Assalamualaikum.. Terima kasih kerana menyiarkan kisah aku ni.. Mungkin korang yang baca ni pun pernah mengalami situasi yang sama macam aku cuma macam mana kita menghadapi situasi itu dan lokasinya mungkin berbeza..
Umur aku 23 tahun, aku start kerja masa umur 20 tahun.. kerja yang pertama aku jadi cikgu tadika, aku cikgu yang paling muda kat situ.. cikgu lain semuanya dah berusia, jarak umur yang agak jauh menjadikan aku agak pendiam walaupun masa kat sekolah dulu aku lah yang paling bising dan banyak cakap.. selalu kena tegur dengan cikgu sebab suara boleh dengar sampai bilik guru.. tapi, dengan anak murid takde la aku pendiam.. kalau pendiam dengan anak murid macam mana pulak nak mengajar..
Kemudiannya aku bekerja di salah sebuah hospital kerajaan sebagai kerani sambilan.. Aku ditempatkan di wad yang mana aku akan berkerjasama dengan staff nurse, jarak umur dengan dorang tu takde la jauh pun tapi aku tak tau la kenapa perangai aku yang banyak cakap tu tak keluar langsung.. aku jadi pendiam jugak..
Setahun setengah aku berperang dengan diri aku sendiri selama aku kerja kat situ, mana taknya aku tak banyak borak takde gelak-gelak ke apa buat aku jadi stress.. orang ingat aku sombong jadi aku rasa sunyi, kawan-kawan masa sekolah la yang jadi mangsa kena baca luahan hati aku kat group whatsapp.. bila lepak dengan member time sekolah habis keluar segala gelak yang dah lama terperam tu..
Lepas aku dah tak tahan stress, aku nekad carik kerja kat tempat lain dan alhamdulillah aku dapat kerja di salah sebuah hospital swasta sebagai kerani jugak.. kehidupan aku kat situ memang bahagia, aku takde rasa sunyi.. kawan ramai.. aku pun dah rasa macam jadi diri aku yang sebenar, mula-mula je la macam pemalu pendiam tapi lepas dua minggu semua orang terkejut dengan perangai gila-gila aku.. aku memang suka kerja kat situ..
Aku kalau pergi tempat baru memang susah sikit nak biasakan diri tapi bila dah ngam memang aku akan banyak borak dan suasana tempat kerja baru aku ni pulak tak sama langsung dengan yang dulu tu, bila aku dikelilingi kawan-kawan yang sama masuk air jugak berserta suasana kerja yang ceria macam tu aku jadi bersemangat nak kerja kat situ.. aku sanggup overtime dari pagi sampai ke malam sebab aku memang suka kerja kat situ..
Satu hari aku dapat offer yang lebih baik tapi untuk offer yang terbaik tu aku akan di transfer ke cawangan hospital yang lain tapi masih lagi area lembah klang, memang rasa berat hati nak tinggalkan kawan-kawan sebab aku takut kalau kat tempat baru aku takkan dapat suasana yang macam ni lagi dah.. kawan-kawan bagi support kat aku, lagipun tempat baru dengan lama tak jauh pun boleh je singgah..
Sekarang dah nak masuk 3 bulan aku kerja kat cawangan hospital yang baru tu tapi aku masih belum dapat biasakan diri jugak.. aku jadi pendiam macam kat hospital kerajaan yang mula-mula aku kerja tu, semangat kerja pun macam dah hilang sikit.. aku pergi kerja macam nak lengkapkan syarat kehidupan je.. aku mula rasa menyesal terima offer tu..
Lepas balik kerja aku selalu singgah tempat kerja lama sebab aku tak boleh move on, depan kawan-kawan dengan family aku tunjukkan aku bahagia kerja kat situ hakikatnya Allah saje yang tahu macam mana aku berperang dengan diri aku sendiri..
macam-macam dah aku buat untuk tak jadi pendiam tapi semua tak berjaya.. suara ni tak nak keluar, orang tanya sepatah aku jawab sepatah.. orang buat lawak aku gelak je la walaupun tak paham.. aku jadi tak tau nak memulakan perbualan tu macam mana.. ketua aku pun dah banyak kali tegur pasal aku pendiam ni padahal dia tak tau kalau aku dah start memekak aku tak boleh berhenti, takut dia je la tak tahan nak dengar aku membebel semua..
Sekarang ni semua orang kat department tu cop aku sebagai pendiam, dalam hati aku ni meronta-meronta cakap aku ni bukan pendiam tapi sape je yang dengar kalau menjerit dalam hati.. aku letih jadi pendiam macam ni, aku taknak jadi pendiam tapi semua usaha aku untuk tak jadi pendiam gagal.. aku macam dah selesa pulak jadi pendiam kat situ tapi dalam masa yang sama aku stress sebab aku rasa tu bukan aku..
Sekarang ni korang pulak yang menjadi mangsa luahan hati aku.. padan muka!
Aku harap orang yang betul-betul pendiam tak marah la dengan apa yang aku taip ni, sebab setiap orang tu berbeza.. mungkin korang memang selesa dan bahagia untuk jadi pendiam tapi aku tak boleh jadi macam tu walaupun kadang-kadang aku rasa ada baiknya jugak jadi pendiam sebab kita tak menganggu kehidupan orang lain tapi aku mulai sedar yang aku rasa aku elok jadi pendiam tu hanya nak menyedapkan hati aku je.. :’)
– Si Pendiam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit