Aku Bukan Calon Hiasan Untuk Ditemuduga

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pembaca iiumc sekalian. Baiklah, terlebih dahulu aku memperkenalkan diri aku. Nama aku June, hihi. Bukan nama sebenar tau dan berusia dalam 30 an. Aku akan terus bercerita mengenai pengalaman aku melalui temu duga di sebuah universiti swasta baru-baru ini.

Sebelum aku dijemput ke temu duga. Jawatan yang telah diiklankan ini beberapa bulan terdahulu dan seperti biasalah selepas 3 bulan menghantar dokumen baru akan dipanggil temuduga sekiranya layak. Oh ya. Aku ingin highlightkan cerita ini hanya berlaku di beberapa organisasi sahaja tau. Bukan semua. Jadi jangan memberi tanggapan negatif kepada semua tau. Hihi.

Semasa diiklankan aku telah melihat kesemua syarat yang perlu dipatuhi dan aku perasan dinyatakan keutamaan hanya diberikan kepada anak kelahiran negeri tersebut. Aku berniat untuk mencuba memohon jawatan tersebut dan sekiranya dipanggil temuduga adalah 1 bonus.

Untuk makluman korang, Uni ini terletak di selatan tanah air dan aku juga berasal dari negeri jiran yang terletaknya Uni tersebut. Oh ya, proses pengambilan juga berlainan dari beberapa universiti awam yang menjalankan terlebih dahulu peperiksaan sebelum dipanggil temu duga. Untuk Uni ini terus dijalankan proses temu duga.

Aku telah menerima e mel dari HR untuk jemputan ke temu duga sebagai pegawai dan dinyatakan secara umum tanpa diberitahu ditempatkan dibawah jabatan yang mana. Aku berasa agak gembira dan berterima kasih serta tidak sangka terpilih. Aku telah membuat beberapa persediaan dan ulangkaji mengenai institusi dan jawatan.

Kemudian beberapa hari sebelum temuduga, HR telah menghubungi dan memaklum bahawa terpaksa ditunda kerana beberapa panel tiada. Aku berasa agak hairan kenapa tiba2 terpaksa ditunda pada saat2 akhir. Aku pon tiba2 berprasangka negatif adakah ditunda kerana telah mempunyai calon dalaman dan temu duga ini dibuat hanya sebagai syarat dan mereka tidak serius untuk mengambil pekerja.

Namun aku cuba menenangkan diri dengan berkata kalau ini hanya syarat dan mereka telah mempunyai calon dalaman aku akan mengambil pengalaman untuk kali kedua kerana pada sebelum ini aku juga pernah di temuduga di Universiti awam beberapa tahun yang lepas yang juga berada di selatan tanah air.

Setelah menunggu hampir beberapa hari akhirnya HR telah menjadualkan semula pada tarikh yang ditetapkan dan aku membalas akan hadir ditemuduga tersebut.

Pada hari temu duga telah ditetapkan lokasi dan masa. Aku telah tiba seawal 30 minit di bilik temu duga dan aku melihat bilik tersebut ditampal kertas notis yang temuduga dilewatkan lagi pada jam 2.45 petang, sebelum ini didalam emel dinyatakan jam 2.15 petang. Menambahkan lagi prasangka negatif aku adakah temuduga ini seolah olah tidak serius untuk dijalankan.

Jam menunjukan tepat 2.45 petang dan barulah staff bahagian HR datang bertanya. Aku sudah berasa tidak boleh fokus dan berasa sakit hati kerana mereka turut tidak tepati masa macam aku katakan sebelum ini seolah-olah mereka tidak serius untuk menjalankan temuduga ini.

Dan diringkaskan cerita hampir 30 minit selepas itu baru kesemua panel tiba. Terdapat lebih dari 8 calon, dan aku sedar bahawa mereka semua merupakan anak kelahiran negeri terbabit dan menyangka adakah hanya aku yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Calon2 yang lain bekerja di luar negeri dan merupakan anak tempatan. Aku merupakan calon pertama dan terus masuk untuk ditemu duga. Setelah memperkenal diri dan menerangkan beberapa perkara. Ahli panel terus bertanya asal dan tempat dilahirkan. Dan akhirnya aku sedar, memang mereka mencari anak kelahiran negeri terbabit kerana seolah2 menekankan pertanyaan tersebut.

Aku terus memberikan maklumat yang terperinci dan lengkap. Dan soalan2 temuduga adalah seperti biasa yang ditanya. Dan akhir sekali panel menerangkan beberapa perkara dan kriteria yang mereka cari. Setelah aku mendengar perkara tersebut. Ya, akhirnya tepatlah andaian aku. Dan beberapa persoalan terus timbul diminda aku.

Yang pertama, HR yang menapis calon adakah budak praktikal? Atau hanya menjemput aku yang bukan anak tempatan untuk memenuhi kuota jemputan.

Yang kedua. Borang yang dihantar semasa aku memohon telah dinyatakan maklumat peribadi ,resume dan beberapa maklumat tambahan yang lain, adakah panel atau pengurus jabatan tidak melihat dahulu ciri2 calon melalui resume dan borang yang dihantar.

Adakah HR tidak berbincang bersama panel dahulu sebelum memanggil temu duga? Sekiranya pada hari temu duga baru panel melihat calon2 tersebut amatlah menyedihkan kerana panel juga merupakan ahli2 tertinggi jabatan di Uni tersebut dan bukan orang luar.

Yang ketiga, aku melihat calon2 lain berdasarkan pengalaman adalah Nampak memberangsangkan dan semua hebat-hebat. Dan adakah temuduga ini dijalankan mengikut konsep seperti SPA.

Beberapa perkara yang aku tidak suka dan untuk dihighlightkan pada masa akan datang untuk organisasi seperti ini melakukan perubahan.

1. Sekiranya memang telah ditetapkan hanya memilih calon kelahiran anak tempatan.tolonglah jangan membuang masa kami ini yang datang dari negeri jiran. Kami pun terpaksa mengeluarkan kos perjalanan serta masa.

2. Tolonglah tepati masa seperti yang diaturkan terutama HR yang menguruskan. Kami sebagai calon turut memerhati organisasi anda. Dan jika seperti inilah sudah tentu menyedihkan. Organisasi swasta yang lain kadang-kadang lebih cekap, punctual dan bersungguh-sungguh mencari pekerja.

3. Kepada ahli panel, sekiranya kekosongan itu dijabatan anda,tolonglah semak betul-betul calon yang anda inginkan samada melalui resume atau borang yang diisi.

Hal ini kerana dapat memuaskan hati anda dan bukanya hanya menjemput kami dan akhir sekali anda menyatakan beberapa kekurangan dan ciri2 calon yang anda mahukan tidak ada pada kami. Seolah-olah anda hanya suka-suka memanggil kami.

Aku menceritakan kisah ini sebagai pengajaran dalam hidup akan dan selepas ini aku mungkin tidak akan memohon lagi di organisasi seperti ini. Terima kasih kerana menjadikan kami sebagai calon hiasan.

InsyaaaAllah aku akan berusaha mencari lagi kerja yang lain untuk menambahkan lagi pengalaman didalam industri yang lain. Terima kasih rakan2 yang membaca. Tolong doakan rezeki kita semua ye.

– CALON HIASAN

– June (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *