Aku Cuba Positif Dengan Mentua

Assalamualaikum, terima kasih admin jika luahan hati aku ini diterima untuk disiarkan di page IIUM Confession. Pertama sekali, nama aku Min, berusia 27 tahun, seorang yang bekerjaya dan sudah mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun.

Sejak aku berkahwin dengan suami aku, walaupun sudah hampir 2 tahun perkahwinan tetapi hubungan aku dengan orang tua suami aku, masih aku rasakan kehadiran aku sebagai tetamu dirumah mereka, bukan rasa seperti sebuah keluarga.

Aku cuba positive kan akal dan fikiran aku, supaya anggap ini semua hanya pikiran kosong aku sahaja. Tetapi, layanan daripada mertua aku, terhadap aku tetap aku rasa aku orang asing, bukan sebahagian dari keluarga mereka.

Pertamanya, aku rasa sebegitu kerana mertua tidak pernah rasa ingin ada waktu bonding dengan aku. Beliau tidak pernah ingin tahu soal kegemaran aku. Apa yang aku suka, contoh simple aku suka makan apa? Aku suka warna apa? Aku suka buat apa waktu lapang?

Aku bukan nak bandingkan mertua dan orang tua aku, tetapi layanan orang tua aku terhadap adik ipar aku, jelas buatkan adik ipar aku menjadi selesa dengan keluarga kami kerana mak aku, suka ambil tahu kegemaran adik ipar.

Jika adik ipar pulang, mak aku akan masak masakan kegemaran adik ipar. Adik ipar jadi lebih selesa ingin bergurau dan bonding bersama keluarga kami.

Tetapi, perihal mak mertua aku, setiap kali berborak pun, topik yang diutarakan hanya ceritakan perihal diri dia, diri dia, diri dia dan suami dia atau anak-anak dia.

Aku pun, bukanlah seorang yang tidak peramah, aku peramah tetapi jika kena dengan gaya dan perbualan seseorang itu.

Tetapi, apabila berborak dengan mertua, dia asyik cerita tentang suami dia lah, dapat projek besar, anak dialah.. dapat kerja hebat atau dapat kejayaan itu ini.

Aku yang mendengar pun cuma mengiyakan sahaja lah. Kemudian, buka cerita tentang diri dia beli barang mahal, branded.

Pernah sekali, aku cuba mulakan cerita untuk buka perbualan, tetapi dia asyik cerita tentang diri dia, diri dia dan diri dia buat aku mati kutu tak tahu nak mencelah bagaimana tentang perbualan kami itu. Akhir sekali, aku jadi malas nak berbual dengan mertua aku.

Keduanya, apabila hadir di majlis-majlis kenduri belah suami aku, mertua aku selalu palau aku macam aku ini orang luar. Dia biar saja aku berdikari sendiri di majlis belah suami sedangkan, dia berborak dengan mak cik mak cik suami.

Bukan aku tidak mahu mencelah tetapi, mak mertua aku selalu tinggalkan aku dibelakang dan terus buat tak tahu tentang aku. Padahal, dia tumpang kereta aku untuk ke sana. Mujurlah, aku jadi serik dan akan sering datang dengan suami.

Aku pernah terkena dua kali dan aku jadi serik. Kali pertama, aku masih positive, kali kedua jadi perkara yang sama, aku jadi serik kalau dia ajak aku pergi mana-mana tanpa suami.

Kadangtu, malu rasa bila ada orang tegur, kamu ni anak siapa? Mertua pula sudah dalam dunia lain. Jadi aku susah mahu positive dengan perangai mertua sejak dari itu.

Ketiganya, ketika suami aku tidak ada disisi aku berminggu-minggu, walaupun rumah aku dan mertua sangatlah dekat,

Tetapi sepanjang aku seorang dirumah dan walaupun suami mengharapkan mertua untuk melihat aku sepanjang ketiadaan suami, tetapi mertua hanya mengiyakan dihadapan suami sahaja.

Apabila suami di perantauan, aku rasa aku seperti hidup seorang diri di kota raya ini. Bukannya aku tidak mahu pergi ke rumah mertua, tetapi atas layanan yang beliau berikan aku jadi segan.

Aku rasa sebagai orang luar. Kalau aku datang pun, macam tunggul kayu sahaja nanti, lebih selesa lah aku dirumah sendiri.

Sepanjang suami aku tiada, memang turut tiada khabar berita daripada mertua , aku bukanlah harapkan sangat beliau telefon aku tanya khabar tetapi, 2 minggu suami tiada, 2 minggu mertua senyap sunyi macam aku tidak wujud walaupun rumah kami dekat.

Berbanding pula, ketika mak dan pak mertua tiada 3 hari di kota raya dan memohon kepada suami untuk melihatkan adik ipar perempuan aku yang duduk sendiri di rumah. Setiap waktu, telefon suami bertanya sudah melawat adikkah?

Amboi, kalau anak sendiri kemain risau. Tapi, anak orang lain buat tak endah sahaja ya.

Keempatnya, aku masih ingat hari dimana aku keguguran anak pertama ketika itu, ya orang yang aku harapkan untuk menjaga aku ketika aku berpantang adalah mak mertua aku kerana beliau yang terpaling dekat dengan rumah aku. Tambah pula, beliau seorang suri rumah.

Tetapi, tidak. Aku gugur, aku sakit, aku jaga diri aku seorang diri. Mak aku jauh, memang aku harapkan mak mertua yang paling dekat.

Tetapi, apa tindakan mak mertua iyalah, pergi ke tempat lain dahulu kerana ada janji kenduri dengan keluarga sepupu mertua.

Aku sangat terasa, waktu ini kerana bagi aku hadir kenduri sepupu dengan aku yang baru sahaja keguguran, ternyata hadir kenduri sepupu lebih penting bagi mereka sedangkan sepupu itu bagai keluarga jauh bagi aku walhal aku ini bukankah keluarga terdekat mereka?

Aku terfikir, mungkin sebab aku yang gugur. Kalau anak dia sendiri yang gugur pastinya terus berkejar ke hospital kerana anak sendiri kan?

Tetapi, malam itu mereka datang melawat. Datang gelak-gelak sambil buat lawak bodoh, “mana mana isi jatuh?”.

Mak mertua kata kepada aku, sabarlah dia dulu lagi teruk, gugur dua kali, aku sekali saja kira okay lah tu. Kemudian, gelak kata hentah badan sendiri tu yang tak ready nak ada anak .

Aku tak tahu kenapa aku susah rasa nak marah pada diaorang walaupun aku rasa diaorang macam perkecilkan aku. Aku macam rasa buang masa nak layan orang macam ini. Tapi, tahukan, lama-lama dia jadi toksik dalam diri aku.

Kemudian, sibuklah cerita tentang diri dia yang gugur 20 tahun yang lalu. Kemudian, aku fikir mak mertua akan menjaga aku selama 7 hari aku gugur ini kerana beliau pun tidak bekerja .

Tetapi, dia kata pada aku, min… mak esok pergi terengganu seminggu sebab ini lah pak hang ni, ada dinner ke apa pulak lah tu nanti.

Seminggu mak tak derk, min pandai-pandailah google makanan orang berpantang nanti tu. Jadi, bila mereka layan aku macamtu jelaskan aku ini orang luar sahajakan? .

Pernah terdetik dihati aku, aku harap satu hari nanti biar mereka rasa dan apa yang mereka buat pada aku biar terpalit semula di muka diaorang. Jahatkah aku harapkan begitu? .

Terakhirnya, aku rasa, makin lama aku jadi macam benci keluarga suami.

Entahlah, aku nak anggap diaorang macam family atau sayang mereka pun, mereka sendiri layan aku sebegitu sehingga aku rasa janggal kalau nak ziarah mereka walaupun mereka itu mertua aku sendiri.

Sepanjang 2 tahun ini pun, mertua tidak pernah ingin telefon aku. Jika suami sedang drive, tidak henti-henti lah telefon suami sehingga suami angkat walhal, kenapalah tidak sahaja telefon aku sendiri? Dia sendiri pun tahu suami sedang pandu kereta .

Sekarang ni, apabila aku nampak nama “Mak” di skrin telefon suami aku jadi malas nak angkat. Aku biar, buat tak tahu. Pelik rasa nak bercakap telefon dengan mertua sebab beliau sendiri pun tidak pernah telefon aku. Jadi, kalau kes macam ni nak salahkan menantu lagi kah?

Aku harap one day, aku ada anak sendiri nanti. Semoga dijauhkan lah aku perangai sebegini. Tiada untungnya pun buat menantu macam orang asing. Menantu pun, sebahagian daripada keluarga juga.

– Min (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *