyian, sentiasa ada (ahli keluarga) yang menceriakan. Kalau nak cerita you sunyi, apa perbandingan yang boleh dapat antara you dengan family (cancer patient) tu? Kalau anak dia meninggal, what does the mom have to live for? Dan kalau ibu yang meninggal dulu, bagaimana anak ni nak menguruskan?”
Aku tergumam. Apa lah sangat perasaan aku tu nak compare dengan reality kehidupan. Aku kena tarik diri aku naik semula. Buat kawan-kawan baru. Plan bucketlist untuk diri sendiri. Lebih banyak bergantung pendapat dengan anak-anak. Pada masa yang sama aku mengingatkan suami yang bukan tugas anak tu untuk menguruskan emosi ibu kerana emosi batin adalah tanggungjawab suami.
Fokus diri aku pun semakin jelas. Lebih involved dengan sekolah anak, aktiviti luar. Aku abaikan orang-orang yang suka bercakap nonsense dengan aku. Lebih dekatkan dengan mereka yang banyak gelak.
Aku berharap korang boleh doakan aku dan mereka-mereka yang berhati suram akan diberikan cahaya dan kekuatan untuk timbul disisi masyarakat. Sebab kekuatan dalam depression harus bergerak diatas diri orang tu sendiri. Dan pergerakan itu adalah susah untuk dimulakan.
– Bianca (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit