Aku Bukan G4y, Tapi…

Assalamualaikum, semua pembaca. Dah lama aku follow cerita di sini dan pernah terfikir nak menulis juga tapi setiap kali aku tulis hampir separuh, aku batalkan dan padam semula.

Entahlah, rasa tiada kekuatan nak menulis semua tu. Tapi kali ni aku tekadkan juga untuk tulis. Mohon supaya para pembaca sekalian tidak menghukum aku terlalu cepat.

Nama aku Haniz. Umur aku 26 tahun dan sudah bekerja. Aku belum bernikah tapi sudah ada calon isteri. Aku ada satu masalah yang sangat sulit untuk aku terangkan pada sesiapa pun.

Untuk pengetahuan, aku seorang lelaki tapi aku punyai naluri seorang perempuan. Aku tahu, semua ini seakan merepek dan tak wujud istilah ini tapi jujur aku katakan, aku sudah rasai perkara ini sejak aku kecil lagi.

Pernah ketika aku berumur sekitar 6 ke 7 tahun, aku minta sepasang gaun dari ibu. Ibu marah sebab itu bukan pakaian seorang kanak-kanak lelaki. Aku menangis.

Di rumah, aku ada seorang kakak yang sangat rapat dengan aku. Beza umurnya dengan aku 4 tahun. Aku selalu ceritakan keinginan aku untuk jadi seorang perempuan padanya. Dia menyokong aku.

Katanya, dia pun mahukan seorang adik perempuan. Boleh diajak main anak patung sama-sama. Jadi, dia suka pakaikan aku pakaian miliknya. Setiap kali ibu dan ayah keluar ke pekan, kakak akan beri aku pakaiannya dan solekkan aku sekadar yang dia tahu.

Aku masih ingat, sewaktu aku umur 8 tahun, kakak sudah berumur 12 tahun. Ketika itu, aku dapati, tubuh kakak sudah mula berkembang seperti selayaknya seorang gadis. Dia juga sudah mula memakai baju dalam (bra).

Aku yang memang berkeinginan menjadi seorang perempuan, merasa iri hati melihatnya sudah mempunyai payudara. Pada suatu hari, aku suarakan keinginan itu padanya.

Dia tidak tahu menjawab tetapi oleh kerana dia pun masih belum mampu berfikir waras, dia memberikan aku pakaian dalamnya itu dengan tanggapan, aku mungkin boleh memiliki payudara sepertinya jika memakai anak baju sepertinya.

Sejak dari itu, aku terus suka dan akan meminta darinya sehelai untuk kupakai ketika ibu dan ayah tiada. Sehinggalah dia sudah menginjak remaja dan mula bersekolah di asrama, aku sudah tiada kawan.

Namun, itu tak menghalang aku dari meneruskan perilaku itu. Aku teruskan memakai coli untuk beberapa sela masa ketika berada di rumah.

Aku akan masuk ke bilik kakak dan mengambil dua tiga pasang baju dalam untuk aku simpan di bilikku suapaya mudah untuk aku pakainya. Waktu paling kerap aku pakainya ialah ketika tidur pada waktu malam. Tiada siapa dapat menghidu perbuatan aku sebab aku ada bilik sendiri.

Sehingga aku berumur 12 tahun, aku makin kerap memakainya. Adakalanya sepanjang hari dengan memakai baju berlapis supaya ibu ayah tidak melihat kesan tali baju dalam di belakang tubuh aku. Aku makin berani memakainya walaupun ke sekolah ketika aku 13 tahun.

Aku nekad memakainya tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Pada usia aku 15 tahun, aku sudah mula memberanikan diri untuk membeli sendiri pakaian dalamku di kedai. Aku tahu, ini semua gila namun aku pedulikan semua itu.

Ketika aku tamat SPM, aku mula menyambung pelajaran di tingkatan 6 di bandar. Ketika inilah merupakan satu titik tolak kepada kehidupan aku.

Seorang senior asrama aku (gelarkan Z) mengetahui rahsia aku memakai coli ketika tidur kerana pakaian aku sedikit terselak di bahagian kolar.

Dari situlah terjadinya hubungan sumbang buat kali pertamanya di antara kami kerana dia mengugut akan menyebarkan perkara itu kepada orang ramai jika aku menolak keinginannya untuk melakukan hubungan songsang itu.

Pada awalnya, aku menolak tapi setelah merasai sentuhannya, aku jadi seronok dan mula ketagihan. Kami mengulangi perbuatan itu berkali-kali.

Setelah dia tamat STPM, dia mula mengajak aku untuk keluar dari asrama dan menyewa bilik dengannya di pekan. Awalnya aku keberatan tapi setelah didorong nafsu, aku akur.

Hubungan kami berterusan lagi. Dia melayani aku seperti seorang wanita. Banyak dia berhabis duit untuk membelikan pakaian untuk aku. Dia suka aku berpenampilan wanita di hadapannya.

Semuanya berlaku dengan indah sehingga hampir aku menduduki Peperiksaan STPM apabila dia maut dalam kemalangan.

Mungkin pembaca fikir aku sudah bebas tapi sebenarnya tidak. Sewaktu kami menjalinkan hubungan intim, dia sudah awal-awal lagi mengajar aku untuk memakan pil hormon supaya aku boleh memiliki payudara seperti yang aku inginkan sejak kecil dulu.

Aku laju setuju dengan apa yang dia ajarkan itu kerana memang aku juga ingin memiliki payudara seperti seorang wanita. Malang bagi Z, dia tidak sempat melihat hasil’ didikannya’ menjadi.

Selang sebulan selepas Z meninggal, baru aku dapat rasakan bagaimana rasanya seorang kanak-kanak perempuan hendak menjadi seorang gadis. Oleh kerana aku tinggal di bilik sewa dan aku ke sekolah dengan memakai blazer, maka tiada siapa tahu perubahan tubuh badan aku.

Ketika itu aku mula dapati kulitku menjadi lebih halus dan lembut. Payudara mula membesar dan lemak di pinggulku semakin bertambah, membuatkan punggungku turut melebar.

Manakala wajahku juga kelihatan sedikit feminin. Jika aku bersolek sedikit, pasti tiada siapa akan mengenali aku.

Ketika aku di U, aku lebih bebas kerana di situ, tiada siapa akan mengawal aku. Mulanya takut-takut juga hendak menonjolkan diri. Aku terpaksa sembunyikan ‘kewanitaan’ aku dan berlagak seperti lelaki normal.

Namun, setelah beberapa bulan dan boleh ‘membaca’ situasi, aku perlahan-lahan menampakkan diri aku yang sebenarnya.

Lagipun, setelah aku lihat, ramai lagi lelaki yang berperwatakan sebegini, maka mudah bagi aku untuk tampil sebagai wanita sepenuhnya setelah semester 2.

Oh ya, aku belajar di U swasta jadi kami bebas berpakaian, asalkan tidak mencolok mata. Di U, kami tidak dihalang jika kami mengamalkan pakaian silang atau crossdress (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya).

Aku mula berkenalan dengan seorang staff U aku. Namanya Q, seorang pemuda Kristian dari Borneo. Asalnya kenal begitu sahaja namun setelah tanpa sengaja bertemu di sebuah panggung wayang di bandar, kami mula berkenalan dengan lebih rapat.

Dia tahu aku siapa selepas kami mula berhubung melalui telefon. Aku tidak mahu dituduh menipu pada masa akan datang. Namun, dia tetap mahu mengenali diri aku dengan lebih dekat lagi.

Aku akui, aku gembira dilayani seperti seorang wanita. Kami menjadi mesra hingga akhirnya, timbul bibit-bibit sayang di antara kami.

Masuk semester ketiga, dia mula mengambil langkah lebih besar dengan melamarku menjadi teman wanitanya.

Aku ragui permintaan itu kerana aku sedar, aku masih seorang lelaki yang punya bentuk tubuh seperti wanita. Namun, dia tetap meyakinkan aku untuk tetap menerima aku seadanya dan akan mencintai aku.

Untuk pengetahuan, setelah beberapa bulan kami berkenalan dan bercinta, kami sudah beberapa kali terlanjur.

Dengan sebab itu, dia akhirnya memujuk aku untuk tinggal bersamanya. Aku pun setuju dan kami menjalani kehidupan seperti pasangan kekasih yang lain. Hubungan kami tak ubah seperti suami isteri. Yang jadi bezanya hanyalah jantinaku.

Semua ini berlalu dengan pantas sehingga memasuki tahun ketiga aku di U, iaitu semasa aku tamat peperiksaan semester 4. Aku pulang ke kampung untuk bercuti sementara menunggu bermulanya semester 5.

Malam sebelum aku pulang bercuti, Q benar-benar seperti seorang yang kelaparan. Kami melayari bahtera pada malam itu dan Q seakan memberi isyarat bahawa itu adalah ‘bekalan’ untuknya selama aku tiada nanti.

Hinggakan tubuhku di bahagian dada hingga ke perut dipenuhi kesan ‘cintanya’. Aku tidak kisah kerana aku juga akan merinduinya.

Namun, aku tak mampu merubah bahawa itu akan jadi punca rahsia aku terbuka di hadapan kakak. Sewaktu aku sudah di kampung, aku terlupa hendak mengunci pintu bilikku ketika aku hendak berganti pakaian.

Tanpa sengaja, kakak menguak pintu bilikku dan telah melihat bahagian tubuhku yang sudah punya bentuk seperti wanita itu.

Lebih mengejutkan saat matanya menangkap kesan merah yang bertebaran di sekitar perut dan dada. Aku hanya mampu menutup tubuhku dengan tangan sambil kakak memarahi aku sambil menangis. Mujurlah ibu dan ayah tiada ketika itu.

Setelah perkara ini terbongkar, aku buat keputusan untuk balik semula ke bandar setelah 3 hari di kampung. Aku tak mampu hendak menahan rasa malu hendak berdepan dengan kakak. Q kaget melihat kepulangan aku dan merasa gembira namun tidak aku.

Kakak sempat menelefonku beberapa hari kemudian dan menasihati aku namun tidak semudah itu aku terima. Aku tetap melakukan kemungkaran itu bersama Q.

Sehinggalah setahun kemudian, ketika aku sudahpun tamat belajar, aku tidak terua pulang ke kampung. Aku masih tinggal bersama Q dan beri alasan kepada ibu, aku ada kerja sambilan.

Walhal, aku takut jika aku dihalang untuk kembali lagi. Rupanya, ia jadi kekesalan bagi aku sebab Kakak bakal meninggalkan kami buat selamanya akibat kemalangan.

Walaupun pemergiannya meninggalkan kesan sedih, namun belum cukup untuk aku terua meninggalkan perbuatan hina itu. Aku masih bersama Q dan menjadi ‘isterinya’ di rumah.

Aku ingin kerja tapi Q tidak izinkan atas alasan cemburu. Dalam tempoh aku dirumah, aku mulai terfikir tentang kakak. Rasa bersalah datang membelenggu jiwa aku. Tapi aku abaikan saja.

Sehinggalah suatu malam, lebih kurang 3 bulan selepas kakak pergi.

Ketika aku sedang melayani Q di tempat tidur kami, aku tidak tahulah jika ianya mimpi atau apa tapi aku seakan melihat bayangan kakak sedang berdiri di hujung katil kami sambil melihat adik lelakinya ini sedang memadu kasih dengan seorang lelaki.

Aku terkejut dan segera menolak Q namun, dia enggan sehinggalah dia puas. Q terus tertidur selepas aku menolak untuk mengulanginya. Aku terus terjaga hingga ke pagi.

Waktu itulah kali yang terakhir kami melakukannya sebelum aku buat keputusan untuk meninggalkan rumah itu buat selamanya. Aku tahu, Q separuh gila mencari aku.

Sebaik keluar dari rumah, aku terus membeli simkad baharu dan langsung tidak menghubungi dia. Biarlah aku dikatakan kejam tapi aku nekad lakukannya.

Kini sudah hampir setahun aku pulang ke kampung. Aku juga sudah hentikan pengambilan pil hormon, namun bentuk tubuh aku masih bersisa bentuknya. Keadaan itu membuatkan aku rasa takut hendak keluar rumah. Aku banyakkan masa berada di rumah.

Namun, satu yang jadi masalahku ialah apabila saudara mara aku berkumpul. Yang sepupu lelaki acap kali tidak berbaju. Ini sekaligus menggetarkan jiwa wanitaku.

Jika mahu tahu bagaimana rasanya, bayangkan jika seorang lelaki dikelilingi wanita yang tidak berbaju, seperti itulah perasaan aku.

Ibu juga buat keputusan untuk menikahkan aku dengan anak kawannya namun aku takut jika aku belum benar-benar bersedia. Aku akui, hatiku masih ada sisa rasa diri aku yang lama dan memang rasa itu menggigit tangkai jantung aku.

Namun, aku juga harus menjaga hati ibu. Aku buntu memikirkan perkara ini. Harapnya, pembaca boleh membantu aku dalam perkara ini.

– Haniz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *