Aku Buntu

Assalammualaikum dan hai semua, aku Bunga Melati (bukan nama sebenar), berusia 20an dan sudah berkahwin. Aku tak tahu macam mana nak mulakan tapi aku betul betul perlukan jawapan dan bukan kecaman. 

Aku dah berkahwin dan bekerja, pekerjaan aku mempunyai 3 shif. Pagi petang dan malam serta cuti yang tak menentu. Alhamdullilah suami aku faham dan sangat memahami. Lagipun kami belum dikurniakan anak. Jadi tiada isu apa apa antara kami. 

Sebelum aku melangkah lebih jauh, aku akan terangkan serba sedikit tentang keluarga aku. Mak dan ayah mengalami beberapa krisis yang menyebabkan mak ku membuat keputusan untuk tinggal jauh dari ayahku atas izin ayahku.

Makanya rumah kami yang dikampung kosong dan tiada penghuni. Dan segala aktiviti kami selalu ditangguh dan terganggu sebab isu isu yang tidak sepatutnya. 

Berbalik kepada kebuntuanku, Aku manusia yang selalu susah untuk cuti dan hadir dalam pelbagai aktiviti keluarga. Akan selalu menjadi kecaman dan kemarahan keluarga besarku.

Aku akan selalu diperli dan dimarah dengan alasan “ASYIK KERJA JEA, KAYANYA TIDAK”. Sakit membaca, sakit lagi aku yang mendengarnya hahahaha.

Bukan itu sahaja, jika ada emergency terhadap mak dan ahli keluarga ku yang lain. Aku jugak terpaksa hold dan mampu menghulurkan sejumlah wang tanpa menghadirkan diri. Bukan. Bukan aku sengaja untuk berbuat demikian. Bukan aku sengaja untuk tidak menghadirkan diri.

Tipu aku cakap aku tak sedih dengan keadaan begini. Tapi itu luar kemampuan aku. Takkan aku nak lari semata mata untuk hadirkan diri kecuali benda itu betul betul emergency. Kadang aku hampir giveup dengan semua perkara yang diluar kemampuan aku. 

Baru baru ni keluarga aku mengadakan kenduri dan last minit. Makanya aku yang tengah bekerja memang takkan dapat turun untuk join sekali. Maka terdengar lah keluhan dan pelbagai ayat ayat yang menyakitkan hati untuk didengari.

Aku selalu kabarkan, kalau event2 penting dan besar. Kena inform aku 2 minggu atau sebulan dua sebelum. Sebab aku tak boleh suka suka untuk cuti dan emergency tanpa sebab. Dan cuti aku tak menentu. Dan malangnya aku kena perli lagi. 

Kadang aku selalu terfikir untuk berhenti kerja, buat kerja part time di online mahupun offline. Tapi keadaan memang tak boleh. Aku baru sahaja membeli rumah, kereta serta komitment yang ada. Makanya, kami memerlukan gaji fixed untuk melangsaikan semua tanggungjawab kami.

Ye, Gaji kami tidaklah terlalu besar tetapi alhamdullilah murah dan dicukupkan Allah.

Dan andai aku ingin membuat bisnes online atau pun dunia online, masa yang diambil untuk stable dalam dunia online bukan sesuatu yang mudah semudah ABC, cepat dan sesuatu yang konsisten selamanya melainkan aku khairul aming hahahah

Orang selalu cakap macamni dengan aku “Pentingkan lah kerja tu, nanti mak dan ayah dah takde. Baru nak menyesal. Tapi time tu dah tak berguna dah”.

Kalian boleh bayangkan tak perasaan aku?Aku bukan TAKNAK DAN BUKAN SENGAJA UNTUK TIDAK tetapi aku kena bekerja.

Memang pekerjaan aku tak membuat aku kaya, tak membuat aku terlalu mewah tapi itu yang membuat aku makan, berbelanja dan tolong ahli keluarga aku yang memerlukan. 

Ye aku faham mereka ingin aku dan suami turut serta didalam setiap majlis yang ada. Kami duduk di negeri yang berbeza. Mengambil masa yang berejam dan kos yang banyak. Tapi takdelah sampai sabah n sarawak hahaha.

Kami selalu sangat nak join and kadang sedih bila takdapat berkumpul lagi lagi di pagi raya. Tapi cuti raya pun mengikut giliran. Bukan suka suka boleh cuti. Dan siapa je taknak berkumpul pagi raya dengan ahli keluarga sendiri. Keadaan tak mengizinkan dan tak boleh dipaksa. 

Aku tak tahu macam mana nak luahkan dan kadang aku kesian dengan suamiku. Dia selalu terkena tempias sebabkan isu isu begini. Dia selalu kena marah sebabkan isu isu begini. Kadang dia pun hangin tapi dia selalu kata sabar dan hadap jea.

Mulut orang tak boleh nak tutup. Tutup tak tutup, dah bertahun kami telan ayat ayat tu. Sampai rasa nak menjauhkan diri tapi ahli keluarga sendiri. 

Dan sampai sekarang aku tak tahu macam mana lagi aku nak hadap situasi nie. Aku dah tak tahu macam mana nak explain lagi.

Aku dah tak tahu macam mana nak orang faham situasi aku walaupun 10 persen. Aku betul betul buntu. Kadang rasa nak menagis, menjerit, nak teriak. Mungkin aku kena gila dulu agaknya baru orang faham hahahaha. 

Pada sesiapa yang mengalami situasi seperti aku. Tolonglah aku, bantu lah aku untuk hadap perkara nie. Aku masih takde jawapan untuk masalah ni. Hari hari aku rasa giveup dan rasa ingin menyerah pada takdir. Tapi aku belum mampu.

Aku masih muda, belum mempunyai anak dan masih berkudrat untuk bekerja. Terlalu banyak impian yang aku perlu usahakan dan impikan bersama suamiku. 

Perlukah aku membawa diri dari ahli keluargaku sendiri? Atau perlukah aku berhenti dan hidup dalam masalah kewangan? Aku tak tahu dan aku betul betul buntu. 

– Bunga Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. faham situasi adik. pendapat akak, buat macam biasa je, teruskan bekerja mcm biasa, layan keluarga mcm biasa, yg penting suami faham kita. tp hati kene cekal la dengar perli2an.. lama kelamaan, bunyi2 dari keluarga tu semua akan hilang sbb mereka dah penat mengata.
    bila kita dah kawin ni begitu lah.. kita ada tanggungjawab pd suami dn keluarga kita sendiri. tp jangan pernah putuskan hubungan dgn ahli keluarga kita, darah daging kita.

    stay chill, jangan stress2. x bagus.

  2. Salam hormat Bunga Melati.

    Saya terpanggil untuk menjawab kebuntuan saudari.

    Memandangkan saudari berumur lingkungan 20an jadi saudari masih muda jadi saya faham saudari sangat mementingkan kerjaya.

    Oleh sebab bebanan bayaran bulanan rumah dan kenderaan jadi saudari berasa sukar untuk mengambil cuti short notice bukan?

    Ini saranan saya:
    1. Peruntukan cuti untuk setiap hari perayaan untuk di rayakan bersama keluarga saudari sendiri dan keluarga suami saudari. Contohnya puasa minggu pertama nak raikan sebelah saudari atau suami? Kemudian hari raya Aidilfitri? Hari Raya Haji? Wajib ambil cuti dan bahagikan dengan suami bergilir mahu diraikan bersama keluarga siapa.

    2. Beritahu rakan sekerja, supervisor, executive, manager sesiapa yang bekerja dengan saudari untuk bergilir gilir ambil cuti. Jangan orang yang sudah berkahwin dan punya anak sahaja dapat cuti raya pertama, jangan asyik Supervisor sahaja ambil banyak cuti, jangan manager sahaja work from home. Saudari manusia harus dilayan selayaknya! Mereka patut bertolak ansur ada GIVE and TAKE dan teamwork! Bukan saudari sahaja perlu berkorban. Ada benarnya kata keluarga saudari, jangan jadi hamba kerja tapi masih tak kaya kaya. Yang hidup seronok bercuti, balik awal, kerja tak cukup jam, boleh sesuka hati clock in clock out tapi HR tetap bayar gaji tanpa semakan terperinci terhadap staf sebegitu. Cuma saudari sahaja yang menjaga etika, kualiti dan integriti pekerjaan. Mereka yang lain? Bagai melepaskan batuk di tangga, asal ada staf yang amanah semuanya dibiarkan di bahu saudari. Begitukah?
    Esok saudari MATI, rakan sekerja, supervisor, executive, manager atau HR, atau CEO saudari kah akan TANAM dan Kafan MAYAT SAUDARI!????????? Tidak bukan, jadi mengapalah menyakiti hati keluarga sendiri?
    Saudari mati nanti ahli keluarga saudari sahaja akan bersedih bukan rakan sekerja. Jangan jadi hamba pekerja tak amanah tak beretika ini!

    Saya dapati mungkin disebabkan kecuaian dan kesilapan saudari dan suami saudari sendiri Tuhan masih tidak kurniakan zuriat. Sama ahli keluarga sendiri tidak mampu luangkan masa, bagaimana hendak menjaga bayi sendiri kelak?

    Tak salah cari duit, komited kerja. Orang lain kerja shift juga tapi mereka tahu bahagikan masa. Banyak syarikat di Malaysia ini ada kerja shift tapi mengapakah saudari sahaja yang buntu seolah olah syarikat itu milik bapa saudari? Berbaloikah bekerja sebegitu?

    Syarikat ada keuntungan, kurang pekerja wajib tambah pekerja, kerja shift pun wajib dapat cuti kelepasan bergilir gilir antara semua staf tak kira pangkat. Semua staf perlu bekerja sama dan saling berbagai. Bukan staf itu sahaja yang asyik keluar ambil anak masa tengah hari sampai 1 jam. Kemudian balik di pejabat sambung lagi rehat 1 jam. Sudahnya staf yang ikhlas jujur amanah sahaja yang bekerja ikut jam kerja sebetulnya. Bukan saudari sahaja perlu berkorban staf lain balik awal 2 3 jam. 6 petang sudah di rumah sedangkan waktu kerja belum habis. Suaminya dayus tak tegur disiplin kerja isteri kerana seronok hidup tumpang senang gaji HARAM isteri.

    Saya HR 20 tahun pengalaman. Staf sampah sarap tak amanah. Suka membuli staf bawahan, suka buat kerja asal boleh, yang pangkat bawah tak mahu buat kerja pun ramai. Manusia ini jikalau hati kotor, tak ikhlas bekerja pangkat tinggi atau pangkat rendah boleh dilihat dari cara mereka kerja. SAMPAH!

    Fikir fikirkanlah! Orang lain juga bekerja shift, ada kerja di lautan di udara tapi mereka masih mencari kesempatan menyambung silaturahim dengan keluarga mereka.

    Saudari sudah bersuami apa salahnya suami melakukan 2 kerja beri isteri ambil unpaid leave raikan keluarga sendiri sesekali?

    Bukannya saudari bujang semuanya di bahu saudari. Sudah ada suami yang WAJIB BERI NAFKAH!

    KERJA KERJA KERJA ITU ALASAN!

    SYARIKAT TAK KAN TUTUP JIKALAU SAUDARI KERJA SAMPAI MATI PUN!

    Utamakan keluarga bukan lebihkan rakan sekerja. Makan di tempat mewah dengan rakan sekerja mampu, boleh up social media tunjuk konon lifestyle modern vogue terpaling. Hakikatnya adik beradik sendiri, ibu bapa? Bagaimanakah layanan saudari dN semua pembaca?

    Jangan bermegah dengan manusia sementara sedangkan darah daging anda sendiri yang akan berada saat kematian anda. Bukan rakan sepejabat untuk menunjuk kepalsuan hidup!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *