Assalamualaikum semua nama aku Bulan. Aku seorang ibu dengan 4 orang anak. Alhamdulillah perkahwinan aku bahagia, dan aku di kurniakan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan.
Suami alhamdulillah baik nafkah zahir dan batin aku sempurna. Tidaklah alim atau warak cuma biasa biasa aje. Tiada cacat dan cela walaupun kadang tak cukup tapi aku bersyukur.
Luahan ni aku tujukan pada confessor yang ketagih porn dan on*** tu.. Kerana aku pernah mengalami dan aku memang teruk sangat masa tu. Oleh sebab aku pernah berada di tempat dia aku faham keadaan dia macam mana. Tapi kat sini aku nak cerita pengalaman aku.
Aku juga mempunyai background agama yang agak kuat dan aku juga seorang hafizah. Ibu ku bukan ustazah dia cuma seorang peniaga buku.
Jadi ada banyak buku di rumah mengenai orang dewasa, perihal wanita, alam perkahwinan dan banyak lagi. Ada buku yang tak sesuai di jual di kedai ibu letak di rumah kadang sampai berhabuk.
Masa kecik aku suka membaca, pada satu hari aku terbaca buku anatomi badan perempuan, kerana aku masih 10 tahun masatu curiosity membawa aku untuk menjelajahi sendiri tubuh badan aku sampai aku puas.
Zaman aku membesar tak ada internet, aku lahir tahun 80an. Buku terjemahan ke bahasa melayu tu banyak cerita perihal virginity.
Hiduplah aku bergelumang dengan dosa selama aku remaja. Aku decide untuk kahwin awal untuk elak benda ni berlarutan sebab aku sungguh nak berhenti.
Aku malu nak mengaku pada suami aku pasal kegiatan aku yang satu ni. Di awal perkahwinan aku tak pernah rasa seronok ketika bersama suami sampai lah anak seorang.
Tapi pada satu hari aku terus terang pada suami aku, fantasi aku ketika bersama kegiatan aku di masa muda dan ketagihan aku pada clip porn. Selambanya suami aku katakan aku sundal. Tapi aku tak marah.
Tapi suami aku mula berubah masa tu, kami tengok movie yang banyak adegan panas bersama, suami mula ikut kehendak dan cara yang aku mau.
Aku puas, perlahan-lahan aku dah berhenti dari ketagihan aku dan aku lupa cara nak puaskan diri sendiri aku lebih suka bila suami aku yang buat semua tu untuk aku.
Tapi ketagihan pada porn masih lagi tak berhenti di situ sampailah anak aku yang ke 4 lahir.
Saat aku sakit nak bersalin entah kenapa yang kali ke 4 ni azab sekali.. Ketiga-tiga anak aku sebelum ni sangat mudah, komplikasinya aku dapat hadapi dengan tenang. Tapi aku tak tahu kenapa proses kelahiran untuk anak ke 4 ni buat aku rasa nak mati.
Aku mula kontraksi kuat pada hari pertama tapi jalan tak ada buka. Doktor induce guna belon, maaf aku tak tau nama sintifiknya. Kontraksi datang tak kerap tapi bila datang kuat sangat sampai aku rasa tak tahan. Tapi bukaan hanya 2cm sahaja.
Pada hari kedua aku masih dalam pantauan sebab kali ni doktor nak masukkan ubat untuk induce lagi. Selepas masuk ubat tetap jalan tak buka sehingga ke malamnya. Tapi aku masih nak bersalin secara normal. Sebab aku takut nak kena bedah.
Selepas isyak aku sempat call suami aku, aku minta maaf dan aku terus terang kat dia, aku minta maaf sebab kegiatan tengok porn aku tak berubah.
Selepas call suami, aku sembahyang taubat. Aku doa sungguh-sungguh pada Allah masatu aku minta maaf dan aku berjanji tak akan tengok porn lagi. Aku menangis masa tu. Yang pasti aku dah rasa sangat berserah pada Allah masa tu.
Aku ingat perasaan aku masa tu aku risau, aku takut, aku sedih dan sakit kontraksi tu bergabung semuanya masa tu. Aku rasa Allah nak bayar cash pada aku sebab buat dosa mata banyak sekali.
Sehabis aku solat taubat, aku naik ke katil aku tempat aku melayan kontraksi yang dah skala 10 aku rasa tapi jalan yang buka hanyalah 3cm dari pagi tadi. Sebaik aku baring semula Bushh ketuban aku pecah.
Aku panggil misi yang bertugas tengah malam tu, setelah cek bukaan dah sampai 7cm. Dalam hati aku, Ya Allah terima kasih.. Aku syukur sangat 2hari aku tunggu jalan nak buka tapi selepas aku solat taubat dalam masa 5 minit jalan dah buka sampai 7cm.
Dan.. itulah kisahnya aku dah berhenti dengan kegiatan dosa zina mata tu sampai sekarang. Anak ke 4 aku sekarang dah nak masuk 5 tahun dan aku masih jaga mata aku ni dari dosa zina mata aku harap sampai aku mati.
Adik confessor yang berkenaan, nasihat akak kalau nak berhenti buat dosa kenalah berhenti dengan tekad. Sekadar niat tapi tak buat tak akan jadi apa-apa. Ingatlah dosa zina tu berat sekali..
Takutlah dengan azab akhirat sebab di alam sana kita akan hidup selamanya. Di dunia ini manisnya cuma sementara.
On*** tu adik cuma merasa selama 2-3 minit manisnya tapi balasan azabnya akan kekal selamanya di alam sana dik. Akak doakan adik berjaya menahan diri dan segera mendapat jodoh.
– Bulan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit