Nama aku Nur. Aku berumur pertengahan 30-an dan masih belum berkahwin.
Sebelum ni aku tinggal di KL. Tapi sejak ayah aku meninggal, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman untuk temankan mak aku yang keseorangan.
Semasa aku di KL, aku mempunyai teman lelaki yang besifat narsistik yang aku kenal melalui satu dating app. Disebabkan perangai dia yang gila aku buat keputusan untuk putus dengan dia.
Di awal perpisahan kami dia tak boleh terima dan asyik cari aku. Pernah aku bagitau dia, kalau dia masih kacau aku lagi, aku akan pergi jauh dari tempat tinggal aku di KL supaya dia tak kacau aku lagi.
Tak sangka, Allah makbulkan doa aku dengan pemergian ayah aku dan ini menjadi reason yang kuat untuk aku pulang ke kampung untuk temankan mak yang keseorangan.
Sejak aku trauma dengan ex aku, aku senyap dari dating app tu untuk beberapa bulan. Tapi semasa di kampung, aku kembali melayari dating app tersebut.
Ya la, tempat berbeza mungkin sikap orangnya berbeza. Kalau dulu aku kenal dengan yang haprak mana tau nasib aku baik kali ni. Tak salah mencuba, aku postif.
Aku berkenalan dengan seorang lelaki di dating tersebut. Aku namakan dia A. Pada pandangan aku A ni baik orangnya. A ni lagi muda dari aku.
Di awal perkenalan kami, dia ceritakan semua latar belakang diri dia. Dia pernah berkahwin dan kini telah bercerai.
Banyak cerita yang dia kongsikan dengan aku. Aku begitu selesa dengan A, sampaikan aku sendiri yang mintak no telefon dia, nak tunggu dia mintak nombor aku lembap sangat.
Padahal sebelum ni tak pernah aku mintak no telefon mana2 lelaki yang aku kenal. Mereka yang akan mintak no telefon aku dulu.
Satu hari A cakap family dia nak buat BBQ di pantai berhampiran rumah aku. Dia cakap mak dia ajak aku join sekali. Mak A seorang perunding haratanah.
Aku pernah cakap aku nak belajar pasal hartanah dengan mak dia. Jadi A cakap inilah peluang untuk aku jumpa mak dia dan belajar pasal hartanah.
Aku bagitau mak, mak serba salah nak izinkan aku join BBQ dorang. Ya lah, aku ni perempuan tiba2 nak jumpa family lelaki, kan terbalik tu.
Tak dibuat orang mak aku kata. Aku bagitau A tentang apa yang mak cakap.
Tapi dia cakap, kan nak jumpa mak dia untuk belajar, bukan saja2 jumpa.
Aku fikir betul jugak tu.
Masa aku jumpa face to face dengan dia, dia langsung tak tegur aku. Sepatah pun tak. Dia hanya dengar aku dan mak dia bersembang sambil hulurkan ayam bakar dan sos kat aku..
Mak dia banyak terangkan aku selok belok kerjaya kerjaya perunding hartanah dan tanya background aku macam2. Dah macam sesi interview dah aku rasa.
Aku rasa A tak suka aku sebab tu dia tak tegur aku. Dalam hati aku lantaklah kalau dia tak nak kawan aku dan tak nak mesej aku lagi. Aku tak kisah pun.
Sangkaan aku meleset, balik rumah dia mesej aku dan kami borak macam biasa. Aku bagitau dia ingatkan dah tak nak kawan aku sebab dia langsung tak tegur aku, dia cakap.. kan aku tengah borak dengan mak dia, takkan dia nak menyampuk. Hmmm logik jugak.
Seminggu selepas BBQ, A ajak aku keluar makan. Mak aku yang excited, mengharapkan kalau A ni berterus terang samada dia suka atau tak.
Masa makan kami borak pasal benda2 biasa je. Takde pun bercakap soal hati dan perasaan. Selesai makan kami terus pulang berasingan.
Dia dengan kereta dia, aku dengan kereta aku. Kami berlainan tempat, jadi kami tak sehala. Tapi A cakap dia nak lalu jalan yang sama aku balik ke rumah aku. Nanti kami akan berpisah di pertengahan jalan. Aku okay je.
Dalam perjalanan aku terlepas traffic light hijau. Dah la lama giler traffic light tu. Aku ingatkan A terus balik, ya la kami bukan sehala pun.
Kalau jadi A, aku mungkin aku terus jalan je. Tapi A tunggu aku sampai, baru dia gerak. Alaaaa sweetnya dia. Hihi.
Seminggu selepas tu peti sejuk rumah aku rosak. A ni pulak memang tahu betulkan peti sejuk. Aduuh kebetulan sungguh. Jadi terpaksa aku panggil A datang ke rumah untuk baiki peti sejuk.
Akhirnya dapat la mak aku jumpa A depan2. Haha. A tak ambil bayaran pun, padahal ada alat ganti yang dia beli. Baiknya dia.
Tapi dia masih tak terus terang samada dia suka aku atau pun tak. Ishhh penat aku nak berteka teki. Takkan dia tak faham.
Disebabkan dia terlalu slow, so aku amik first move dan cakap aku suka dia. Rupanya dia pun suka aku dari mula lagi. Dia ada bagi hint, tapi aku yang buat2 tak faham..
Laaaaa kenapa tak terus terang dari awal. Penat je berteka teki.
Masa kami official suka sama suka, dia cakap yang dia tak nak janji bulan bintang kat aku. Tapi dia janji akan buat yang terbaik. Apa yang terbaik aku pun tak tau apa. Dia ada cakap tak nak bercinta macam budak sekolah. Aku iyakan je.
3 bulan berlalu. Aku pun tak tau apa status hubungan aku. Kami tak lovey dovey macam couple lain, tak pernah cakap soal hati dan perasaan, tak de keluar dating, bergaduh apatah lagi. Sebab memang takde apa nak digaduhkan.
Kami selalu borak kat wasap tapi perbualan kami berkisar hal repair peti sejuk, aircond, kereta, mesin basuh, component elektrik tu je. Berbeza betul dengan ex aku yang narsistik.
Kadang2 aku rasa baik aku tak confess dulu, sekurang2nya adalah ayat2 sweet hint dia cakap kat aku. Berbanding sekarang langsung tak cakap apa2.
Pernah la aku merajuk, sebab dia reply chat aku lambat. So aku balas la chat dia lambat jugak. Dia tak faham pun, dia ingat aku busy.
Adoii penat je merajuk tapi dia tak faham. Bila aku bagitau dia aku buat macam tu sebab nak balas perbuatan dia, dia cakap.. haa baguslah amalkan macam tu kalau nak huru hara masa depan. Aku terdiam dan hanya mampu mintak maaf.
Sebenarnya pasal balas lambat ni, awal2 dulu dia dah terangkan kat aku yang dia memang takkan reply mesej kalau tengah buat kerja. So dia akan biar dulu dan balas kemudian. Entah la, kadang2 aku overthinking dia sengaja nak abaikan aku.
Yang menjadi masalah aku sekarang, mak aku suka tanya progress hubungan kami. Aku pun tak tahu nak jawab apa kat mak sebab aku sendiri tak faham dengan si A ni.
Mak aku mengharapkan aku kahwin cepat2 tapi nak kahwin apanya kalau aku sendiri pun tak tau apa plan si A ni.
Hmmm entahlah labu. Kalau la si A ni tau yang aku korbankan perasaan beberapa orang sebab aku pilih dia. Tapi kalau dia tau pun bukan dia tunjuk dan cakap pun perasaan dia sebab dia memang jenis takkan tunjuk.
So aku nak mintak pendapat korang tenntang A dan tolong la bagi aku nasihat. Kalau betul dia tak bersungguh2, aku boleh je move on dan cari lain.
Thank you…
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit