Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi approve. Aku nak share something, harap dapat jadi pengajaran.
Dari sekolah rendah, aku belajar dan membesar dengan kawan-kawan yang cerdas IQ nya. Aku juga punya banyak cita2 dan sering bertukar cita2 sebab banyak minat. Walaupun bakat tak seberapa. Aku minat nombor berbanding huruf. Jadi aku dropped subjek Biologi gantikan dengan akaun. Memang nekad nak jadi akauntan. Tapi sebab kawan sebelah asyik imbang saja akaunnya, aku tak imbang2, akhirnya aku fed up. Taknak jadi akauntan.
Aku terer kimia. Majalah estidotmy cakap chemical engineering mempunya prospek yang luas pada tahun mendatang. So aku decided, OK, aku nak jadi chemical engineer. Macam bergaya je pakai lab coat semua tu. Tapi sekejap je, tukar cita2 lain pulak.
Aku pon minat seni. Dan buildings. Jadi, cita2 seterusnya arkitek! Macam cool je lukis2 pelan usung kertas mahjung sana sini. Lama jugak la bertahan cita2 ni. Tapi sekarang aku akhirnya menjadi seorang GURU. Ya, cikgu! For the first few years, aku asyik pertikaikan kenapa aku jadi cikgu! Kawan-kawan sendiri pon semua surprised dan tak boleh imagined macam mana la aku jadi cikgu.
Masa awal matrik, bila kawan2 start fly, I keep questioning myself ‘Kenapa aku tak fly eh? Aku pon layak apa’. Tak redha dengan takdir tuhan. Masa matrik jugak, ada family problem yang menjadikan aku give up study. End up, masa nak apply uni, tak tahu nak amek course apa sebab result memang tak layak nak apply architecture. Begitulah mukaddimahnya macam mana aku boleh jadi cikgu… dan masih lagi tak redha, menyalahkan punca family problem tu lah aku tak dapat capai cita2 aku.
Bertahun jadi cikgu, rasa tak enjoy. Tanya pada diri, kat mana salah aku. Bertahun aku cari jawapan, kenapa la aku ditakdirkan jadi cikgu. Apa hikmahnya??? Ajar pulak subjek paling tak suka zaman sekolah dulu, bahasa Melayu, lagilah aku tension!
Alhamdulillah, Allah bagi jawapan kat aku through these kids.
Aku belajar bersabar. Aku tak suka cakap ulang2. Cepat naik hangin. Sabar aku diuji dengan mereka lah. Kadang tebal sabarnya, kadang nipis. Mereka ajar aku bersabar sebenarnya. Aku ajar bm pada budak2 yang langsung tak reti/reti sikit2 cakap bm. Bayangkan bagaimana kesabaran aku teruji huhuuu
Aku belajar bersyukur. Dulu, aku tak pernah ambil pusing macam mana slow learner survived nak belajar. Ye lah, kita kan pandai kononnya. Kawan pon dengan orang2 pandai je. Bersyukurlah dikurniakan Allah otak yang sihat. Jadi, anak2 ini menyedarkan aku bahawa setiap orang berbeza keupayaannya. Masing2 ada kelebihan tersendiri. Masing2 unik dengan cara tersendiri.
Aku belajar erti tawakkal. Dulu aku selalu stress. ‘Budak ni aku dah nasihat banyak kali, tak berubah-ubah perangai.’ ‘Aku dah ajar banyak kali, tak paham2’ Niat kita nasihat, nak suruh dia jadi insan berguna. Aku lupa, bukannya hari ni nasihat, esok terus berubah. Aku juga lupa, hati ni Allah yang pegang. Kita hanya mampu berusaha, lepas tu serahlah padaNya. Dia berubah bukan sebab usaha kita, tapi semua kuasa Allah. Izin Allah. Doa sungguh2 agar anak2 ini dapat hidayah.
Aku belajar makna usaha. Aku selalu membebel budak2 sekarang malas usaha. Dah spoon fed pon malas nak telan. ‘Tak lulus takpe asal awak dah usaha bersungguh2. Ni langsung tak usaha! ’ Aku pon reflek diri. Aku pon sama dengan budak2 ni. Takde usaha sungguh2 nak jadi a better muslim. Muslim ala kadar je. Sambil lewa je. Tunjuk la usaha sungguh2 kat Tuhan. Allah nak tengok usaha kita!
Jadi sekarang, aku dah sedar, I am born to teach, to preach. Mendidik dan dididik. Aku dah dapat jawapan. Aku redha dengan ketentuan Tuhan. Alhamdulillah.
Sekarang aku ajar major aku, Fizik. Lagi aku belajar, lagi lah rasa tak pandai sebenarnya. Begitu luas ilmu Allah. Rasa kerdil sangat. Banyak lagi yang tak tahu. Zaman sekolah dulu belajar untuk exam je. So, adik2 yang sedang menuntut tu, belajar lah kerana Allah.
Ingat, kerja apa pun kita, kita semua saling memerlukan. Kerja lah lillahitaala. Contohnya:
Kalau jadi penulis novel – bawa pembaca ke jalan Tuhan, bukan melalaikan.
Kalau jadi pengarah drama – jaga ikhtilat, jauhi maksiat.
Kalau pegawai pangkat tinggi atau rendah – amanah, jangan rasuah!
Kalau business owner – Jangan aniaya customer
Aku belum ada anak. Tapi Allah didik aku melalui anak-anak ini dan ibu bapa mereka, how to be a good leader, sebelum ada nak sendiri. Terima kasih anak-anakku. Terima kasih Tuhan.
– Mei Lao Shi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit