Untuk pengenalan, aku duduk di Selangor, area lembah Klang.
Kisah aku, direct saja. Aku dah mendaftar dan menunggu untuk v4ksin dah lama. Since awal tahun masa mula pendaftaran lagi, aku daftar, aku ingatkan dah submit pendaftaran, rupanya belum lagi.
Tak tahulah mungkin sebab sistem baru jadi kita tak familiar lagi atau mungkin silap aku tak semak betul-betul. Bagi aku harapan palsu saja menunggu tu.
Dah sedar, dalam bulan Julai baru aku berjaya daftar semula dan dengan yakin aku menunggu supaya dapat panggilan atau appointment untuk temujanji v4ksin.
Aku daftar di mysejahtera dan di laman web v4ksin. Dua-dua sekali. Hampa memang hampa.
Sebab aku dah tunggu lama dan waktu aku menunggu tu, kawan, keluarga, officemate aku, banyak yang dah selesai sekurang-kurangnya 1 dos v4ksin. Aku pulak masih lagi tunggu panggilan.
Aku husnuzon mungkin dia dahulukan umur warga emas. Aku pulak baru pertengahan 20++. Tapi kawan-kawan aku dah dapat pulak.
Tunggu punya tunggu, hari demi hari, sampai artikel ni ditulis, keluarga, kawan-kawan sebaya aku dah lengkap v4ksin tapi aku masih tak dapat panggilan untuk v4ksin lagi.
Tapi berita yang dapat kat telinga aku yang menyakitkan telinga, seperti,
“Warga kl, selangor dah 95% lengkap v4ksinasi” , -“Yang dah boleh v4ksin saja boleh rentas negeri, boleh dine in , beriadah dan sebagainya”. – “Kerajaan nak perkenalkan booster dos-dos ketiga”. Woiii!
Bernanah telinga aku baca! Sibuk pasal dos penggalak! Sibuk pasal nak tarik anti v4ksin! Aku yang tengah menunggu ni tak ada pula sesiapa ambil tindakan? Cepatkan ke ape ke? Takde pulak.
Aku nak tanya. Salah aku ke bila aku dari mula aku nak v4ksin tapi macam tak diendahkan?
Aku antara yang awal ikut perkembangan, daftar tapi paham lah kan, sistem baru, memang sesak lah trafik.
Lagi pulak, dah 95% lengkap v4ksin area lembah Klang lengkap v4ksin, ingatkan makin laju dapat giliran, tapi masih lembap. Aku lah yang 5% yang menunggu sampai tak tahu bila tu.
Aku bengang sampai aku rasa memang aku patut jadi anti v4ksin saja kalau macam ni.
Aku kata bukan nak jadi pun, tapi hati dah tawar penat menunggu dah agaknya. Sebab benda ni menyusahkan diri aku! Sekarang ni aku kena work from home.
Aku tak boleh masuk office sebab belum div4ksin, Company pun tak boleh nak bantu, sebab kerja aku tak urgent sampai wajib masuk office.
Lepas tu, tak boleh dine In, kalau nak rentas negeri, tak boleh keluar sangat sebab premis banyak nak yang lengkap v4ksin.
Padahal aku tak tolak v4ksin pun. v4ksin yang tolak aku agaknya. Aku dah mengadu kat hotline v4ksin, website, twitter KKM. Aku dah call, dah email. Tapi macam tu juga. Tiada tindakan.
Bila aku tanya boleh lagi tak walk in? Jawapan memang dah tak boleh dah. Dah ditutup. Kena tunggu pengumuman.
Kenapa aku tak pergi masa walk in dulu? Jawapannya, Sebab aku kerja.
Dan korang boleh tengok situasi sesak dia macammana kat pusat pemberian v4ksin masa walk in tu. Tak nak aku ambil risiko. Ape lagi pilihan yang aku ada?
Aku dah berusaha dan aku nak v4ksin ni pun sebab selain sahut seruan kerajaan, untuk kawalan diri sendiri dari Covid19 ni dan keselesaan urusan aku juga.
Di era pandermik atau endermik yang dalam norma baru ni aku dah give up sebenarnya menunggu. Sampai ramai dah kawan aku beranggapan yang aku ni antiv4ksin.
Naik serabut kepala aku nak jelaskan pulak. Aku harap pembaca doakan urusan aku dipermudahkan supaya dapat v4ksin dengan cepat.
Banyak kerja aku yang tertangguh sebab belum div4ksin ni. Dan janganlah mengecam aku ye. Aku serabut. Kalau tak nak doakan, diam saja lebih baik dari berkata-kata. Doa yang baik.
Terima kasih sebab baca luahan aku.
– Natsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit