Aku Bosan

Assalamualaikum. Seperti tajuk confession ni. Aku kebosanan. Tak berat pon cerita aku ni. Tapi kalo korang pon bosan. Tak ade ape nak buat. Meh la baca cerita kebosanan aku ni.

Aku ni suri rumah. Sebelum ni aku bekerja bidang kesihatan kat middle east. Lepas nikah terus keje kat Malaysia. Aku dengan husband kerja hospital juga.

Disebabkan shift kerja yang tak tentu hala. Dengan COVID menyerang 2 tahun. Jadi kami plan untuk hold dulu conceive baby. Kat rumah pun jarang bersemuka laki bini.

Aku cuti die keje. Die cuti aku tido lepas night shift. Kadang aku keje pagi die keje petang. Nak balik rumah parent aku pon kene apply cuti sama.

Nak dijadikan cerita laki aku dapat tukar. Hospital di negeri kelahiran dia. Dah 6 tahun tunggu turn nak pindah. Bincang punya bincang.

Aku resign dan ikut dia pindah di negeri orang.

Berat juga hati nak tinggalkan KL. Ye la lahir membesar dan kerja kat KL. Culture shock juga awal2. Bahasa dialect aku lambat faham. Mall ade sebiji dua je.

Pulak tu aku yang da terbiasa kerja busy kene stay rumah. Nak keluar lepak pon tak ade geng. Geng semua kat KL.

Alang2 dah suri rumah kitorang pon start planning. Alhamdulillah aku pregnant. Awal mengandung sampai la 4 bulan. Aku jadi kain buruk sebab muntah alahan.

Dan sepanjang pregnant aku tak boleh buat kerja rumah. Aku angkat baju jemuran pon boleh bleeding.

Stress jugak. Dah la tak kerja. Tak boleh masak. Tak boleh mengemas. Makan tido aje. Stress die lain dari masa aku kerja.

Aku ade laki aku aje buat sembang. Masa die keje. Nak pulak keje malam. Aku mula la fikir pelik2.

Aku fikir. Menyesal resign. Menyesal pregnant. Dan paling teruk aku fikir menyesal nikah. Overthinking. Baru aku tau overthinking ni boleh jadi anxiety. Aku fikir boleh bersenang lenang jadi suri rumah. Haha.

Kandungan masuk 5 bulan aku makin bertenaga. Dah boleh masak dan makan sedap2. Kurang sikit overthinking aku.

Walau husband aku berkali2 larang aku masak. Tapi aku Mengidam masak. Kalo tak aku nangis tak nak makan.

Dek kerana layankan hormone pregnant aku. Aku tumpah darah. Anak aku lahir awal dan meninggal. Sempat nafas kejap je. Sebab tak matang lagi. Sedih dan terkilan.

Sempat aku merasa kene rujuk psychiatrist sebab post partum depression. Sempat jugak aku merasa delusion. Meroyan lah senang cerita.

Aku bayangkan macam2 gangguan mistik . Siap aku nak pergi korek kubur anak aku tu. Punya la yang bukan2 delusion aku.

Depression ni bukan terus baik tau. Die datang juga Kadang2. Makin lama makin Jarang2. Masa depression hit tu macam hilang akal aku menangis. Fikir orang dajal aku. Orang pandang rendah, dendam kat aku.

Laki aku. Parent aku. Adik beradik aku. Sekali ipar biras aku pon aku fikir buruk. Aku yang periang, suke gelak2, buat lawak, positif ni bertukar. Jadi pendiam, pemarah, nangis sentiasa, cepat terasa dan sentap.

Aku pregnant lagi kali kedua. Lepas 3 bulan bersalin. Doctor dengan nurse bebel. Tapi aku tak tenteram selagi tak ada baby dalam perut.

Kandungan kali ni aku lebih tenang. Aku alahan teruk tapi aku tak stress sangat rasa macam kain buruk. Aku layan je loya tu. Memang aku tido je.

Sebab dah berpengalaman. Laki aku uruskan rumah. Makan pakai aku semua die settle kan. Laki aku je tempat aku bersembang.

Kalau ade fikiran buruk datang aku akan cerita semua kat laki aku walaupun melibatkan/memburukkan family die.

Die akan dengar dan aku akan reason semula fikiran aku yang mengarut2. Sampai fikiran negative tu hilang sendiri.

Sekarang kandungan aku dah 5 bulan. Dan aku mengidam nak mengemas nak masak nak basuh toilet. Laki aku memang larang. Risau perkara sama jadi semula.

Aku ni pulak bosan. Nak Menunggu lagi berbulan2. Netflix dan korean drama pon da jemu tengok.

Nak  pergi lepak jalan2 pon berisiko. Aku pergi balik appointment clinic je seminggu sekali. Harap kan laki aku jela penghibur hati. Die bawak aku drive pusing bandar kecik ni.

Doctor sebenarnya nasihatkan aku admit sampai baby term. Tapi aku rela rest in bed/rehat kat katil rumah aku je.

Aku banyak nangis sorang kalau laki aku tak ada kat rumah. Selalunya sebab kerja lah. Balik lambat pon boleh buat aku merajuk. Kadang2 kalau adik beradik laki aku yang bujang ajak lepak makan mamak pon aku boleh merajuk.

Pulak tu baru2 ni kan banjir. Kampung laki aku naik air sampai atap. Selut aras betis nak kene bersihkan. Memang laki aku pulun pegi tolong kerja pembersihan.

Aku telan rasa je la. Nangis saja aku. Cuti pon laki aku pergi berselut. Pagi sampai Maghrib. Balik die penat tido. Tak sempat nak layan aku bersembang.

Aku sampai rasa nak block je number adik beradik laki aku. Kadang laki aku terlajak tido. Dorang call suruh datang. Nak dobi baju. Nak basuh pinggan mangkuk. Nak angkat perabut.

Aku memang fikir negative jela. Siap rasa nak balik KL duduk dengan parent aku. Padahal laki aku je yang boleh jaga aku A-Z.

Aku kalau boleh tak nak gaduh. Masam muka dengan laki aku. Hal kecik je pon. Tapi aku sangatla bosan. Sementara nak bagi laki aku ni settle rumah banjir die. Cuba la korang usul dan cadangkan cara hilang kebosanan aku ni.

Nak kecam boleh. Nak nasihat boleh. Ko bagi emoji pon aku bace. Haha.

Sambil2 tu doakan kandungan kali ni bertahan sampai term. Lahir sehat. Membesar bijak. InshaAllah. Doakan dipermudahkan urusan aku dan laki aku  ye. Terima kasih.

– Mama bosan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *