Aku Bukan Asiah

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya luahan ini disiarkan. Ini adalah confession kali ke 3 yang aku hantar. Kenapa aku beriya sangat nak confession ini disiarkan kerana aku perlu bantuan dan sokongan dari pembaca2 yang positif agar aku boleh kekal positif dengan takdir aku.

Aku wanita, berusia 26 tahun dan telah berkahwin. Tempoh perkahwinan aku telah genap setahun. Impian aku berkahwin untuk mendekatkan diri pada Allah, meningkatkan imanku, kerana kahwin itu adalah sunnah tuntutan Rasulullah. Aku ingin bercinta selepas nikah. Katanya selepas nikah, lebih manis sebab semua dah halal. Selepas dilamar oleh seorang lelaki , aku mula merisik dari rakannya tentang perangai dia dan bertanya serba sedikit dari ibunya. Hampir setahun aku istikaharah sebelum aku memberi kata putus untuk menerima lamaran itu . Selepas 3 bulan bertunang aku sah menjadi isteri pada suami ku. Alhamdulilah urusan dipermudahkan dan kami direstui kedua-dua keluarga.

Sebelum kahwin impian aku, dambakan keluarga sunnah macam yang selalu ustaz Ebit Liew ceramah. Aku harapkan suamiku adalah nakhoda bahteraku yang akan membawa aku berlayar sampai syurga. Indahkan impian seorang perempuan yang menyangka bila dia menjaga agama dan maruahnya maka jodohnya pasti sama.

Tetapi, segalanya berlaku sebaliknya. Suami yang aku harap boleh mengambil alih tugas menjagaku dari waliku adalah suami yang masih belum faham apa itu tanggungjawab. Dia belum faham apa itu nafkah zahir dan batin. Sehingga dia mengabaikan amanahnya tanpa rasa bersalah. Hari ini aku masih boleh bergelar gadis setelah setahun usia perkahwinan kami. Aku tidak hairan bila dia abaikan tanggungjawab dia padaku. Kerana tanggungjawab sebagai hamba Allah pon dia masih terkontang-kanting. Dia pernah meninggalkan solat dengan sengaja dan itu adalah satu kejutan buatku. Aku masih belum pernah solat berimamkan dia. Masih belum pernah sekali aku melihat dan mendengar dia membaca Al-Quran. Dia suka pada perkara yang lagha yang boleh mencemari minda. Dia seolah-olah anti bila aku bercakap tentang agama, tentang Allah. Semua dalam setahun. Allahu berat ujian ini.

Aku cuba positif. Ujian ini datang dari Allah untuk aku. Pasti ada hikmahnya. Kadang2 aku mempositifkan diri aku, aku kata pada diri aku Allah dah makbulkan doaku dia kurniakan aku suami yang dapat meningkatkan imanku . Kerana setiap kali aku sedih, kecewa aku akan cari Allah sebab aku tak mampu nak ceritakan masalah ini pada siapa pon . Aku pujuk lagi hati, Mungkin satu hari nanti dia akan berubah. Berubah ke arah yang jauh lebih baik dari sekarang. Namun , sering kali juga aku kalah dengan ujian ini. Sehinggakan terngiang-ngiang perkataan cerai dalam kepala ku. Tapi aku tak pernah menyatakan perihal cerai pada dia. Aku dapat lihat dia memang sayangkan aku. Tapi kejahilan dia itu yang menyebabkan dia jadi hamba dan suami yang tidak bertanggungjawab. Aku sayang dia kerana Allah. Tapi Sayang aku pada Allah mengatasi semua yang ada di dunia. Sehinggakan kadang2 aku terbenci hamba Allah yg mengabaikan perintah dan larangan Allah. Astaghfirullahalazim, aku bukanlah bagus sangat. Tolonglah nasihatkan aku. Kecamlah aku. Aku dah penat bersabar.
Tolong juga doakan suamiku agar dikurniakan hidayah dan Taufik dari-Nya kerana aku bukan setabah Asiah. Aku takut aku kalah. Sedangkan dia tak sekejam Firaun pon.

-OP-
Ps: tak semua cinta lepas nikah tu indah. Jangan letak harapan pada manusia.

– OP

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *