Salam sejahtera buat semua pembaca IIUM Confession. Seperti tajuk yang diberikan, ya aku cemburu.
Biasa kalau cemburu ni mesti akan cerita pasal kekasih atau suami/ isteri. Tapi aku lain. Aku cemburu pada persahabatan orang lain.
Bila orang post pasal kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai sekarang, terus terdetik rasa cemburu. Aku pun inginkan persahabatan macam orang lain.
Bukannya aku tak ada kawan langsung tapi tak ada buat macam berkumpul sama-sama, lepak, bercerita.
Ada juga yang dari sekolah rendah yang masih contact dengan aku sekarang. Cuma masing-masing dengan komitmen sendiri.
Aku paham semua ada komitmen. Tambah lagi sekarang tak dapat berkumpul sangat disebabkan masing-masing duduk berjauhan dan SOP kalau nak jumpa kat luar.
Tapi setiap kali nampak post pasal kawan atau bff ni, aku mesti sangat sedih.
Kalau dari sekolah menengah, mungkin aku yang bersalah sebab menjauhkan diri daripada mereka.
Dulu dah ada kena invite dalam group whatsapp, tapi aku left sebab setiap kali aku mulakan chat ke, minta tolong ke, post kat group, mesti kena seen je.
Tapi kalau ada seorang dua makhluk tu yang post, mesti riuh group tu. Sebab tu aku left, rasa macam takda makna pula kalau aku dalam group tu. Kat fb pun aku dah unfriend mereka ni.
Mungkin sebab ni kalau ada yang makan-makan, keluar outing, mereka tak ada tanya pun pasal aku walaupun satu batch keluar sama (ni zaman sebelum covid dulu la dalam tahun 2017).
Aku ingat satu persatu muka yang selalu kenakan aku sejak form 1 lagi
(sekolah rendah tak kira sebab memang dah lost contact sejak pindah sekolah menengah). Yang selalu kata dari belakang. Yang selalu burukkan aku dari belakang dan depan aku.
Aku berterima kasih jugalah pada yang kekal contact aku sampai sekarang. Walaupun masa degree tak sama course, lagi lah tak dapat jumpa. Tapi aku tahu kau tak mudah nak berpaling dari aku.
Baru-baru ni pun aku ada cemburu. Tapi bukan pasal kawan. Yang ini aku cemburu sebab majlis konvo.
Aku cemburu sebab UNI lain dapat je buat konvo berseMuka dan jaga SOP tapi uni Aku ni langsung tak dapat sebab SOP katanya.
Nak jadi PPV mega nombor Satu. Ranking uni tertinggi tu cepat. Nak minta duit pelajar, haa.. tu paling cepat.
Bila dengar rayuan pelajar untuk buat bersemuka biar ada SOP sekalipun, sangat lah susah untuk uni satu ni.
Aku pun pikir, biarlah (tapi dalam hati masih juga tak puas hati). Lepas tu ada juga nampak batch mates yang sewa jubah untuk photoshoot bagai.
Ya. Kalau nak merasa konvo tu kena la sewa jubah dari uni tergemilang ni (kan dah kata minta duit pelajar tu cepat). Lagi la timbul rasa cemburu aku. Part ni aku cemburu sebab
1) Aku nak sewa jubah tapi tak dapat nak photoshoot (kalau di kawasan aku tinggal la. takda cameraman yang trusted)
2) Impian aku semasa awal degree hancur sebab tiadanya konvo. Ingat nak bagi parents pakai untuk photoshoot tapi kalau kat rumah je apa guna?
Sekarang aku memang sedih dan cemburu la kalau tengok kawan yang sama graduate tu pakai jubah untuk photoshoot.
Aku tersenyum juga dan ada ucap tahniah (dalam hati) setiap kali tengok gambar mereka.
Aku sedih dengan diri sendiri sebab rasa gagal sangat bila benda tu dah plan dari beberapa tahun lepas tapi punah macam tu saja.
Terima kasih korang yang ada baca confession aku ni sampai habis. Kalau macam melalut tu maaf sebab aku tengah dalam dilema dan kesedihan masa ni.
– Mus Takim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit