Setelah sekian lama memerhati dan menghayati setiap bait-bait kata serta perkongsian luahan rasa, aku terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati dan diriku setelah sekian lama.
Bukan untuk mengaibkan diri mahupun sesiapa, namun bagi yang benar-benar yakin akan ketentuan takdir, inilah hakikat kehidupan sebenar yang harus kita tempuhi dengan lapang pemikiran dan hati.
Mungkin ia sungguh berat dan sukar untuk ditempuhi, namun semua itu adalah pengalaman berharga yang menjadikan diri kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan mendatang serta mengetahui nilai diri dan mengenali siapakah diri kita yang sebenar.
Aku perkenalkan diriku sebagai Mujahidah (bukan nama sebenar). Sewaktu kecil aku adalah seorang yang pendiam dan tidak banyak bersuara memandangkan aku mempunyai abang dan kakak yang lebih lantang dalam setiap hal dan perkara.
Aku hanya sebagai pemerhati dan pengikut setia mereka di mana adakalanya terasa untuk duduk bersama dan bergurau senda, namun dalam situasi kami sekeluarga yang penuh kecelaruan (ibu ayah yang sering bertelagah), aku banyak berdiam dan menangis sendiri.
Naluri ku sebagai anak perempuan terakhir, yang memerlukan pelukan dan kasih sayang bagi mententeramkan diri tatkala rasa ketakukan dan dilanda kesedihan tidak dipenuhi, menyebabkan aku sering bermonolog dengan diriku sendiri.
Namun, semakin aku menginjak dewasa, aku luahkan semua monologku itu kepada Allah, kerana aku yakin hanya DIA yang boleh memberiku jalan keluar. I’ve no objection in my doa other than to live peacefully with proper support and understanding from my family. That’s it !.
Masa berlalu begitu perlahan bagiku untuk menunggu jawapan dari DIA. Namun, apa dayaku untuk mendesak, sedangkan semua aturan hidup untukku telah ditentukan dan aku yakin, tiba masanya DIA akan mendatangkan sinar dalam dalam hidupku.
Sepanjang hari-hari berliku yang aku tempuhi, Allah sangat memperudahkan urusan ku.
Semenjak selepas SPM, tatkala menelaah pengajian di sebuah universiti tempatan , sehinggalah pekerjaan pertama aku yang belum sempat sebulan aku grad.
Dapat aku rasakan, Allah sentiasa bersamaku kala aku berada di dalam ketakutan, kala aku hilang punca dan arah, juga tatkala aku diuji dengan dugaan dunia yang mencabar (aku orang kampung yang belajar dan bekerja di sebuah tempat baru yang asing di tengah bandar).
Sehinggalah suatu hari aku rasakan Allah memberikan jawapan kepada doa ku yang telah mula aku titip secara spesifik ketika aku form 5,iaitu JODOH.
Dalam perancangan ku menukar bidang dan ingin melanjutkan pengajian sebagai bekalan ketika telah berkeluarga kelak (aku rasakan bidang aku pada ketika itu memerlukan komitmen yang amat tinggi – banking),
Maka pada waktu itulah aku telah ditemukan dengan seorang LELAKI yang berani menyapa aku, memandangkan kami sering menaiki bas yang sama untuk pulang ke rumah.
Pada perkiraan aku, dia telah lama memerhatikan aku, mendengar kepada gaya penceritaannya. Katanya, dia tertarik padaku kerana ciri-ciri yang ada padaku sama seperti ibunya (wallahu ‘alam).
Kami berkawan kerana dia dan aku berada di dalam bidang yang sama (dia 5 tahun lebih tua dari aku), jadinya aku jadikan dia sebagai mentor bagi sebarang keperluan rujukan tentang kerja.
Sejujurnya aku sedikit pun tidak mempunyai perasaan apa2 melainkan melihat dia sebagai seorang senior,sementelah dia adalah di dalam kategori professional pada ketika itu. Sebabnya, matlamat aku pada waktu itu adalah untuk sambung belajar dan tukar bidang.
Benar bagai apa yang di kata ‘Allah adalah sebaik2 perancang’. Dalam keadaan dia telah lama menaruh hati padaku, maka dia terus melamar untuk jadikan aku isteri (pengenalan yang sangat singkat – 3 bulan).
Aku faham dan mengerti, dia tidak mahu aku terlepas peluang seandainya aku meneruskan niatku untuk menyambung pengajian nanti.
Untuk kesekian kali, aku memohon petunjuk dan pertolongan dari Nya, agar bantulah aku dalam membuat keputusan besar ini.
Aku tidak mempunyai sesiapa untuk memberi pandangan dan pendapat yang membolehkan aku membuat keputusan dengan sokongan moral yang kukuh.
Bukan aku tidak cuba untuk mencari abang dan kakak ku, namun masing2 sangat tertumpu kepada kehidupan masing-masing yang bagiku sejak kami kecil, begitulah keadaannya.
Long story short, aku yakin dengan keteguhan hati yang Allah beri padaku, juga yakin inilah jawapan bagi doaku yang lalu, maka aku menerima lamaran lelaki itu dengan meletakkan syarat, aku tetap mahu meneruskan pengajian, walau dalam apa pun keadaan.
Alhamdulillah, kehidupan ku selepas berkahwin ku rasakan sangat bahagia kerana segala kelompongan hati dan jiwaku sejak kecil, kini terisi. Persis seorang anak kecil yang tidak pernah dimanjai, begitulah sikap ku terhadap suami.
Sebagai seorang isteri, niat dan matlamat ku dalam perkahwinan amat jelas. Aku tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap suami dan anak-anak, aku bahagia walaupun suami ku tidak membenarkan aku keluar bekerja.
Aku bahagia dengan cara ku sendiri, walaupun hampir seluruh tugasan di rumah diletakkan di bahuku.. Aku puas, tanpa mengharap sebarang balasan (wallahi) walau pun aku tidak dibekalkan dengan duit poket sendiri (barangan rumah siap2 beli setiap weekend).. aku benar2 bahagia.
Anak2 ku (4 orang) terdidik baik dan terjaga sepanjang suami ku tiada (setelah 9 tahun perkahwinan, suami melakukan PJJ). Maruah suami dan diriku sangat aku lindungi dan dijaga sempurna.
Namun semua itu hanya terlihat sebelah mata, dan adakalanya hanya kelemahan dan kekhilafan ku menjadi isu kemarahan dia. Again, aku yakin, Allah adalah sebaik2 perencana.
Setiap usahaku terhadap keluarga dipandang remeh dan kecil, aku dimaki dan dicaci depan anak2 ku, malah ada ketikanya nilai2 yang aku bina dalam diri anak2, dengan sewenang2nya dimusnahkan (hanya DIA yang tahu betapa aku kecewa).
Dia psiko anak2 untuk memberi pandangan yang buruk dan salah terhadap aku sebagai seorang ibu (He is a failure father).
Aku berada di dalam tekanan yang keterlaluan (9 tahun yang lalu) sehingga aku membuat konsultasi dengan psikatarik kerajaan – BENAR aku dalam mengalami depresi. Namun hanya itulah sekali aku berjumpa doktor.
Pada ketika itu aku rasakan, tiada keperluan aku meluahkan kepada mereka yang aku tidak kenali (psikatarik), maka kepada DIA tempat aku kembali.
Aku akui, anak2 adalah kekuatan ku, maka aku tidak ambil peduli kata-kata mereka (yang tahu situasi ku pada ketika itu) untuk menamatkan sahaja pehubungan ini.
Aku teguh dengan pendirian ku,walaupun aku separuh gila mengharungi perhubungan yang telah merubah suami ku menjadi seorang BOSS kepada pekerja, malah tidak terkilan jika aku kata, persis seorang TUAN kepada HAMBAnya.
Aku tidak putus asa dengan rahmatNYA, kerana apa?… kerana di sebalik setiap kesedihan ku, Allah gantikan dengan banyak nikmat yang harus aku syukuri. “Maka nikmat manakah yang aku ingin dustakan?”.
Alhamdulillah dengan izinNYA, Allah kurniakan aku anak2 yang berjaya dalam pelajaran (of course dengan all out involment of mine), akhlaknya, sahsiahnya juga dalam pelbagai sudut yang bagiku tidak tentu lagi dapat diperolehi oleh ibuayah yang bergerak seiring dalam mendidik anak2.
Maka di situ aku rasai, ia berlaku atas rahmatnya semata, kerana TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN PERTOLONGANNYA.
Semakin hari semakin Allah membuka jalan bagi ku. Aku mula berani ke Pejabat Agama untuk membuat aduan. Dia dipanggil dan kami dinasihati.
Dalam pada itu dia semakin tidak puas hati (kerana egonya tercabar), aku perhati, aku hayati setiap tindakan dia terhadapku. Aku membuat kesimpulan bahawa, aku bukanlah insan yang layak untuk menjadi isteri yang TERBAIK untuk dia.
Aku atur strategi satu persatu. Aku mohon Allah pandu aku dan aku yakin aku berada di jalan yang benar.
Aku minta dia tunaikan janji untuk membenarkan aku sambung pengajian (setelah 17 tahun belalu), aku bangkit dan mulakan kerjaya ku sebagai partimer sehingga Allah mengizinkan untuk aku membuka perniagaan ku sendiri (bidang baru).
MashaAllah, aku benar-benar yakin DIA sayang aku melebihi orang lain yang berada di sisi ku. Wallahi.
Dan kini, aku telah mengambil keputusan untuk melepaskan diriku dari belenggu insan yang bergelar suami.
YA.. aku menuntut fasakh, demi menjaga amanah Allah untuk bertanggung jawab ke atas diriku sendiri. Doakan aku, sentiasa di bawah lindungan rahmatnya selalu. Aamiin ya Mujiib.
Pesananku kepada sahabat-sahabat di luar sana. Hargailah dan syukurilah setiap nikmat yang Allah beri. Jangan sesekali merasai diri kita lebih baik dari orang lain, hatta diri kita sendiri sebagai seorang suami kepada isteri.
Jagalah amanah yang Allah beri kerana semua itu adalah saksi kalian di akhirat nanti. Wallahu’alam. Wassalam.
– Mujahidah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit