Assalammualaikum semua. Aku nie tak pandai nak buat ayat sangat. Maaf lah ye jika ada terkurang atau terlebih. Terima kasih jika luahan aku diterima. Ini sedikit pengenalan tentang aku. Aku ada 4 adik beradik. Aku, adik no 2 dan 3 ialah perempuan. Akhir sekali, yang bongsu lelaki.
So, cerita dia begini. Aku berumur 26 dan masih bujang a.k.a. single tiada pakwe. Adik no 2 aku hana (nama samaran) berumur 23 dan mempunyai pakwe. Mereka berkenalan sekitar tahun ni dalam bulan mac atau april. Sampai sekarang mereka masih berhubung.
Hana seorang yang kurang bercakap namun siapa sangka ‘diam diam ubi berisi’, dia boleh ku kategori kan agak liar di socmed kerana dia pernah kantoi ‘menggatal’ dengan kami sekeluarga. Pada awal nya, aku merasa kan yang lelaki tersebut zack, 26 tahun (nama samaran) boleh menjaga, mendidik atau membimbing adik aku ke jalan yang baik. Keluarga aku juga suka melihat imej zack yg alim, berjubah, sopan, sembahyang. Namun sangkaan ku meleset sama sekali. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat.
Aku pernah curi2 melihat hana membuka password di smartphone dan beberapa aplikasi lain, jadi baru2 ini aku cuba untuk membuka folder galeri di smartphone hana. *aku tahu aku salah sebab selongkar harta peribadi adik aku sendiri. Sedang aku skroll folder2 tersebut, aku terlihat thumbnail bergerak yg memaparkan aksi seks. Setelah ku amati ternyata itu hana & zack. Terkedu, terkelu tak terkata aku dibuatnya. Terus aku masuk ke bilik dan menangis semahu-mahunya.
Besoknya, aku terus menasihati zack namun dia terus block socmed aku tanpa sebarang penjelasan. Aku juga turut memarahi dan menegur hana tapi ‘ibarat mencurah air ke daun keladi’. Hana agak keras kepala. Apa yang aku cakapkan dia tidak peduli sama sekali. Malam itu aku menangis lagi. Aku tidak tahu untuk diluahkan pada siapa.
Sebagai anak sulung, aku jadi bertanggungjawab untuk memberitahu kepada ibu bapa aku. Tapi aku tak kuat. Aku buntu bagaimana harus aku beritahu mereka. Aku dapat bayangkan hampa nya wajah ayah aku ketika itu. Aku dapat bayangkan betapa marahnya ibu aku ketika itu. Tambahan pulak, ayah selalu menegur kami untuk sembahyang, lengan pendek jangan pakai keluar rumah. Ya allah betapa hancur nya hati ayah aku kalau dia tahu semua ini.
Sekarang ini, aku masih lagi tidak bercakap dengan hana. Disebabkan waktu kerja kami berlainan, ahli keluarga yang lain tidak perasan apa yang terjadi antara aku dan hana. Setiap kali melihat hana, aku masih lagi terbayang-bayangkan apa yang aku lihat walaupun cuma thumbnail bergerak sekitar 5 saat bukan video penuh.
Buat kalian yang mempunyai pasangan berkasih atau couple (belum nikah), harap jadi kan lah iktibar apa yang berlaku. Sebelum buat sesuatu perkara ingat lah wajah ibu ayah, ahli keluarga korang. Dalam ber’couple’ jangan lah terlalu percayakan ayat manis lelaki atau perempuan. Jangan gadaikan badan, maruah untuk sesuatu yang haram. Banyak keburukan dari kebaikan.
Akhir sekali, doakan agar aku kuat untuk memberitahu hal ini kepada ibu bapa aku. Semoga urusan ini berjalan lancar. Dan aku yakin, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Terima kasih sudi membaca.
– Hani
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit