Aku ‘Burnout’

Aku burnout. Yes short & simple word, tapi mendalam maksudnya.

Assalamualaikum & selamat berpuasa semuanya. Aku D. Berusia pertengahan 20 an & berstatuskan bujang. Bekerja di sebuah syarikat besar di kota KL akn tetapi memegang jawatan biasa2 sahaja iaitu orang bawahan selama 6 tahun sudah.

Stress & aku tidak dapat dipisahkan semenjak aku bekerja disini. Sebelum aku ditawarkan bekerja disini aku hanya bekerja part time di sebuah butik ternama di kota KL juga sementara nak dapat kerja tetap.

Jobstreet tu laman mainan aku sahaja pada waktu itu lalu terus apply pada posting yang tertera.

Semasa menghadiri interview kerana terpilih, terdapat 1 perasaan yang pelik ketika itu dimana boss tersebut seolah2 banyak bertanyakan tentang hal peribadi berbanding job scope.

Contohnya ada kereta tak, ibu bapa masih bekerja ke & kerja apa, pendapatan mereka macam mana, ada saving tak, duit cukup tak.

And i was like speechless. Sejujurnya waktu itu parents aku memang kesempitan kewangan & kerja.

Kerja sendiri saja kalau ada job ada lah duit kalau tak ada faham sendiri jela tapi tak bermakna kehidupan aku tak sempurna. Yer aku tak ada kereta pun aku kemana2 hanya menaiki bas & train.

Cara encik tu memang nampak aku sengkek sangat sebab kerja di butik tu kemudian datang interview di syarikat besar tu. Tak semena2 tiba2 air mata aku jatuh depan dia sebab bagi aku dia dah sentuh hal parents aku.

Seminggu kemudian aku menerima panggilan dan berjaya terpilih di syarikat itu dan diminta untuk melaporkan diri di tarikh yang diberikan.

Bermulalah hari pertama aku berkerja disitu aku tak tahu kenapa aku terus fikir macam mana nak berhenti ekk.

Sebab aku takut dengan situasi disana, tengok dokumen2 yang aku tak tahu apa2, office yang besar, officemate yang ramai, senang cerita ibarat kau seekor semut yang kecik masuk sarang yang besar & kau kena survive sorang2.

Aku terus blur & noob bila masuk situ. Semua kerja aku buat salah & serba tak kena sebab kat situ ada banyak ajaran. Orang depan ajar A orang belakang ajar F orang tepi ajar K orang tengah ajar M kau rasa?

Nangis tu mainan aku kat sana sebab aku rasa aku tak boleh go on. Aku buat benda semua nya mesti ada salah & kena marah.

Dah la hari pertama aku terus kena buat kerja yang banyak. Orang ajar aku itu & ini sambil keluarkan dokumen yang pending dgn begitu banyak untuk diberikan pada aku supaya selesaikannya sampai department lain perli asal busy sangat staff baru ni.

Baru aku faham kat situ yang sebenarnya aku ni dihire oleh kerana status urgent.

Aku menggantikan seorang staff yang sakit so segala kerja pending aku kena take over padahal aku ni fresh grad & baru bekerja korang rasa?

1 kejadian yang aku tak boleh lupa ialah ada 1 document tiba2 hilang. Document tu memang sangat penting tak tahu siapa hilangkan. Yang mereka tahu hanyalah tanya pada aku sedangkan aku sendiri pun tak pegang dokumen tu.

1 office mereka cari sampaikan emel kepada all staff minta bantuan ada sesiapa ambil tapi tak dijumpai juga.

Jadi kerana itu aku dituduh menghilangkannya dan aku terus menangis meraung di toilet.

1 hari, dokumen tu tiba2 muncul atas meja aku tak semena2. Dan ada sorang tu tegur “eh tu ha ada atas meja awak” & aku terus speechless. Aku tak tahu hantu mana yang buat kerja dajal ni.

1 kejadian lagi ada 1 file penting hilang juga dan yes aku dituduh lagi. Sumpah aku tak pegang pun document tu tapi aku tetap dituding sampai disuruh cari sampai jumpa.

Sampaikan diorang pergi tengok cctv lah tapi takde jumpa apa2 bukti pun sebab record cctv tu sekejap saja disimpan.

Sepanjang tu aku kusut memikirkan dimana file tu adakah aku yang hilangkan adakah aku yang terletak kat tempat lain. 1 hari, file tu telah ditemui tapi seorang makhluk pun tak inform aku walhal aku masih mencari.

Sedih & kecewa rasa. Toilet & bilik solat tu memang jadi tempat menangis aku bila kena benda2 macam ni. Aku selalu berdoa temukanlah dokumen yang hilang & pulangkan di tempat asal.

1 benda yang aku tak suka lagi ialah semasa appraisal session. Time ni aku kena sediakan telinga aku untuk mendengar segala komen merepek dari boss aku.

Bukan tentang kerja yang dititikberatkan akn tetapi soal peribadi. Ye soal peribadi memang topik kegemaran boss aku aku pun tak tau apa masalah dia sebenarnya asyik nak ambil tahu tentang life orang.

Dia cakap aku ni tak bagi duit pada ibu bapa aku siap mention kalau tak ada duit sangat bagi aje jumlah sikit dulu nanti dah gaji ada lebih tambah lagi. And i was like? Kenapa sampai sentuh bab ni?

Dia komen lagi tentang personaliti aku yang tak nak bergaul dengan orang dan pendiam.

Hello, aku ada saja bersembang dengan orang tapi kau saja yang tak nampak sebab kau selalu pandang sinis bila nampak staff bersembang lepastu tuduh membawang & mengumpat dia.

Ingat aku tak ada kawan ke? Ada saja geng aku & aku enjoy saja berkawan.

Aku pergi merata department semua orang tegur aku & aku ceria bergaul dengan mereka tapi bila aku balik ke department aku aku jadi tikus senyap dan sepi sebab situasi toxic sangatlah kuat disitu.

Segala kehinaan dia lemparkan pada aku. Cakap saja apa semua dia sebut dia hina dia gunakan kuasa veto dia sebagai seorang boss yang sangat riak & bangga dengan pangkat.

Department aku paling terkenal sekali kewujudan makcik bawang level atasan sebanyak 2 ekor. Maksudnya level bawang dia tu sangat lah tinggi ye.

Apa saja yang tak dibawangnya dari tegur baju aku kasut aku, tanya pasangan orang kerja apa, kereta apa rumah apa, harga berapa, nampak aje orang pakai beg baru gelang emas baru,

Nampak aje muka orang ade jerawat ada kulit kering gerutu semuanya ditegur lah senang cerita. Yang A beli rumah B pun beli rumah. C beli kereta baru D pun nak juga. Jam baru handphone baru semua berlumba2.

Belum lagi tahap pandang level bawahan macam aku ni dengan jelingan yang tak puas hati padahal aku ni lagi lah tak ada apa2.

Part paling celaka sekali ialah cerita 18sx bersama pasangan masing2 dikongsi bersama dan kitorang yang noob ni mendengar lah.

Adegan2 diorang diceritakan la dengan jayanya dan bangganya sambil bergelak2 tak pandang kiri kanan tak malu kami ni mendengarnya. Paling jijik sekali ialah cerita tu dikongsikan juga dengan boss aku.

Setiap kali diorang masuk ke bilik untuk discuss tentang kerja mesti terselit sembang dan lawak lucah. Benda tu dah jadi mainan diorang. Perempuan ye staff yang aku cerita ni bukan lelaki ye guys.

Boss aku ni memang terkenal dengan sikapnya yang selalu bergurau lucah dengan orang tak kira kau ni bini orang ke laki orang ke budak baru ke orang lama ke yang bujang ke semua dia bantai.

Biji mata dia tu tak lekang dengan pandang body perempuan dari atas sampai bawah nak2 kalau kau jalan depan dia memang kau kena scan la dari belakang sambil dia makin mendekatkan langkah dia pada kau sampai kau boleh dengar dengusan nafas dia korang rasa?

Aku ni dah macam kena kejar anjing taw perasaan cuak tu ya rabbi aura dia sangat menakutkan.

Setiap kali aku dipanggil masuk ke bilik dia aku akan tarik baju aku untuk tutup punggung kemudian tudung aku untuk tutup dada. File pun aku bawa dan aku pegang untuk cover dada.

Masuk2 saja memang mata dia tu macam hanat ok & aku benci sangat situasi tu. Ibarat aku ni pergi melacur dalam bilik dia.

Dah la dia selalu panggil kadang2 tak ada benda penting pun dia saja panggil and aku macam apa masalah kau ni. tapi yang dia boleh cakap walau macam mana u tutup sekalipun i boleh nampak. Korang rase?

Bila mana2 perempuan lalu di depan bilik dia dia akan tengok dan cakap orang tu punya bergoyang lah tak bergoyang lah. Kecil lah besar lah, bandingkan size underwear & sebagainya. Body persis isteri dia lah.

Ya Allah malangnya bini kau dapat laki macam kau. Anak2 kau pun sama malang aku tak boleh bayangkan macam mana dia tenung anak2 dia punya badan & figure sambil bayang yang lucah.

Bila ada staff yang mengandung lagi la seronok dia tengok nak2 bila yang kena pam susu memang dia bercakap pasal benda tu.

Sesekali dia sengaja ketuk bilik pam susu tu dengan gurau cakap nak masuk, tak pun tiba2 terjah ke meja staff yang sedang pam susu mana tak terkejut kawan tu.

1 company tahu bahawa department aku meman g bermasalah dari boss hingga staff nya. Kalau susah kena settle sendiri tak ada teamwork.

Kalau department lain aku tengok gelak2 suka ria ketika kerja tak kira la boss sehingga level bawahan semua dilayan sama rata dan environment tu sangat positive.

Berbanding department aku ni sangatlah negative. Kerja aku kena buat sampai workload. Boss aku sengaja pressure aku bagi kerja banyak & tak masuk akal.

Aku dipush siapkan semua dengan segera sampai macam orang gila nak pergi tandas pun tak sempat. Meja aku macam dah nak runtuh sebab terlalu banyak dokumen aku kena settlekan dan semuanya bersaiz besar dan berat.

Aku stress & selalu sakit. Setiap bulan aku mesti demam & mc. Sakit kepala, sakit belakang, migraine, panadol, ubat tahan sakit dah memang jadi makanan aku.

Balik dari kerja aku terus flat sampai pagi dan ulang sebab aku terlalu penat. Life aku sangat miserable. Hidup aku semasa tu hanyalah kerja & aku tak mampu nak buat apa2.

Weekend aku tidur memanjang sebab nak cover semula tenaga yang digunapakai selama 5 hari tu.

Klinik aku dah pergi, homeopathy aku dah pergi, pusat rawatan islam aku dah pergi. Sel2 otak aku telah discan & didapati aku depress & selalu naik blood pressure.

Untuk pengetahuan, boss aku ni dah lama plan nak buang aku ye tapi masih belum berjaya. Ramai dah staff dia buat macamni & memang staff2 tersebut transfer, resign.

Tapi aku masih lagi berada disitu walau macam2 dia dah buat kt aku. Aku masih bertahan di situ pun atas sebab support dari kawan2 yang sangat memahami.

Lagi 1 aku masih belum dapat kerja lain lagi walhal banyak kali aku merancang untuk bagi notis berhenti kerja sebab dah tak tahan sangat.

Tapi aku fikir sebab aku ada beberapa komitmen yang perlu ditanggung aku terpaksa menyeksa diri. Sedih dia jangan cakaplah. Sungguh perit.

Waktu pelaksanaan pkp pada bulan 3 tahun lepas sungguh melegakan aku. Mana tak nya, aku tak perlu datang bekerja, menghadap persekitaran yang negative, boss yang celaka.

Tapi dalam WFH sekalipun boss aku tu tetap buli aku. Dia call aku berpuluh kali macam nak mati.

Aku terkena anxiety setiap kali terima panggilan dari dia. Sampaikan aku taknak pegang handphone aku & sanggup buat airplane mode. Aku sangat takut dengan dia walaupun hanya dalam panggilan.

Time pkpb 50% boleh bekerja tu syarikat aku dah siapkan jadual masing2 jadi kena ikut la.

Tapi department aku ni tak boleh terima katanya aku kena datang kerja hari2 sebab kalau aku tak datang nanti kerja pending & tak jalan. Apa ingat aku ni kalis covid? Setiap kali aku ambil cuti tahunan mesti akan ada issue.

Sampai ada yang whatsapp bila nak masuk office ada banyak kerja nak buat ni & aku sangat sedih ok.

Sekarang kita semua dah kembali bekerja, aku mula rasa fedup teramat sangat sebab kena hadap muka diorang hari2. Kerja aku tak pernah dihargai malah lagi diberikan bertubi2 dan semuanya berstatuskan segera.

Nak buka whatsapp pun aku malas sebab ada saja komen panjang lebar dari officemate & boss yang membuatkan aku rasa malu & down. Lagi pula aku disuruh untuk buat kerja orang lain oleh kerana orang itu resign.

Allah, aku cuma ada 2 kaki 2 tangan sesungguhnya aku dah tak mampu. Doa aku belum termakbul lagi untuk dapat kerja lain.

– D, Si Gadis Malang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *