Aku Cari Kerja

Assalamualaikum semua. Nama aku wan. Dari timur sabah. Berusia 24 tahun dan sekarang tengah mencari kerja. Sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman aku mencari kerja di negeri sendiri.. selepas berada di semenanjung hampir setahun aku pulang ke sabah dengan harapan aku mendapat pekerjaan.

Mencari pekerjaan bukanlah satu perkara yang senang. Selain terpaksa bersaing dengan PTI, persaingan antara usaha dan org dalam juga menjadi satu fenomena.. aku ada kenal dua orang kawan nie. Tidaklah rapat sangat.. tapi waktu di universiti dulu, kami rapat sebab kami berasal dari daerah yang sama dan girlfriend mereka juga merupakan kawan dari satu sekolahku. Yang hebatnya mereka ini, selepas graduate mereka terus mendapat pekerjaan. Seorang sebagai pegawai bank rakyat dan seorang lain bekerja di ASB. Pada mulanya, aku merasakan kejayaan mereka nie merupakan satu usaha merekalah. Kiranya rezeki mereka awal berbanding aku. Aku cuma mampu bekerja dalam bidang retail sewaktu di selangor dulu.

Namun aku mengetahui kisah sebenar kejayaan mereka. Mereka berjaya mendapatkan pekerjaan sebab ada orang dalam. Ada keluarga mereka yang bekerja di dalam institusi tersebut. Bila aku mendapat tahu hal yang sebenar, aku merasakan perkara ini tidak adil. Yaa, mereka bukanlah dari graduan bisnes dan perbankan. Sekolah dulu pun cuma aliran sains sukan.. namun itu semua tiada masalah bila ada orang dalam. Orang dalam memainkan peranan yang cukup besar. Aku hanya tersenyum bila gf mereka menceritakan hal sebenar kepada aku.

Aku cemburu. Tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku redha. Aku anggap itu rezeki mereka. Walaupun begitu aku tidak berputus asa. Melalui Linkedin., aku ada berhubung dengan seorang HR dari semenanjung yg merupakan dari syarikat retail yang terkenal di malaysia. Aku memberitahu beliau yang aku ingin memohon kerja kosong yang terdapat di kota kinabalu.. beliau menyuruhku untuk menghantar resume melalui e-mail. Namun sampai sekarang, tiada khabar berita. Aku cuba untuk follow up dengan chat beliau. Namun beliau tidak respon. Ya Allah, sungguh hebat dugaanmu ini.

Dalam masa yang sama, aku memohon kerja retail dengan syarikat yang sama yang pernah aku bekerja di selangor dulu. Pada mulanya HR syarikat tersebut menghubungi aku yang menyatakan ada kekosongan di kawasan yang aku kehendaki. Tapi selepas hampir 2 minggu, beliau tidak memberi kata putus. Aku cuba follow up. Tapi respon yang aku dapat cuma dia memberitahu aku untuk tidak terlalu berharap.

Kalau ikutkan sudah banyak company retail yang aku mohon. Aku akan hantar e-mail kepada HR dan hantar hardcopy resume. Namun semuanya tiada respons.

Aku pernah apply kerja pizza hut. Alhamdulilah, aku di terima bekerja. Namun aku terpaksa tolak last minute disebabkan kegagalan aku menyediakan pakaian untuk training. Ya, pada waktu itu duit simpanan aku sudah habis tanpa aku sadari..

Dan kini aku masih jobless. Apa yang aku mampu cuma berharap dapat pekerjaan untuk 4-5 bulan dan aku merancang untuk kembali semula ke selangor.

Doakan aku agar cepat mendapat pekerjaan. Walau kerja kuli, aku terima. Kesian aku tengok dekat orang tua aku. Terpaksa menanggung anaknya yang tiada guna ini. Aku hanya mampu menahan air mata bila aku melihat wajah ibu bapaku. Aku masih belum mampu memberikan kesenangan kepada mereka.

– Wan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *