Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kerana sudi published kisah aku ni. Aku berumur 25 tahun pada tahun 2026. Nama aku Kina (bukan nama sebenar) Kalau rajin kira la umur aku. Hehe.
Aku bukan dilahirkan gifted. Tapi hanya sekali aku pernah berada di kelas nombor 2 iaitu pada darjah 4. Pada darjah lain dan tingkatan 1 hingga 5 aku berada di kelas pertama.
Bukan kelas yang aku banggakan. Tapi pada masa itu, kedudukan kelas amat penting dalam masyarakat. Anak-anak yang berada di kelas pertama akan disanjung-sanjung. Yang turun kelas pula bersedialah bakal dimarahi.
Jadi semasa sekolah rendah, hidup aku memang berkawan dengan budak-budak pandai. Kebanyakan mereka memang gifted. Dahla gifted, latar belakang dari keluarga kaya pulak tu.
Aku bukanlah duduk di bandar. Tapi kawasan aku ni dekat dengan minyak. Jadi bayangkanlah mereka ini anak-anak macam mana.
Aku pula dari keluarga biasa-biasa sahaja. Ayah kerja goverment. Aku syukur. Mereka pula masih berkawan dengan aku tanpa mengira darjat. Aku tak pandai. Tapi aku berusaha nak jadi pandai. Aku dikelilingi kawan yang memang bijak-bijak belaka dan rajin menolong dalam pelajaran.
Semasa hari keluar result UPSR, adalah punca aku mula terkilan dengan mereka. Ketika itu, murid yang mendapat 5A akan dibanggakan. Aku hanya mendapat 4A 1B. Bayangkan dalam geng aku, hanya aku seorang yang tidak mendapat straight A.
Aku masih ingat. Ketika mengambil gambar beramai-ramai, aku menangis di tangga di hujung bangunan. Tidak ada siapa yang menghiraukan aku. Parents aku memang tak pernah hadir ambik result sama seperti abang dan kakakku.
Ketika itu, aku kecewa yang tersangat. Namun aku dah pasang niat. Kalau aku dapat 5A pun aku tak akan masuk asrama penuh. Aku nak sekolah harian biasa.
Okay this part la yang buat aku terkilan. Semasa tunggu result, bff aku semua taknak masuk asrama penuh. Mereka pilih untuk sekolah harian biasa juga walaupun andaikata result mereka gempak nanti.
Jadi aku berasa sedikit lega. Namun selepas mendapat result, bff aku mula mengatakan yang parents mereka mendesak untuk masuk ke asrama penuh. Ye. Aku sedih. Sumpah sedih.
Dipendekkan cerita, ye aku masuk sekolah harian biasa sorang-sorang. Semua kawan kawan aku tak hadir orientasi sebab kebanyakan mereka sudah menerima tawaran ke sekolah berasrama.
Aku mencari kawan baru semasa orientasi. Aku tak tahu sama ada silap aku atau tidak kerana memilih untuk berkawan dengan orang pandai sedangkan aku biasa-biasa sahaja.
Di sekolah menengah, aku ada kawan baru. Bukan kawan baru sangat, mereka masih aku kenal semasa sekolah rendah. Tapi tak rapat.
Alhamdulillah. Mereka sangat-sangat menerima kehadiran aku. Walaupun ada la masa mereka perli “dulu mana nak rapat, Kina kan budak kelas bijak”. Mula- mula sumpah aku terasa. Lama-lama aku dah lali.
Bila masing-masing dah ke alam menengah, kami dah jarang contact. Mula-mula masuk kami keep in touch jugak. Lama-lama semua dah macam tak kenal. Aku faham diorang busy dan jarang balik. Jadi aku malas nak kacau.
Aku seronok di sekolah menengah. Kawan semua baik baik dan sayang aku. Ye aku berkawan dengan orang yang sama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5.
Owh aku lupa nak bagitahu. Masa aku dapat UPSR 4A 1B tu, parents kawan kawan aku tak pandang pun aku. Bila aku cakap aku sekolah SMK Parit (bukan nama sebenar) yang terletak di sebelah sekolah rendah kami, mereka hanya menjebih dan tidak pernah menegurku.
Sekolah harian seperti itu seakan hina di mata mereka. Namun aku kuatkan hati juga. Aku belajar rajin rajin. Semasa PT3 aku mendapat 8A. Alhamdulillah.
Bila kawan kawan aku di sekolah rendah berkongsi result dengan aku, aku gembira kerana result aku melebihi result mereka. Bukan aku nak bangga. Tapi itulah yang aku nak buktikan.
Ada juga seorang kawan aku yang familynya berhabis-habisan menghina aku bersekolah di SMK Parit, akhirnya, terpaksa berpindah di sekolah yang mereka kutuk itu kerana anak dibuang sekolah berasrama yang mereka banggakan.
Semasa SPM pula, aku mendapat hanya 4A tapi subjek lain semua mencapai credit. Aku mendapat tawaran universiti dan matriks. Tapi aku menolak kerana aku masih mahu sambung di SMK parit hehe (tahu tahu jelah aku ambik apa) dan result aku masih lagi melebihi mereka.
Ada juga kawan aku yang bersekolah asrama penuh tersebut datang belajar di sini bersama aku. Akhirnya mereka memilih tempat jatuh bangun aku juga.
Apa yang aku nak katakan di sini adalah, jangan pernah mengutuk tempat belajar seseorang. Aku bukan nak bangga dengan pencapaian aku. Tapi aku nak bagitahu, kadang-kadang orang yang kita rasa tak mampu tu akan jadi mampu selepas dia berusaha.
Jangan terkejut dengan perubahan oleh mereka yang teraniya. Dulu, aku rasa aku teraniya. Rupanya Allah bagi pelangi indah untuk aku. Ya. Perjalanan aku masih jauh. Apalah nak dibanggakan dengan secebis kejayaan ini. Bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat tersebut.
Tapi aku gembira sebab aku dah buktikan kepada mereka yang menganggap aku low class kerana bersekolah di sekolah harian dan tidak mendapat straight A UPSR.
Pengajaran juga diberikan kepada aku untuk tidak judge orang yang lemah dalam pelajaran. Tapi bagi aku, bukan salah kawan-kawan aku. Aku yang mudah terasa dengan tanggapan orang lain terutamanya ibu bapa mereka.
Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka berkawan dengan orang pandai-pandai kan. Tapi syukur, sekarang ibu bapa mereka sering menegur aku. Aku dah lupakan kisah lama.
Tulisan aku ini sebagai luahan aku saja. Maaf kalau panjang dan bosan. Aku baru teraddicted dengan iium confession ni. So aku saja nak test penulisan aku sepanjang cuti PKP ni hehe. Seronok rupanya meluah.
Terima kasih sudi membaca. Doakan aku dapat menghabiskan study aku ni tahun depan. Patutnya habis hujung tahun ni. Tapi terpaksa extend sem pulak huhu. Aku doakan korang jugak berjaya dalam kehidupan di dunia dan diakhirat.
– Kina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit