Assalamualaikum,
Sebelum ni Aku pernah tulis beberapa confession tapi mungkin padat sgt, mengelirukan dan mesej tak sampai menyebabkan editor menolak confession aku begitu shj. Jadi, yg ini aku nak tulis ringkas sikit dan sebahagian kecil dr prinsip kehidupan aku.
Disebabkan keputusan SPM nak keluar minggu depan Aku nak cerita sedikit, tentang prinsip aku dr sekolah. Bapa aku anak bongsu yg kurang dr aspek kepimpinan terutama bab duit. Mcm anak-anak dia ni, definisi duit utk anak adalah belanja sekolah pd hari sekolah shj iaitu sebanyak Rm 2 sehari xkira menengah atau rendah.. kalau hari sekolah, kalau kebetulan cuti takkan di bagi duit belanja sekolah.
Kalau kebetulan kena bayar yuran sekolah dan asrama yg lebih kurang rm300.00 je tu, bermula la adegan ungkit mengungkit maki-maki.. Mcm tu juga beli buku, kadang2 kalau mampu aku kumpul je belanja sekolah rm2.00 tu utk beli buku rujukan yg diidamkan.
Bab baju sekolah dan keperluan, dia akan set satu tarikh dgn belanja lebih kurang 1k utk semua adik beradik.. kalau kebetulan barang yg dicari tak ada, memang kena beli dgn kumpul duit belanja Rm2.00 sehari yg diberi hanya pd hari sekolah..
Dulu, mak aku tak bekerja.. selalu merungut tak diberi nafkah.. Jadi, mak akan lepaskan kemarahan pd anak-anak.. Mak aku cukup pentingkan pendidikan yg cemerlang dalam masa yg sama berkonflik dgn bapa aku yg cukup berkira.. Kami tak dibenarkan bekerja, katanya cukup dgn duit bapa bg (duit belanja sekolah)..
Kesannya, utk aku seorang yg nak pandai tapi pening dengan duit.. tak ada kelengkapan duit yg cukup.. tak dapat berkawan bergaul dgn kawan2 mcm biasa.. aku seolah2 kera sumbang tp sebenarnya aku tak ada duit, tak ada kenderaan dan tak ada kehidupan.. Semua orang tak suka dgn aku, yg selalu pinjam barang dan alat tulis orang lain..
Akhirnya, result Spm keluar dgn result yg hambar, aku tak kecewa sebab memang aku dah buat yg terbaik.. ya, itu yg terbaik, sehingga tidak layak utk mana2 penempatan di Ipta.. bapa aku tak yah cakap la, canang kemalasan dan kelembapan.. padahal salah dia yg tak pernah ambil tahu hal anaknya di sekolah.. apa yg cukup dan tak cukup.. masa, duk asrama hari2 nangis sbb tak ada duit nak beli sabun, nila baju dan barang2 keperluan.. kalau mengadu pun, maki hamun je yg dapat.. Sedih..
Sehingga aku habis sekolah, aku pening.. bapa aku kutuk2 anak sendiri depan semua orang.. Sehingga suatu hari, aku paksa mak aku utk sokong aku belajar di sebuah kolej swasta.. mak terima juga, sbb dah setahun menggangur.. buat bisnes tak jadi.. Aku sambung belajar, dgn ilmu bisnes sikit2 yg ada, aku berbisnes dgn pendapatan rm5.00 sehari utk makan dikolej, tekad aku taknak minta duit dr bapa.. kadang2 minta kt mak 50 seminggu kalau bajet lari.. Duit Ptptn kadang2 berbaki rm700 satu semeter sgt mncukupi utk aku hidup di kolej..
Sehingga aku dpt ijazah bapa aku masih pandang rendah, skrg walaupun aku bergaji kecil tp dengan ilmu pengalaman tekanan jimat dari bapa, aku tetap mmpu memiliki kereta, motor, dan smbung belajar.
Alhamdulillah, tak lama lagi aku juga akan bina masjid dgn orang yang elit dan baik2. Semuanya mcm mimpi, Allah maqbulkan permintaan dan tak lupa doa ibu yg x putus2..
Hanya aku nak beritahu,
1. kalau bertentang pendapat dengan orang tua, cipta dunia dan impian sendiri.. tanamkan niat melawan bukan tanda benci tp sayang..
2. Sekarang bapa bangga dengan aku, wlpn aku melawan dia, dia tahu aku buat sbb aku nk berjaya..
3. Kita lari dr masalah sbb nak selesaikan masalah, bukan nk menghukum orang.
4. Minta doa mak, layan je cita2 dan angan2 mak.. raikan orang walau orang benci, dan mengata kita di belakang.
5. Kita hidup utk kita, bukan utk kawan kita, saudara kita.. Cita2 kita, hanya kita mampu realisasikan. Fokus..
6. Bila dh berjaya ucapkan syukur pd Allah, mak yg mendoakan dan bapa yg memberi tekanan.
7. Hidup ini sebuah masakan, perlu ada pahit, manis, masam, pedas, masin.. itulah perencah dan resepi kehidupan.. Hanya saje, kita yg melalui merasai nikmatnya hidup, yg memandang tak rasa, jd mereka tidak tahu nikmatnya..
8. Selamat mnikmati hidup, semua orang ada bahagia masing2. cuma kita tak nampak bahagian kebahagiaan kita sbb kita tak bersyukur..
Untuk semua yg dikasihi,
Pejam mata = ubah persepsi =tuntut ilmu= bekerja keras=hargai semua orang = sabar.. Esok akan ada hari kita.
– Miss I
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit