Hai assalamualaikum.. Terima kasih sebab approve confession ini.
Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ada seorang anak lelaki. Tak tahu nak cerita macam mana. Tapi tetap nak meluahkan sebab saya tiada tempat untuk meluah.
Saya jenis tak suka bercerita pada keluarga mahupun sahabat tentang masalah rumahtangga. Jadi saya harap dengan luahan di sini yang orang tak kenal saya boleh bantu saya.
Saya baru je berkahwin kurang dari 5 tahun. Tapi entah la mengapa suami selalu mencari silap saya. Ada saja tak kena.
Dia kata saya ini isteri yang bersikap sambil lewa. Walhal urusan rumah tangga saya buat. Saya memasak, saya kemas rumah, saya juga uruskan anak.
Suami saya kalau boleh dia nak saya ni sentiasa tunggu dia depan pintu sambut pulang.
Tapi kita ini isteri yang adakalanya tak sempat sambut. Kadang2 waktu dia balik tu saya di tandas, di dapur dan lain-lain.
Saya ini nak elakkan depression, saya menjadi surirumah yang tidak terlalu perfectionist namun kebersihan rumah tetap saya utamakan.
Saya kadang-kadang cemburu ramai wanita yang jarang masak di rumah tetapi si suami tetap boleh menerima keadaan tersebut.
Suami merungut mengatakan dia penat cari rezeki seolah-olah macam saya ini surirumah duduk di rumah saja tanpa buat apa-apa.
Habis tu yang masak yang kemas rumah yang cuci tandas yang urus anak siapa pula?
Sampai satu tahap saya rasa saya macam nak kerja baru dia tahu yang bila saya bekerja saya da tak masak macam selalu,
Saya pun akan sibuk dan sama penat macam dia keluar pagi balik petang. Mungkin dengan keadaan ini baru dia sedar yang surirumah itu lebih baik dari isteri yang bekerja!
Tapi mengapa bila saya ni selalu saja uruskan rumahtangga tapi suami selalu macam tidak puas hati. Di mana silap saya selama ini?
Suami selalu ugut untuk menceritakan hal rumahtangga dan perangai saya pada ibu bapa saya seolah2 saya lah punca pergaduhan itu.
Walhal sakit hati saya yang selama saya pendam ini tidak pernah saya cerita pada keluarga mahu pun sahabat saya.
Saya sedih sangat. Saya teringin nak perkahwinan macam orang lain bahagia di samping suami hidup berpuluh-puluh tahun..
Kami akan gaduh benda yang sama. Suami seakan play victim seolah-olah semua salah saya.
Tolong saya apa saya harus buat. Adakah perpisahan itu lebih baik untuk saya dari saya bersama dengan orang yang tak hargai kita?
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit