Assalamualaikum sebenarnya dah lama aku pendam. Aku simpan demi jaga hati aku juga. Aku kahwin dengan suami aku ketika umur 23 tahun dimana kami masih lagi belajar. Bagi aku umur tu okay la untuk kahwin sebab kami yakin boleh tempuhi.
Okay bukan nak cerita tu tapi aku nak luah yang lama terpendam. Jujur cakap seronok tengok orang dapat mertua yang baik dan tidak masuk campur hal rumahtangga anak-anak.
Bersyukur la bila rezeki kalian dapat mertua yang baik. Aku bersyukur juga walaupun Kadang-kadang mungkin aku yang bersangka buruk kot. Aku tahu setiap manusia ada buat salah, ada kekurangan dan kita bukan sempurna.
Jujur cakap aku sayang mertua aku cuma aku tertanya tanya aku ni menantu tak guna ke? Mungkin perasaan aku saja..
Usia perkahwinan aku dan suami dah 3 tahun dan masih belum direzekikan anak (doakan kami ye dapat zuriat tahun 2022 ni). Ala maaf la sebelum tu kalau cerita agak berterabur sebab aku sebak masa menulis ni.
Cerita dia bermula macam ni, suami aku ni anak sulung ada 5 adik beradik. Bila kata anak sulung lelaki ni memang besar tanggungjawab dia pada ibubapa dia. Aku juga anak sulung perempuan dari 5 adik beradik..
Selepas berkahwin, kami duduk rumah keluarga aku (belum ada rumah sendiri sebab kami masih belajar) kiranya kami balik berkahwin semasa cuti sem dan akan pulang semula ke luar negara untuk habiskan berbaki. Jadinya kami bergilir gilir dengan keluarga aku dan suami.
Masa mula-mula duduk rumah mertua aku (belum biasa lagi dan usaha untuk biasakan diri supaya tak kekok) aku memang segan juga nak ke dapur kadang-kadang nak tolong masak sebab adik lelaki suami selalu dapur borak dengan mak dia.
Nak jadikan cerita bila aku tak tolong mertua nanti mesti mertua akan tarik muka dengan suami aku.(Kalau tarik muka selalunya takkan bercakap dan memang tak layan la ceritanya). Suami aku jenis tegur dan bercakap saja dengan mak dia bila mak dia tengah tarik muka.
Dan lepas 3 hari baru mertua aku akan cakap apa yang salah tapi banyaknya pasal diriku. Cakap aku ni duduk bilik saja bukan nak berborak ke bergaul ke tolong masak ke. Okay aku pun ubah jadi lebih baik dan belajar untuk biasakan diri.
Lepas tu nampak mertua dah okay kita buat macam biasa dan minta maaf. Biasalah kadang-kadang duduk rumah mertua ni ada saja benda tak kena. Mula mula tu aku tak ambil hati tapi lama lama jadi terasa hati.
Family mertua aku ni orang surau selalu pergi surau dan jenis tak suka orang mengata anak dia (part ni aku faham saja sebab mak ayah ni mesti nak terbaik untuk anak2 dia). Awal kahwin memang banyak juga menangis sebab mertua aku ni asyik itu tak kena ini tak kena.
Mertua rasa macam aku ni punca anak dia berubah. Anak lelaki dia ikut cakap aku saja padahal aku tak cakap apa-apa pun kat anak dia.
Malahan aku selalu ikut cakap suami. Sampaikan suami perasan perubahan diri aku kerap tertekan dan bukan jadi diri sendiri. Aku jadi pendiam dan suami perasan aku tahan menangis ssbab keluarga dia.
Aku seorang yang boleh dikatakan gila-gila juga dan suka berborak tapi bila dengan keluarga mertua aku tak jadi diri sendiri.
Sebab banyak kata kata mertua aku menusuk hati walaupun mertua tak direct dengan aku ( biasanya suami yang cakap lepas aku minta bagitau apa salah aku) Suami aku taknak aku tertekan dengan apa yang mak dia cakap.
Suami aku sangat memahami diri aku. Yes, boleh katakan emosi aku kerap tak stable bila di rumah mertua (tak pernah tunjuk depan keluarga mertua).
Suami aku perasan mungkin riak wajah aku ataupun perubahan emosi aku. Tapi aku belajar untuk memaafkan supaya hati tak sakit. Mertua aku dia baik saja cuma bila kita ikut cakap dia memang dia akan tarik muka.
Kadang-kadang aku pelik la setiap kali giliran rumah aku saja mesti mertua aku tarik muka. Sampailah satu hari mertua aku cakap yang suami aku lebihkan keluarga aku. Dia nak kami duduk rumah dia saja tolong dia masak semua tu.
Bukan aku tak nak tapi suami aku nak berlaku adil pada kedua keluarga walaupun family aku jenis tak kisah. Nak katakan kemana kami pergi mesti mertua aku persoalkan dan bila kami tak ikut cakap dia mulalah tarik muka.
Bila masak pun kena ikut cara mertua. Bangun memang macam biasalah kena awal..
Kami dapat luangkan masa dengan kedua keluarga sekejap saja sebab kami akan balik ke luar negara untuk sambung belajar. Kami pergi honeymoon pun mertua tak suka sebab dia nak kami duduk rumah saja.
Nak katakan apa yang kami buat semua tak kena. Dan semua salah di mata mertua aku. Family aku layan suami aku baik saja macam anak sendiri tapi mertua asyik cari salah aku. Aku cemburu juga tapi tak pelah it normal kan.
Ada sekali tu yang buat aku menangis memang tak mampu kawal sebab mak mertua aku bandingkan dengan sorang ni (anak imam surau tak silap aku dan dia juga merupakan kawan aku) sebab aku tak ikut mereka ke surau solat jemaah kata sana.
Aku bukan taknak tapi suami aku nak aku solat dengan dia kat rumah kebetulan waktu itu kami baru balik dari luar . Sebenarnya mak mertua aku berkenan dengan dia nak jodohkan dengan suami aku asalnya.
Ikutkan suami aku cerita mak mertua aku dan mak kawan aku tu mungkin dah bercerita kot nak kenenkan gitu. Sebab itu ke eh mak mertua asyik cari salah aku?
Suami aku pernah cakap yang mak dia kata kami tak setaraf sebab dia family biasa biasa saja aku pulak family yang boleh katakan have have juga.
Tapi family aku terima seadanya pilihan anak-anaknya. Luluh hati aku dengan kata-kata mertua aku. Suami ingat aku tak dengar sebab dia dah tutup pintu bilik kami.
Aku jelas dengar kata-kata mak mertua aku. Aku tidur menangis juga la malam tu supaya suami aku tak nampak aku sedih sebab aku taknak dia susah hati.
Ada suatu perkara buatkan kami rasa kami buat keputusan yang salah tapi kami ambil sebagai pengajaran dan, menjadi orang yang lebih baik. Masa musim awal kemuncak covid di seluruh negara, kami pun turut serta pulang ke Malaysia.
Kali ni suami ajak duduk rumah maknya untuk lebih ambil hati dan kita bina hubungan lagi dekat. Masa baru kahwin kan gilir-gilir tapi banyak juga duduk rumah family aku sebab tempat suami kerja sementara dekat dengan rumah aku.
Kali ini balik kami decide juga bekerja sementara. Aku kerja sebagai guru di sekolah swasta dan suami kerja sebagai rider. Bila decide duduk rumah mertua kami ingatkan boleh bina hubungan lebih baik tapi kami silap.
Banyak berlaku salah faham lagi teruk dari sebelum ni. Mertua banyak tarik muka sebab kami nak duduk rumah dia tak bincang (padahal mertua nak kami duduk rumah dia dari awal kahwin dan setiap kali balik rumah keluarga aku saja mesti akan ada saja tarik muka).
Suami pun minta maaf dengan mak dia. Sebenarnya suami aku nak suprisekan mak dia tapi lain pula jadinya.
Aku positif kan diri dan lupakan kisah sebelum-sebelum ni. Awal2 everything okay lama-lama mertua makin cari salah aku.
Pertikaikan gaji aku padahal boleh katakan setiap bulan aku belikan barang dapur. Aku buatkan sarapan sebelum aku pergi kerja supaya suami aku ada bekal untuk makan.
Sebab suami aku berjimat dia hanya akan makan roti ataupun makanan ringan untuk isi perut dia. Balik kerja barulah makan kat rumah sama-sama.
Setiap kali gaji suami aku bagi saja mak dia duit tapi ikut kemampuan dia lah. Aku lebih suka beli makanan dan topap2 barang dapur yang kurang.
Tapi mertua aku tetap pertikaikan gaji kami dan kata tak berkat kalau tak belanja keluarga sebab mertua aku bandingkan kami dengan adik kedua suami aku beli mewah mewah la makanan.
Adik ipar tu belum ada komitmen jadi boleh la belanja macam-macam. Aku bukan taknak weh tapi aku dan suami dan bayar rumah sewa kat luar negara tu lagi dan simpan sikit untuk pengajian kami yang berbaki.
Setiap bulan aku topapkan sikit-sikit barang dapur dan barang untuk aku masak sarapan pagi. Kalau aku masak sikit kata suruh masak banyak. Bukan berkira tapi setiap kali masak mesti kena buat banyak.
Kadang aku letih sebab aku kerja dari pagi sampai petang dengan buat side income lagi. Tapi tetap ada salah aku di mata mertuaku. Masa pkp lagilah kerja aku banyak kat rumah saja, suami aku rider dia memang kerja macam biasa.
Masa kerja dirumah banyak mertua salah faham kata aku duduk bilik saja. Aku bukan taknak duduk ruang tamu tapi kadang ada meeting dan ada kelas online dan memang banyaklah kerja. Swasta kan guru 3 orang saja kena handle ramai pelajar.
Kalau duduk rumah mertua memang sentiasa kena tutup aurat sebab ada adik ipar lelaki. Kadang-kadang tak selesa 24 jam nak pakai tudung saja. Keluarga suami aku memang jenis tidur kat ruang tamu ramai-ramai dan kurang privacy macam suami aku memang jaga privacy.
Tapi yela bukan rumah sendiri kan jadi kita hormat. Banyak benda tak kena kalau aku cerita memang akan panjang. Hingga kini mertua aku tak bercakap dengan kami sampai Block kami di WhatsApp tanpa tahu sebab.
Bila tanya, memang kami dipinggirkan tapi dekat media sosial share macam-macam seperti nak tuju pada kami. Kami pun tak tahu punca. Aku serba salah sangat sebab aku hubungan suami aku dan mak dia jadi renggang.
Jujur cakap kami tak tahu punca. Bila ditanya suruh kami fikirkan. Bila minta maaf memang tak dilayan rasa macam orang asing dalam rumah tu. Pernah mertua aku share pasal menantu di media sosia mengenai sikap menantu yang teruk.
Teruk ke aku sebagai menantu dia? Aku pun tatau apa salah aku kalini. Aku tak pernah melawan, berontak dan sebagainya. Aku cuba ikut apa yang mertua nak tapi tetap aku macam orang asing.
Disebabkan masalah ni aku tertekan sampai emosi tak stable, hormon tak stable dan aku jadi semua aku buat salah. Terima kasih suami aku tetap kuat dan support aku untuk aku kuat. Dia bantu aku handle emosi aku dan buat aku kembali yakin diri.
Aku sayang mertua aku cuma aku pun ada kekurangan dan kelemahan diri. Banyak aku perlu belajar. Nak kata dia tak restu, mertua aku yang merisik dan melamar aku dulu. Aku minta kalian doakan mertua aku lembut hatinya pada kami. Kami buat macam-macam untuk dia.
Tapi tetap macam tu. ADAKAH AKU MENANTU TAK GUNA? Doakan permohonan rumah kami diluluskan ye.. Sebaiknya duduk rumah sendiri dari duduk rumah keluarga sekurang-kurangnya ada privacy.
Maaf jika cerita aku tunggang langgang. Aku bukan nak aibkan keluarga mertuaku. Doakan aku kuat okay dan direzekikan zuriat. AAMIIN..
– Lala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit