Aku Budak Lepasan Universiti

Nama aku jambu. Masuk tahun ni dah hampir 1 tahun lebih aku tinggalkan alam universiti. Dalam 1 tahun lebih ni pelbagai kerja aku buat. Jurujual kedai butik di ibu kota dengan gaji RM1k pun aku pernah cuba. Sebab aku cuba fikir positif. selepas tu aku cuba minta kerja berdasarkan ijazah aku. Okay aku still tak dapat sebab mostly nak yang pergalaman dalam bidang tu. Okay aku memang tak paham part ni. Macamana kami nak ada pegalaman sedangkan tak da syarikat yang nak bagi kami pengalaman.

Aku ada buat SL1M under Khazanah tapi macam kena tipu je. Then aku pergi. Aku buat part time sebab aku ada komitment. Alhamdulilah aku dapat buat SL1M kat satu company yang boleh dikatakan besar walaupun bukan bidang aku nak tapi aku fikir nak pegalaman dan ilmu. Tapi indah banggunan dari rupa. Hampir 4 bulan aku kat sini tapi still aku dibiarkan tanpa tali. Staff kat sini memang okay tapi masalahnya semua busy sampai berbudak SL1M kat sini tak dipeduli. Asyik-asyik buat filing hantar surat. Tapi tak pelah kan sebab bagi aku depa senior.

Benda yang leceh-leceh ni yang depa harap kami buat. Aku tak nak merungut kekadang Cuma aku terfikir apa nasib aku nanti. Aku still dating kerja dan buat la kerja-kerja yang ada. semakin hari aku kat sini, aku terfikir masa depan. Tak akan la bila aku keluar dari sini tak da satu pun yang aku dapat bawa atau belajar. Tak akan la nak cerita kat job interview nanti kerja hanya filing kan. Hari-hari aku Tanya staff -staff ada tak kerja untuk aku buat. last- last filing juga yang depa beri. Hahahaha.

Aku tengok kawan-kawan aku ada yang dapat kerja bagus. Alhamdulilah. Tapia da yang sesetengahnya result tak sebagus pun dapat kerja sebab ada orang dalam. Mungkin tu rezeki depa. Kekadang aku fikir apa guna kita susah payah masuk u, belajar berhempas pulas nak dapat cgpa bagus last2 keluar university ada beban hutang yang kena fikir. Bila IV reject sebab tak penuhi syarat. Bila mengadu kata graduan memilih kerja. Graduan mengada-ngada. Graduan itu dan ini. Weyh ada kawan aku sanggup ketepikan sijil dekan dia sebab terpaksa kerja kilang. Ada kawan aku sanggup campak sijil dia sebab terpaksa kerja cleaner.

Maybe ada segelintir yang ngada-ngada tapi tak semua. Apa yang company nak dari kami. Kekadang malu juga bila ada nenek-nenek bawang yang tak reti nak tutup mulut. Biasalah orang malaysiakan terkenal dengan sikap ambil berat jiran tertangga. Aku manusia, walau macamana pun kita kata kita tak kisah dengan mulut depa tapi still akan tinggalkan kesan. Kekadang aku fikir, lebih aku mati…tapi aku cepat-cepat ingat yang aku ada agama. Sakit weyh sebab fikiran tu tak pernah hilang. tapi aku kena lawan benda tu cuma apa yang aku taku, aku tak mampu nak lawan satu hari nanti.

Nak harapkan kerajaan. Dulu aku lega bila kata Ptptn ditangguhkan sampai gaji RM4K walaupun tak logik dengan ekonomi semasa. Sebab aku fikir bila dah stabil aku akan mula bayar balik. Aku kecewa gila. Ada mulut2 kata, graduan bila kata tangguh bayaran boleh pergi melancong. Hahahaha..Weyh kami tahu tanggungjawab kami nak bayar hutang. Aku tak nak komen isu ni sebab aku tahu nanti kena kecam kat bawah.

Aku tak kisah nak mula dari bawah.kekadang bila aku tunggu train, aku Nampak ramai pekerja yang pakai id pekerja. Ala yang selalu tergantung kat leher tu. Jeles sangat. Bila agaknya aku mampu pakai id macam tu ye. Kekadang aku rasa give up tapi nak tak nak aku kena teruskan hidup. Aku kena hadapi reality hidup sebab aku ada keluarga yang pandang sijil aku. Mak ayah mana yang tak bangga bila anak-anak depa dapat kerja yang bagus. Tapi aku still tak mampu nak bagi kebanggaan tu. Aku cuba jadi positive ‘ Tak pe..mungkin bukan rezeki aku lagi..” kata-kata ni selalu dengan aku.

Tapi kadang kala aku kecundang juga. Aku down tapi macam aku kata down tak down kita kena teruskan hidup juga. Bila aku dengar cerita kawan-kawan aku yang still berhempas pulas kat luar sana, aku tahu aku kena berusaha lagi. Bagi aku setiap orang ada masalah dan ada yang depa lalui. Cuma aku harap, please jangan pandang rendah pada kami, mak ayah yang ada anak yang baru lepas grad tu kalau boleh support dari segi mental.

Orang-orang sekeliling tolonglah jangan pandang rendah, tolong jangan nak buat komuniti bawang sedunia. Aku harap kawan-kawan aku kuat hadapi rintangan sekarang ni. Doakan kami dapat apa yang kami nak.

Ps: maaf kalau ada yang typo.. memang habit.

– Jambu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *