Salam, aku kongsi sebab mungkin kita sama situasi?? atau korang boleh bagi pendapat dan menasihati.
Jagung. Itu panggilan yang sesuai untuk aku sebab pengalaman baru setahun jagung. Aku ada pengalaman sejagung dua di sebuah syarikat kecil beberapa tahun lalu. Suatu hari aku buat keputusan untuk memajukan diri dengan mendaftar laman cari kerja dengan harapan dapat berpindah ke syarikat yang lebih stabil dan mestilah untuk naik gaji. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. Aku dapat interview atas jawatan yang aku pohon. Pendek cerita, aku berjaya interview tu tapi pada saat akhir bila aku dapat surat tawaran, aku dapat jawatan lain jauh dari yang aku pohon.
Jadi, aku telefon HR dan pastikan, sebab aku tak tahu dan tak pernah dengar jawatan yang dorang bagi. Jawapan dorang ya, memang jawatan tu baru dan dorang nak offer sebab pengalaman dan kelayakan aku sesuai untuk jawatan yang lebih tinggi dari jawatan yang aku pohon. Serius aku keliru, aku buat research pasal jawatan tu dan memang jauh dari bidang aku, so aku hantar email untuk tolak. Bukannya aku tak nak cuba benda baru tapi ada benda dalam dunia kerja ni tak boleh dapat dari google tapi hanya boleh dilakukan dengan ‘pengalaman’. Aku tak nak menyusahkan syarikat baru tu dan sudah tentu tak nak runsingkan kepala otak aku.
Tapi mungkin rezeki, manager bahagian yang interview tu call aku guna telefon peribadi dia. Dia nak yakinkan aku jawatan yang ditawarkan ni berkaitan dengan bidang cuma nama je panggil lain sikit sebab ada tambahan sedikit dari segi tugasan. Dia siap hantar email tentang skop tugasan aku dan harap aku dapat masuk syarikat dia. Korang boleh bayangkan? aku dah tolak tapi manager sendiri call. Waktu tu syarikat lama aku pulak tengah bergolak, jadi aku anggap ini rezeki Allah nak bagi dan aku pun terima je kerja tu. Kat situlah aku berdepan dengan situasi.. aku bagi dua bahagian ye.
1) Manusia HSD.
Syarikat aku masuk memang besar, tapi orang yang sama jawatan dengan aku ada beberapa orang je. Awalnya semua okay dan aku memang naif. Aku senyum dan berbual kosong dengan sesiapa pun yang tegur aku. Tapi makin lama aku perasan hampir semua yang tegur, tertanya-tanya kenapa aku boleh dapat posisi yang aku ada sekarang, sedangkan ikut pendapat dorang, aku ni jagung je, ada antara mereka durian, epal dan sebagainya. Biasanya aku memang takda jawapan pun untuk tu. Sebab bila fikir balik, ye memang aku jagung, tapi aku tak masuk guna cara kotor.
Aku daftar laman cari kerja bukan guna orang dalam atau sebagainya. Pastu, nak cakap manager tu bapak aku, bangsa pun dah lain. Jadinya aku malas nak layan soalan dorang tu dan aku sangka semua habis begitu je. Tapi aku silap. Betullah orang cakap manusia ni macam ragam, talam dua muka pun ramai. Rupanya dari sebelum aku masuk, jawatan aku ni dah jadi isu sebab sebahagian orang je dapat naik pangkat jadi korang boleh agak yang x dapat rasa apa? tiba-tiba aku yang jagung ni pulak masuk. Memang panaslah. dan masalah bermula bila dorang ni tak boleh tengok orang senang. Depan aku baik je bual-bual macam biasa pasal kerja tapi actually apa yang aku cakap jadi bahan untuk mereka ni komplen pada HR sebab tak puas hati. Sebab mereka-mereka ni dah kerja lama level durian, ada antara aduan mereka tu didengari dan benefit aku dibatalkan.
Awalnya aku tak syak wasangka langsung, tapi bila orang sejawatan aku dah bagitahu perkara sebenar barula aku faham. kenapalah tak cakap awal-awal. Aku rasa kena tikam. Dan kalau ada yang sama spesis dengan dorang kat sini tolonglah jawabkan soalan aku ni. Dapat apa ye dari semua ni? dapat naik gaji ye? atau kepuasan? Serius aku tak faham sebab nak cakap kami satu bahagian, bukan. Nak cakap aku masuk, gaji dorang kena potong, tak. Apa masalah aku tak tau. Yang tak tahan, mereka sampai ke hari ni masih gigih nak korek rahsia dari aku lepas dah tikam sampai berdarah hari tu. Mungkin dorang nak aku berhenti agaknya. Jangan harap. Dorang ingat aku ni betul-betul naif sampai tak tahu siapa yang komplen. Takpalah buat masa ni aku anggap jelah mereka ni tengah bosan sampai tak tahu nak buat apa. Aku tak sangka watak jahat sinetron dalam tv tu wujud dalam dunia realiti.
Perangai dorang ni jujur buat aku rasa tak semangat nak kerja dan sampai sekarang aku tak kawan rapat dengan sesiapa pun sebagai langkah berjaga-jaga, Yelah aku taktau siapa lagi nak tikam aku. Aku ada pesanan pada mereka ni. ” Bawa bertaubatlah ye dan mohon jangan jaga tepi kain orang sangat. Dunia ni berputar, anak-anak korang semua bakal besar dan bekerja juga nanti, waktu tu kalau anak korang kena macam aku ni, tolonglah ingat balik apa korang tengah buat ni. Doa orang teraniaya makbul dan ingat rezeki tu milik Allah bukan korang yang tentukan.
2)Hormat
Aku boleh dikategori jagung juga kalau dari segi pergaulan dengan lelaki. Sebab aku tak bergaul sangat kalau bukan urusan kerja. Kawan rapat lelaki boleh cakap takda.Tapi tak sangka kat syarikat nilah aku dapat banyak gangguan yang pelik-pelik. Macam ceroboh privasi aku tanpa izin, suruh duduk atas riba, suami orang menggatal. Nasiblah aku bukan kategori Husna, Nauzubillah. Ye, Aku mengaku aku memang bujang tapi aku x desperate kot. Aku datang lillahitaala nak kerja je dan duit of course. Dan aku tahu kadang-kadang nak bergurau je tapi agak-agaklah kan.
Aku taklah minta dihormati tapi ada sebab aku pakai tudung tutup dada, stokin tangan dan kaki. Selain daripada kewajipan, aku harap dapatlah lindungi diri, yelah orang cakapkan perempuan kena ganggu sebab pakaian menjolok mata. Tapi tak semuanya orang cakap betulkan. Buktinya jadi pada aku, dah tutup dan tak gaul sangat tapi still kena ganggu. So, aku nak cakap, bila perempuan dah berusaha menutupi diri, x salahkan lelaki berusaha untuk menghormati??
Pengalaman aku ni just nak sharing je, mungkin biasa je tapi nilah realiti yang selalu terjadi. Aku doakan Manusia HSD diberkati dan dikurniakan Rezeki sampai berhenti tutup periuk nasi orang. Dan yang kedua tu aku tak tujukan pada semua lelaki. ada je yang baik.. Tapi yang rasa-rasa macam kena pada batang hidung tu, tolong ye..tolong sangat bantu juga perempuan untuk jaga diri. Nanti rosak korang juga yang tak nak..kan??
Okaylah doakan aku bertahan menghadap cabaran hidup ni sampai mampu jadi jagung bakar atau jagung susu ke..Baru mahal sikit, boleh jadi bos..
– Budak jagung
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit