Aku Cik Bawang

Aku tau dan aku sedar, aku adalah salah seorang makcik bawang kat malaysia ni. (Ni bukan kisah aku berbangga menjadi ahli makcik bawang).

Aku seorang gadis 20 an. Aku sedar sejak dari kecil (sebelum famous gelaran ‘makcik bawang’) mulutku ini sentiasa aktif bercakap atau bergosip. Apabila mempunyai teman yang mendengar dan mengiakan omonganku, makin galak aku bercerita dan ‘membawang’.

Aku cuba untuk berubah. Aku cuba untuk tidak menggunakan mulutku ini dengan sewenang wenangnya. Disini aku kongsikan serba sedikit yang aku tahu dan ada juga sumber daripada internet.

Kita tidak sepatutnya mengambil ringan isu mengumpat ini. Apabila guna perkataan membawang @ bergosip, kita tak terasa sangat kan. Sebab kita takut nak guna perkataan yang sebenarnya iaitu mengumpat. Sebab apa? Sebab kita dah tahu, mengumpat itu berdosa besar. Kita nak ‘tutup’ dosa besar yang memang kita tahu dan dah belajar mengenainya dalam subjek Pendidikan Agama Islam dengan mengantikan perkataan mengumpat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. , “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Pernah dengar mengenai makan darah daging sendiri? Kalian boleh search mengenai dosa mengumpat ini dengan lebih mendalam lagi. Ya Allah sesungguhnya dosa mengumpat ini sangat menakutkan.

Kita juga harus berfikir panjang mengenai kesan mengumpat kita itu. Kadang kadang kita hanya pandai menilai dan mengata. Bagaimana perasaan orang yang dikata? Kita tidak tahu orang itu mungkin mengalami depression sebab kita. Mungkin kah sampai tahap ingin membunuh diri gara gara mulut kita? Nauzubillah.

Kita pula bagaimana? Puaskah hati kita dapat membuka aib orang? Lega? Sebenarnya kita makin tidak tenang,bukan? Pasti bermain main difikiran, “Dia tahu ke aku yang cerita pasal dia?” Kita juga takut jika sesuatu yang kita tulis di media sosial akan dilaporkan kepada pihak berkuasa dan mendapat saman. Kita takkan tenang dengan membawang. Percayalah.

Sebenarnya, masalah berfikiran negatif, mulut tak bertapis dan tangan laju menaip komen adalah berpunca daripada diri kita sendiri. Tanya diri dan muhasabah diri kita. Adalah kita cemburu dengan nikmat yang orang lain dapat? Adakah kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada? Janganlah kita terlalu asyik memandang buruknya orang. Marilah kita fokus di mana buruknya kita dan mencari mana baiknya orang lain. Mari kita bersihkan hati Dan fikiran. Juga perelokan dan menamnah ibadah. InsyaaAllah.

Jadi, bagi aku untuk hentikan tabiat suka mengumpat ini bukan mudah. Tapi tak mustahil. Antara pekara yang dapat mengelakkan kita daripada mengumpat lagi adalah menjauhi kelompok bergosip, istighfar, berdoa. Mintak kat Allah sungguh sungguh, kita tak nak dah mengumpat kat orang. Kita juga boleh mendoakan orang yang kita jealous dengannya (tips hilangkan perasaan dengki).

Aku juga sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Aku doakan kalian juga berusaha.

– Cik Bawang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *