Assalamualaikum semua. Thanks in advance admin sekiranya confession aku ni direstui dan diluluskan untuk tatapan pembaca.
Seperti yang kita semua maklum, sekarang ni tengah hangat diperkatakan di seluruh bumi Malaysia mengenai “young graduate manja” “gaji RM2500 boleh survive kat KL” dan sebagainya. Point aku kat sini aku nak bercerita mengenai kisah benar yang dihadapi sendiri oleh aku dan kawan-kawan yang menetap di ibu negara.
Aku lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam pengurusan pentadbiran. Walaupun aku bukanlah terlalu pandai untuk dapat Anugerah Naib Canselor tapi syukur ke hadrat Allah aku capai jua Degree First Class. Sekurang-kurangnya beban PTPTN aku sudah pun selamat menjadi biasiswa. Semasa zaman belajar dulu, aku juga penerima biasiswa JPA. Setelah dapat JPA aku langsung tamatkan pinjaman PTPTN. Orang kata kalu dapat biasiswa JPA ni bermaksud hot seat untuk diserap ke kerajaan. Tapi rasanya ungkapan itu dah tak boleh pakai dah sekarang. Sebab dah empat tahun aku graduate, tapi sebarang panggilan kerajaan pun aku tak dapat. Exam kerajaan? Dah berpuluh kali jawab untuk semua jenis jawatan (dah tak memilih dah) tapi masih gagal tapi tak apa belum ada rezeki lagi.
Nasib menyebelahi aku, selepas sebulan graduate pada tahun 2013 aku dapat kerja di sebuah hotel di ibu negara. Ya aku tau aku lari dari bidang aku tapi apa perlu aku buat aku jugak nak survive di KL ni. Kalau aku memilih, entah sampai bila aku dapat kerja yang aku inginkan. Bak kata mak aku, terima sahaja walaupun gaji kecil. Sambil kerja nanti sambil tu survey la company lain. Aku ikut saranan mak aku.
Aku kerja bahagian operation dengan gaji RM1300 basic sahaja. Hotel aku kerja sekarang nih dah tak implement service point so gaji setiap bulan yang diterima cuma basic sahaja. Nak buat overtime kena control, nak buat partime kena control. Jadi apa yang boleh dilakukan. Semuanya adalah semata-mata nak minimize cost. Terpaksa la buat partime business online demi untuk menampung hidup sendiri dan hantar duit untuk keluarga di kampung ku di pedalaman Sarawak. Business Online Itu pun kadang ada pasang surut. Kadang sehari tiada sales kadang banyak sales. Depends la.
Terus terang aku katakan, aku pernah tak balik beraya di kampung kerana aku sangat kekurangan duit untuk beli tiket kapal terbang. Apabila mak aku tanya kenapa tak balik aku terpaksa bohong sunat mengatakan hotel aku running full house. Occupancy tinggi dan semua pekerja tak dibenarkan cuti. Aku tak nak mak aku menitiskan air mata tahu aku susah di sini. AKu Cuma balik kampung setahun sekali. Bersyukur lah anda semua yang masih diberi peluang untuk bermanja dengan Mak Ayah setiap minggu setiap bulan. Aku juga ada keinginan untuk bermanja dengan mereka tetapi aku mempunyai semangat juang yang tinggi. Aku ingin berdikari. Sebelum kedua ibu bapa ku menutup mata mereka untuk kali yang terakhir, aku ingin membalas jasa mereka. Aku ingin mereka lihat aku Berjaya. Aku kentalkan hati aku merantau seorang diri di tempat orang.
Aku juga dah empat tahun tak keluar enjoy dengan kawan-kawan. Ramai kawan-kawan mengatakan aku sudah sombong sekarang sebab asal di ajak keluar lepak tengok wayang, makan-makan aku mesti menolak. Katanya aku lebih pentingkan pakwe dari kawan. Mereka tidak tahu rindunya aku pada mereka hanya Allah yang tahu. Ya aku rindu ingin bergelak ketawa bersama mereka seperti zaman belajar dulu di mana soal wang bukan menjadi masalah utama. Kini, walaupun RM17 untuk beli tiket tengok wayang pun aku susah nak keluarkan. Setiap sen duit tu lebih berharga sekarang.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tak cari ja kerja di Sarawak. Demi Allah selama empat tahun ni aku dah cuba hantar resume, make phone call, walk in tetapi masih belum ada rezeki untuk aku. Aku tak memilih pekerjaan. Semua bidang aku terjun cuba nasib. Pernah aku walk in interview memang aku dapat pekerjaan itu dengan gaji RM2500 atau RM3000 ke atas tetapi disebabkan aku bertudung maka aku disuruh untuk buka tudung. Alasan sebab policy syarikat.
Korang bayangkan gaji RM1300 macamana nak hidup di KL nih? Tolak EPF SOCSO tinggal la RM1250. Aku tiada pengangkutan sendiri. AKu naik Bas atau LRT ke tempat kerja. Aku juga sewa bilik. Sewa sahaja dah RM300. Kos pengangkutan pergi balik kerja sebulan RM200. (tambang bas pergi balik sehari RM6) Makan minum, duit untuk mak ayah, adik-adik yang masih di alam persekolahan, simpanan sendiri, duit nak kawin, duit emergency.
Pada mata orang-orang kampungku, kerja di KL nih gaji aku adalah RM3000 ke atas. katanya nama pun “KL” sebuah bandaraya yang cukup terkenal serata Malaysia dan dikenali sebagai bandaraya “elit”. Hidup semestinya high class. Gaji tinggi, (semua orang ingat mustahil duduk KL gaji bawah 2k, paling kurang pun 2.5k ada dalam akaun setiap bulan) mempunyai kereta berjenama, hidup standard, boleh beli rumah paling-paling pun condo. Memang hebat penangan drama TV3 setiap jam 7 petang nih.
Sampai sekarang aku masih tidak percaya gaji aku Cuma begini sedikit dibandingkan dengan kawan-kawan se-degree dengan aku. Kebanyakan mereka sudah bergaji RM2.5K, ada kereta sendiri malah bertanding antara mereka siapa yang punyai kereta hebat. Yelah dorang tidak ada komitmen. Masih tinggal bersama ibu bapa, rumah, bil air, bil elektrik semua ibu bapa tanggung. Perantau warrior macam aku nih? Nak cari sugar daddy insya allah aku masih di landasan yang sebenar.
Back to main point, young graduate sekarang bukan lah manja. Soalnya demand itu ada tapi supply kurang. Malah semakin aktif pula syarikat membuang pekerja. Salah seorang kawan saya pernah berkata untuk cuba cari kerja selepas PRU tahun depan sebab confirm banyak peluang pekerjaan di buka nanti. Wallahualam.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit