Aku Dah Buntu

Assalamualaikum, hi readers. Dah 4-5 kali taip delete, taip delete. Aku tak pasti macam mana aku nak luah. Tapi aku memerlukan semangat, jalan penyelesaian atau apa2 yang boleh aku lakukan.

Aku perempuan, anak bongsu, berumur 30 tahun dan masih single. Aku hidup berdua dengan ayah aku sejak mak aku meninggal, selagi aku single selagi tulah aku akan tinggal/jaga ayah aku. Aku hidup di kampung, negeri nun jauh di hujung negara. Dulu kehidupan aku waktu mak aku masih ada, segalanya berjalan dengan smooth je, takdelah perfect sangat tapi still under control.

Aku ada keja, keja biasa2 dan gaji pun cukuplah untuk aku hidup, tiap bulan cukup untuk aku belanja, bagi mak sikit, belanja dapur sikit, bayar bil sikit, kiranya cukup semua even gaji aku tak besar mana pun. Tempat keja pun best, even kadang2 keja banyak dan kelam kabut macam ribut kat ofis tu, tapi aku tak stress dengan keja aku, aku enjoy. Kawan2 pun okay, kadang2 selisih faham tu biasa la kan.

Keadaan jadi kucar kacir bila aku leka, aku cuai gara2 berkenalan dengan seseorang, aku banyak mintak cuti, tak fokus dengan keja. Akhirnya aku terbuat silap dengan keja aku. Aku tak salahkan org lain, tu salah aku sendiri, aku leka dan cuai.

Akibat yang aku tanggung, aku terpaksa undur diri dengan berhenti keja. Start dari berhenti keja tu kononnya aku nak berehat dulu 3, 4 bulan, tak nak cari keja lagi. Waktu tu saving pun tengah padat, so aku bajet saving aku tu mampu bertahan 5, 6 bulan. Selepas 4 bulan kot, bila aku dah terasa macam aku takda hala tuju nak buat, aku mula fikir bab keja, aku cari keja.

Lupa nak cakap, masa aku berhenti keja tu takde sesiapa pun yang tahu, even family aku pun tak tahu. Setiap hari aku bangun pagi then keluar, dating, window shopping, tengok wayang, keluar lepak dengan kawan2 yang keja dorang tak terikat 9 pagi -5 petang. Tapi adakalanya dorang pun ada keja nak buat, so tak boleh lepak selalu. Senang cakap, aku pura2 macam aku pegi keja. Cukup jam pukul 5 petang aku balik.

Berbalik pada aku cari keja tadi, aku silap langkah, aku ingat cari keja baru ni semudah ABC, rupanya susah macam addmath. Merata aku apply, langsung tak dapat. Akhirnya aku decide berniaga online. Sambil2 berniaga aku masih apply keja.

Untuk sebulan pertama bisnes online aku langsung takde hasil, tapi aku sabar. Masuk bulan kedua dah mula nampak hasil, waktu ni aku start jadi dropship. Dari bulan ke bulan, menginjak ke tahun dan tahun. Makanya aku dah stop apply keja. Aku makin rancak berniaga online ni. Dari jadi dropship, aku mula pegang stock, dari pegang stock produk orang, aku start jual produk aku sendiri (Bukan produk timbang kilo ye).

Akhirnya genap 5 tahun aku berniaga online, dan dah 5 tahun aku tak bekerja. Bekerja yang aku maksudkan tu bekerja makan gaji dengan orang la. Dan even aku bisnes online pun, still takde sesiapa yang tahu yang aku dah berhenti keja tempat lama tu. Orang masih ingat aku keja situ macam biasa, so bisnes online yang aku buat ni macam bisnes part time la, itu anggapan dorang.

Tapi maybe aku lalai, maybe aku tak cukup ilmu, aku tak ambil tahu cara sebenar tentang perniagaan. Untung rugi semua aku kaut sekali. Yang mana untung pun aku tak tahu. Dan aku tak buat zakat, sedekah dan segalanya yang berkaitan. Perniagaan aku jadi kucar kacir, dan akhirnya jatuh sekelip mata. Untung dah takde, yang ada hanyalah hutang. Aku terpaksa berhutang dengan customer pulak.

Saving aku dah tak banyak, berbaki beberapa ratus dalam account, mungkin hanya cukup sampai pertengahan bulan depan. Itupun kalau aku betul2 berjimat. Segala bil2 rumah aku masih tanggung. Tu tak masuk dengan tayar dah botak kena tukar, roadtax bagai, aku tengah pening. Aku dah takde apa2 lagi yang tinggal sekarang.

Sejak 3 bulan ni dah merata tempat aku cuba cari keja, tapi langsung takde rezeki untuk aku. Tiap kali interview, aku dah cuba buat yang paling terbaik, segala kriteria dorang nak ada pada aku, tapi tetap takde rezeki aku. Aku stay di kampung, bandar dekat negeri aku ni tak sebesar mana pun, peluang pekerjaan sangat terhad. 1 jawatan, beratus orang yang apply.

Aku cuba fikir untuk keluar dari circle aku, tapi tak boleh, aku tak boleh tinggalkan ayah aku. Aku cuba fikir untuk keja di premis 24 jam yang memerlukan shift pun tak boleh, tak dibenarkan (yang ni aku taknak ulas, cukup la korang tahu minded setiap orang tak sama). Aku boleh keja yang keluar pagi dan balik sebelum maghrib. Harap korang faham.

Kadang2 aku fikir nak kawin, at least bila kawin nanti suami aku akan bawak aku keluar dari circle aku, boleh mulakan hidup baru, cara baru dan keja baru. Tapi tu cuma angan2, hakikatnya aku tak sanggup nak kawin semata2 niat mcaam tu dan tinggalkan ayah aku. Aku jadi berbelah bahagi.

Masalah sekarang ni apa perlu aku buat, memandangkan saving yang berbaki beberapa ratus untuk bertahan sampai pertengahan bulan depan, apa akan jadi selepas ni? Aku buntu sangat2. Kalau korang takde idea, at least bagi semangat atau doakan aku moga keja2 yang aku apply sebelum ni akan panggil aku keja. Itu pun dah cukup.

– Syarifah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *