Assalamualaikum wbt. Aku Sofea (bukan nama sebenar). Berumur awal 30 an. Aku berkerja sebagai seorang guru di sebuah negeri di pantai timur. Aku dah berkahwin 6 tahun dan dikurniakan 2 orang anak.
Sebelum ni aku bertugas di negeri Sabah bersama suami. Awal tahun 2022 baru lah perpindahan kami ke semenanjung diluluskan.
Ok yang menjadi masalah aku ialah, sejak suami bertugas di sekolah baru ni aku jadi tersangat cemburu dengan dia.
Ok cerita dia macam ni, satu hari tu aku tergerak hati nak check phone suami. Ni aku rasa mostly isteri-isteri akan buat kan hehe. Aku ni kalau sekali check memang sampai ke lubang cacing aku tengok haha.
Semua contact no, whatsapp, history search dekat facebook, google semua la yang seangkatan dengannya aku akan check.
Tiba tiba, masa aku check search history dekat facebook, ada 1 nama perempuan suami aku cari. Nama dia Hana (bukan nama sebenar).
Aku pun tengok FB perempuan tu. Comel. Muda. Aku teringat suami aku pernah cerita ada sorang cikgu dekat sekolah dia.
Dia pernah cakap cikgu Hana tu comel & pandai bergurau. Tapi masa tu dia ada cakap nak recommend kan kawan dia yang single dengan cikgu tu.
Actually masa tu aku dah mula jelous. Ye la weh, isteri mana tak jelous suami puji perempuan lain. Tapi aku buat bodoh je la.
Ok, sebenarnya bukan sekali tau dia search FB cikgu Hana tu. Aku rasa dalam 3 4 kali jugak kot. Aku tau la sebab aku selalu check phone suami lepas dari kali pertama dia kantoi. Tapi aku masih diam buat bodoh tak tanya apa-apa pun dekat suami.
Tiba la satu hari tu, suami aku kena pergi kursus dekat daerah sebelah. Ok, nak jadikan cerita, lepas dia balik kursus tu, aku pun apa lagi jalankan kegiatan check phone suami. Dann seperti yang aku jangka, memang dia ada stalk lagi FB cikgu Hana tu masa dia pergi kursus.
Ok time ni memang aku dah sedih gila-gila. Down sangat. Macam-macam bermain kat fikiran aku. Sampai tahap aku tak boleh tidur malam sebab terfikir-fikir. Suami aku ni ada hati ke dengan cikgu Hana, gheetu?
Memang aku makan tak lalu, tidur tak lena, pergi kerja mengajar pun tak boleh fokus. Serius weh aku down gila masa tu. Nangis sorang-sorang. Suami aku pelik dengan aku sebab aku diam tak bercakap dengan dia pun. Aku banyak termenung.
Banyak kali dia pujuk aku dan tanya kenapa aku diam je tak nak bercakap dengan dia. Aku ni kalau merajuk memang diam seribu bahasa.
Tapi akhirnya aku dah tak tahan pendam sendiri, aku meletup jugak. Aku soal siasat suami aku.
Aku minta dia jujur dengan aku. Mulanya dia tak mengaku. Aku paksa dia terus terang. Akhirnya dia mengaku yang memang dia pernah ada perasaan dengan cikgu Hana tu. Tapi dia cakap tu masa aku tengah berpantang dekat kampung.
Katanya masa tu dia rasa sunyi sebab tinggal sorang. Oo ya, dalam awal bulan 3 aku bersalin anak kedua & berpantang dekat kampung aku.
Jadi suami aku stay sorang dekat rumah kami sebab kerja. Hujung minggu je dia akan balik jenguk aku dekat kampung.
Ya Allah.. Masa aku dengar pengakuan suami aku tu hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu. Bayangkan, masa kita sakit berpantang suami boleh ada perasaan dekat orang lain. Sakitnya tak terkata. Luluh hati seorang isteri. Sampainya hati suami..
Dia banyak kali explain yang dia sendiri pun masa tu berperang untuk lawan perasaan dia. Yela.. Lelaki. Hati lelaki mana tak terusik kalau ada perempuan cantik, muda.
Suami aku cakap cikgu Hana tu pandai bergurau. And ada 1 hari tu cikgu Hana tu ada bergurau dengan suami aku. Jadi dari situ la kisahnya bermula. Dari situ la terbit perasaan suka suami aku pada cikgu Hana.
Pendekkan cerita, suami aku minta maaf dengan aku, dia cakap dia berperang dengan perasaan. Dia cuba lawan. And dalam bulan 6 aku balik rumah kami, suami aku cakap dia dah boleh lawan perasaan dia.
Mungkin sebab dia dah tak sunyi duduk sorang-sorang. Aku maafkan dia. Tapi parut dekat hati aku ni sampai bila-bila tak kan hilang.
Cerita tak habis takat tu je. Ok, lepas dari insiden tu, kami hidup macam biasa je macam sebelum2 ni. Yang jadi masalah, suami aku tu selalu kena ikut macam2 program sekolah.
Tapiii.. Hasil dari siasatan stalk phone suami aku, kebanyakan program yang dia join mesti bersama dengan cikgu Hana tu. Korang boleh bayang tak perasaan aku?
And ada 1 video suami aku dia rekod masa tu dia join 1 program ni. Memang dia dengan cikgu Hana ni yang kena handle. Dalam video tu masa diorang tengah buat aktiviti, tiba-tiba ada suara suami aku bergurau dengan cikgu Hana tu.
Entah lah aku tak tau nak describe macam mana video tu tapi aku yang dengar ni memang sakitnya hatii. Lepas tengok video tu aku merajuk dengan suami aku. Dia pelik la kenapa pulak dengan isteri dia ni.
So berlaku la lagi sesi pujuk memujuk isteri yang merajuk. Aku jujur je dengan suami. Aku cakap aku tak suka abang bergurau dengan cikgu Hana tu. Aku cemburu.
And setiap kali suami aku join apa-apa program dengan cikgu Hana tu mesti aku merajuk. Aku pun tak tau la kenapa aku ni sensitif sangat.
Tu cemburu buta ke? Padahal suami aku dah banyak kali explain yang dia takde perasaan dah dengan cikgu Hana tu. Dia sayangkan aku dengan anak-anak je.
Tapi aku tetap cemburu dengan suami aku tiap kali dia ada program dengan cikgu Hana. Normal ke sikap aku tu? Atau aku ni terlampau insecure?
Aku ni bukan la tak cantik. Rupa tu ada tapi nak banding dengan cikgu Hana tu aku kalah la. Aku risau suami aku rimas dengan sikap cemburu aku. Tapi aku tak boleh halang. Macam mana aku nak buat..
– Sofea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit