Aku cuma nak meluahkan segala di buku hati hari ni.
Aku faham perjalanan setiap orang berbeza, tapi semakin usia meningkat, semakin aku rasa segan untuk ganggu kawan2 dengan luahan masalah yang tak seberapa.
Aku menulis sekadar melepaskan emosi, mencari platform untuk meluahkan tenaga.
Hari ni 1 jan, aku officially 3 series, masih lagi tak pasti dengan haluan hidup.
Dulunya aku pelajar contoh sekolah, dan pernah terima anugerah kecemerlangan negeri. Aku aliran sains dan sangat keen untuk sambung belajar dlm bidang yang sama.
SPM boleh kata cemerlang. Dan mula asasi results aku jatuh merudum sebab aku rasa sangat overwhelmed dengan subjek diajar dalam kelas kuliah aku sangat2 ramai macam stadium pada masa itu. Tamat asasi png aku tak sampai 3.0.
Aku struggle nak pilih course. End up aku dapat course yang sangat tak well known yang mana my parents tak setuju tetapi saya tiada pilihan. Saya bukan dari keluarga senang. Cuma mampu belajar di universiti awam sahaja.
Aku habiskan 3 tahun degree dengan png hampir2 dekan. Aku paksa diri aku untuk suka kos aku walau masa depan yang sangat kabur. Kos aku memang tiada market. Even senior2 memang keluar bidang.
Aku faham universiti tempat menimba ilmu dan bukan tempat menjamin kerja. Tetapi aku harapkan peluang yang lebih cerah dan jelas selepas aku luangkan masa dan duit untuk belajar.
Aku mula job hunting tapi semuanya aku kena reject. Jadi aku fikir mungkin qualifications aku belum cukup baik, aku pergi sambung lagi pascasiswazah.
Perjalanan pascasiswazah pun tidaklah lancar, banyak onak duri juga, plus dengan financial situation ketika itu mmg aku ikat perut betul.
Betul2 struggle. Aku ada buat fews method yang in demand masa pascasiswazah. Waktu itu aku fokus sebab aku rasakan, pengalaman itu akan jadi aset di alam pekerjaan kelak.
Fast forward, akhir 2019 aku start apply kerja, semua rejected, Mostly bangkitkan isu qualification dan background yang tidak match.
Walhal aku familiar dengan method yang mereka guna, aku sudah karang panjang mengenainya dalam emel dan cover letter.
Aku luaskan lagi bidang pekerjaan yang aku cari. Asal yang ada any graduates tanpa specific background, mmg aku apply. tapi tak dapat2 juga.
2020 bila covid hit, aku masih tak dapat kerja. Rumahku tiada siapa yang ada pendapatan, sekadar duit tabung ibu bapa. Aku rasa sangat loser, umur aku sudah tua tapi aku tak mampu nak hulur pada orang tua.
Aku mula buat kerja kampung biarlah dicaci saudara mara pun. Tetapi tak lama lepas tu lingkup juga. Sebab ekonomi pada 2020 sangat tidak bagus. Akhir 2020, aku mula join bermacam seminar untuk upskill.
Sampai aku buat komitment dalam sebulan berapa target seminar dan course yang aku nak join. Aku nak upskill. Aku desperate nakkan kerja.
Aku juga join masterclass cari kerja dan ikut semua tips yang dia ajar.
Tahun 2021 aku dapat kerja tahap spm, aku sangat syukur walaupun kontrak 6 bulan sahaja. Alhamdulillah walau gaji tak seberapa tapi sangat cukup dan mampu hulur pada mak ayah.
Habis kontrak aku struggle lagi cari kerja. Aku try bermacam kaedah dan platform.
Konvensional (pos borang, hantar emel), spa9, indeed, jobstreet, monster, hiredly, myfuturejobs, dan apply di website2 employer. Tahun 2021 aku rasa hampir 200 application aku hantar.
Mostly aku kene reject dan ignore sahaja. tapi Alhamdulillah dapat satu kerja gajinya cuma 2k dan di bandar kl.
Aku syukur sangat, aku berlari bagitahu mak aku. Aku tak tahu macam mana mahu hidup di tempat serba mahal tapi aku terima sahaja sebab aku sangat desperate.
Kerja ni tak susah tapi ada cabarannya juga. Cukuplah aku katakan boss aku bg unfair treatment pada aku dan setiap hari aku kene panggil.
Aku cuba sabar dan kentalkan diri walau kadang terkandas juga air mata di office.
Bos aku juga tidak faham rutin orang muslim yang perlukan sedikit masa untuk solat pada asar (memandangkan kerja aku habis 8 malam setiap hari). Dan kemudian dengan isu banjir hari tu juga memberi kesan kepadaku.
Aku menulis di sini kerana pada masa aku aku rasa insecure, loser, kecewa, gusar dan masa depanku masih lagi terasa kelam.
Ketika ramai rakanku sudah berjaya, aku masih di sini struggle untuk mecari sesuap nasi.
Jujurnya secara rohani pun aku usahakan walau aku tahu ia takkan pernah cukup tapi aku masih mengharapkan jawapan dari Rabb.
Ketika aku menulis ini, aku baru menerima emel permohonan kerja ku gagal, untuk yang kesekian kalinya. Aku tak mengharapkan banyak, aku cuma mahu hidup tenang sahaja.
Ya Allah bantulah aku Ya Allah.
Aku minta maaf la kalau korang tak faham, aku cuma menulis sekadar meluahkan sebab dada aku rasa berat dan kepala rasa sakit pada saat ini.
– MI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit