Aku Budak Matematik

Assalamualaikum guys.

Seperti tajuk di atas, aku nak cerita serba sedikit tentang jurusan Matematik dekat uni aku (bukan UIA). Aku tergerak nak tulis benda ni sebab selalu sangat orang tanya, “Budak Maths belajar apa ya?”

Okay.

Dekat uni aku, degree Maths terletak bawah Fakulti Sains. Kami ada satu jabatan khusus untuk jurusan yang berkaitan Matematik sahaja. Dalam jabatan ni, ada empat course yang ditawarkan.

1. Bachelor of Science (Mathematics) @ Pure Maths
2. Bachelor of Science (Applied Mathematics)
3. Bachelor of Science (Statistic)
4. Bachelor of Science (Actuarial Science)

Untuk subjek yang kami belajar sepanjang degree, dibahagi kepada beberapa level:
1. Level 1
Subjek wajib yang semua pelajar Maths perlu ambil. Ada sesetengah subjek, yang selagi tak lulus subjek tu, tak boleh proceed ke subjek yang lain which we called as pre-requisite subject. Antara subjek wajib adalah seperti Basic Math, Calculus 1, Intro to Spreadsheet, Probability & Statistic 1, etc.

2. Level 2
Untuk subjek level 2, ada sesetengah subjek yang dah khusus kepada jurusan masing-masing tapi masih ada subjek wajib seperti Linear Algebra, Structured Programming, Advance Calculus, etc.
Subjek khusus berdasarkan jurusan tu pula, tengok pada course apa yang korang ambil. Contoh, kau course Pure Maths, subjek wajib adalah Introduction to Combinatorics, Algebra 1, Intro to Analysis, etc. Untuk subjek ni, budak course lain (Applied Maths, Stats, Actuarial) tak wajib ambil (boleh ambil dan akan masuk ke dalam elektif jabatan). Same goes to course lain juga.

3. Level 3
Subjek y ditawarkan bawah Level 3, adalah subjek elektif. Contoh kau nak specialize dalam Applied Maths (walaupun kau asalnya budak Pure Maths), kau boleh ambil subjek Applied (but still ada bilangan subjek y kau perlu ambil bawah Pure Maths).
Nampak complicated?
Tak pun sebenarnya.

4. Level 4
Untuk level 4, hanya ada pada course Actuarial Science. Mungkin subjek lagi susah, I dont know. (angkat bahu)

Kalau kalian tak faham apa maksud ‘pre-requisite’, meh aku cerita sikit.
Aku ambil satu contoh. Subjek Level 2, Linear Algebra. Kau tak boleh ambil Linear Algebra selagi mana kau tak lulus Basic Maths. Sebab apa yang akan belajar dalam Linear Algebra, ada dalam Basic Maths. Itu namanya pre-requisite. Selagi mana kau tak lulus subjek sebelum, kau tak boleh ambil subjek selepas.

Ni antara penjelasan sikit tentang subjek Maths. Lain uni mungkin lain subjek dan caranya. Yang ini hanya tertakluk dekat uni aku.

Dan sepanjang aku jadi pelajar jurusan Matematik, aku ada dapat beberapa tanggapan yang sebenarnya lain dari realiti budak Maths.

Antara salah faham terhadap pelajar jurusan Matematik :
1. “Addmaths dengan Maths degree sama tak?”
Addmaths yang kita belajar kat sekolah dulu, hanyalah merangkumi 10% (or less) dari apa yang kami belajar masa degree. Integration, differentiation, statistics bagai tu, patut kat hujung jari je (sebab sangat basic). Kalau lalui apa yang kami budak Maths lalui, mungkin kau akan faham.

2. “Nanti kerja jadi cikgu eh?”
I gained a lot of this kind of question. Dan kita sekarang hidup di alam modenisasi yang kita boleh Google sahaja peluang pekerjaan untuk graduan Matematik.

Antaranya adalah programmer, statistician, pensyarah, researcher, data analyst, production engineer, etc. Nak jadi cikgu pun, apa salahnya. But please bare in your mind, kalau kau degree in medicine, itu tak menjaminkan kau kerja sebagai doktor. Faham kan?

3. “Budak Maths pun salah kira, apa ce?”
Kau Muslim pun kau buat dosa, apa ce?
.
.
.
.
Kita sama2 manusia dude.

4. “Maths mesti pasal nombor je kan?”
Dalam Maths sendiri, kami bukanlah belajar 100% nombor semata. Ada sesetengah subjek yang kami belajar adalah bentuk teori seperti berkenaan dengan mana datangnya formula untuk differentiation, kenapa formula itu dan ini macam tu, kenapa bila 1/0 jadi infiniti dan sebaliknya, kenapa graf ni boleh converge to zero, macam mana nak buat summation of a function tak jadi zero / infiniti, adakah zero itu real number, apakah zero ada negative atau positive, etc.

Dan sebab tu jugaklah kita tak boleh kata Maths bermain dengan nombor sahaja sebab kalau kita tengok nota Pure Maths, kita tak jumpa nombor. Around 5% je dalam tu. Yang tak jumpa nombor tu, kerana ianya berkaitan dengan proving theorem, etc.

Kalau semua nombor semata (okay ada tulisan sikit2), ianya kita panggil ‘numerical’. Kebanyakan ‘numerical’ is involved a big set of data, or you need to set up data based on a formula, atau nak tengok function approached berapa bila function tu capai error sekian2, etc.

Pengalaman aku sendiri, satu subjek numerical, we called as ‘Mathematical Method 2’. Satu kertas tu penuh dengan nombor semata. Masa test dengan final, tekan kalkulator macam tumbuk sambal belacan sebab kami kena kira manual (bukan guna komputer) dan nak capai error sekian2, kita bukan tahu pengiraan tu sampai iteration berapa. Dan kalau salah kat atas, the whole question salah sebab jawapan kat atas kita guna untuk iteration seterusnya.

5. “Maths mesti susahkan?”
M. I. N. D. S. E. T.
Kenapa aku boleh ambil Maths?
Minat.
Ya satu alasan yang tak kuat tapi aku memang minat nombor.

Aku tak tahulah penulisan aku (y panjang ) mampu merungkaikan serba sedikit persoalan kalian tentang jurusan Maths.

Aku nak pesan, walaupun dalam Perakaunan, Physics, Chemist, etc juga bermain dengan nombor, jangan anggap kami budak mampu selesaikan perkiraan itu. Nombor itu sangat general.

Peace yo. Salam ^_^

– Nami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *