Aku Budak SL1M

Assalamua’laikum,

Aku budak SL1M trainee. Basically, aku nak ceritakan perception orang terhadap this SL1M Program. For simple understanding, this program adalah collaboration between gov and GLC company utk provide training for fresh grad yg dah unemployed more than 6 months. If nak tahu lebih detail apa itu SL1M program, pergi google.

Firstly, apa yang aku perasan, rata-rata orang macam pandang rendah for those yang join this program. Most probably these people always thought that budak-budak yang join this program are underqualified, have no soft skill, not marketable kat industry. Indeed, you are wrong. Ramai je budak2 SL1M yang aku jumpa power, pointer bagus and soft skill pon gempak cuma rezeki dorang belum ada lagi untuk dapat permanent job dengan market yg slowing down and have a high unemployment rate plus with slumping oil prices that affected o&g industry which lead to retrenchment of the staffs. Jika kau seorang Muslim, kau akan percaya pada rezeki yang Allah bagi. Bukan semua perjalanan hidup kita ni smooth dan indah, biasalah tu ada simpang siur. Benda-benda ni lah yang akan mengajar korang erti kehidupan dan sabar. Percaya pada DIA.

Ok meh aku share experience aku sendiri pasal join this program. Aku adalah master degree holder and pointer aku boleh dikategorikan agak cemerlang, lebih dari 3.5 (CGPA). Lepas abis study, aku macam chill dulu duduk kat rumah about 3 months tanpa apply sebarang keje lagi. After that 3 months baru terhegeh-hegeh cari kerja. After degree, aku pernah keje sekejap then terus sambung master. So aku ni dikategorikan sebagai budak fresh grad la sebab tak ada experience keje lebih setahun. Apply punya apply, satu pon tak sangkut. Ada la satu well known bank ni panggil for interview, iklankan management trainee, skali datang interview duk cerita pasal position sale, memang aku tak minat la. Ok tunggu lagi macam-macam aku apply kat jobstreet tu. Since susah sangat nak sangkut, aku apply directly to some companies. Sampai la satu hari ni, aku dapat call from 1 of big companies kat Malaysia ni. HR call cakap nak propose aku join the company as SL1M trainee padahal aku apply for exec position. So aku macam why not just try la but aku dah tahu awal2 salary yang akan diberi memang lah sgt2 below market utk qualification aku. Time tu after 4 months aku abis study. Aku redha jela mungkin belum rezeki lagi kan. So aku ok je jadi SL1M trainee.

Dalam tempoh training tu, banyak sangat aku belajar. Bergaul dengan golongan professional and dorang sangat helpful and tak treat aku macam budak intern. Kerja yang aku buat dekat situ pon memang kerja2 permanent staff. I have met a lot of wonderful people there yang sangat tak judgemental. It was truly a great exposure that I had back then and aku punya soft skill pun improve a lot. Akak manager aku ni memang sangat baik, always support aku and tolong pas kan resume aku kat kawan dia. Ada masa aku down bila lah nak dapat kerja tetap ni sebab almost dah 6 bulan aku training dekat situ. Kadang2 bila kawan ajak hang out aku malas join, nanti mesti tanya keje kat mana la bla bla and bla. Sampai la 1 hari ni aku burst into tears.

Ada lah gathering ni jumpa kawan2 time aku degree dulu. As expected, ada sorang kawan aku ni, A tanya ” Wei kau keje kat mana sekarang? Budak master kan mesti gempak keje gaji masyuk”…. Aku jawab la “eh tak la aku keje biasa2 je kuli”… Then dia paksa “cakap la kau keje kat mana?”… keep annoyed me dengan soalan tu berulang2 kali… End up aku malas dengar dia bising2 aku bagi taw la aku keje kat company Z ni… Then respond dia macam over gilaaa…. ” Fuyooooo gempak gila kau” and member2 lain pon wah hebatnya kau… So before dorg further puji aku macam2 aku cut dorg.. “Tak la aku join as SL1M trainee je”… You know what dorang punya respond yang sangat menyedihkan aku masa tu and feeling so downnn during that moment. Sampai sekarang pon masih terngiang2 ayat A tu dalam telinga aku walaupun aku dah maafkan dia. Aku rasa sampai sekarang pon dia tak tahu aku terasa ngan dia… Ni respond dia: ” Oooooooo SL1M, igt an permanent position, yang lain pon macam oooooooo”…. Korang mesti rasa down an bila dengar respond yang macam ni, why la ade species kawan macam ni… A tu sambung lagi, “Oh big2 company ni suke lah ambil budak2 SL1M ni bayar murah then buat keje macam permanent staff, keje macam nak mati suruh buat macam2 patut lah kau makin kurus aku tengok”… Honestly aku keje kat situ tak macam orang nak mati pon, mmg buat keje macam permanent staff tpi xdelah heavy sampai kena stay back sume. Akak manager aku sendiri baik hati, xpe you boleh balik sharp 5.30pm.. Yang part kurus tu sbb aku jalan kaki ulang alik keje g station LRT bkn sebab keje teruk.

Fahammmmmmmmmmmmmmm.. haha panas pulak hati aku bila terigt respond si A ni.. Member2 lain pon macam sambung ha ah kan bayar murah company suke la.. Ya Allah time tu aku tahan je nak menangis. Dah la aku sangat down tak dapat keje tetap lagi then di tambah dengan ayat macam ni. Aku terus meleleh air mata time tu tpi cover mata masuk habuk and pergi toilet. Aku terus text one of my bestfriends, cerita apa yang si A ni cakap. Dia pon bengang gila kot and suruh aku sabar banyak2. Dia kata “you don’t worry dear, ada rezeki tu nanti. Just ignore these ignorant people”… Bila aku text dia, aku rasa calm sangat, motivated ckit ada kawan yang macam ni, support aku time susah bkn tmbahkan kau punya down level… Lepastu aku wat relax jela spnjg tempoh gathering tu walaupun dalam hati Allah je tahu. Aku btol2 nak bla cepat dari situ. Then si A ni sambung lagi “nape kau tak gtaw kau training kat situ?” then aku jawab la “watpa nak gtaw aku an kuli2 je bkn permanent staff kat company hebat ni” then dia reply “Ala, takpelah nanti kitorang doakan la kau dapat permanent kat situ nanti InsyaAllah”… Oh God selepas disiat-siat & dihiris2 hati aku, nak counter balik sbb aku rase dia perasan sepanjang gathering tu aku banyk diam je lepas dia respond pasal SL1M tu.

Lepas incident tu, aku malas dah nak fikir sgt apa org ckap sbb aku percaya semua tu kje Allah. Indeed, He is the best planner after all. Aku selalu solat Dhuha minta kat dia sambil nangis. Jarang aku miss solat Dhuha. Kadang2 Allah bagi ujian supaya kita igt pada Dia yang Maha Kuasa. Betul2 tamat tempoh training tu, aku dapat offer keje dekat satu company ni as permanent staff. Akak manager ni sayang nak lepaskan aku, dia kata if ade vacancy memang dorg nak serap tpi bkn rezeki aku time tu, company ni takda kosong even freeze the vacancy. Aku okey je sbb dapat offer lain, betul2 last 3 days training kat situ, ade panggilan interview and aku dapat keje tu yang mana line yang betul2 aku nak masuk sbb nak belajar pasal that industry. Manager aku baik gila, buatkan support letter performance aku and supervisor aku pon bagi macam2 tips. I’m so grateful dapat jumpa orng2 yg macam ni so supportive, professional and not judmental. Alhamdulillah aku bersyukur pada ALLAH and terima kasih untuk kata2 membina, doa2 from my parent and good friend. Sekarang aku dah ade keje tetap, gaji pon Alhamdulillah.

So in conclusion, banyak aku belajar dari that incident. Never judge and look down on people. You never know their struggle. Please jangan jadi too judgemental and cakap ikut sedap mulut je. Kau tak tahu sebab mulut kau, boleh menyebabkan kawan2 kau depress. “Jaga hati jangan hasad dengki, jaga mulut jangan sampai rezeki kau terlucut”… Pada si A, walaupun aku dah maafkan kau, still apa yang kau cakap tu tinggalkan scar dalam hati aku. Takpa aku doakan perjalanan master degree kau berjalan lancar and moga dapat kerja lepas kau abis study. For adik2 yang fresh grad, rasa malu2 nak join SL1M program sbb takut kawan2 kutuk korang tak bagus, please please please I am begging you to ignore these ignorant peeps. At the end, dorg takda saat kau susah nanti, kita yang kena tolong diri sendiri. Ketepikan cakap2 orang. Apa yang aku belajar, time training dlu, ilmu tu aku fully utilize kan dgn kerja yang aku buat sekarang. Allah Maha mendengar lagi Maha Mengasihani. Mengadu pada dia, buat lah Dhuha dan Tahajud. In Sha Allah you will see the rezeki coming.

Wassalam.

– SL1M Trainee

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit