Aku Dah Depress

Assalamualaikum to all. Thanks admin dan kepada yang sudi membaca. Aku tak pandai mengarang ayat2 pujangga tapi aku ingin luahkan apa yang terkandung dalam fikiran aku ni. Ni la pertama kali aku berkongsi kisah aku yang carca merba. Banyak sangat cabaran dan dugaan yang aku hadapi skrg ni. Harap bersabar dgn kisah aku yang panjang ni.

Latarbelakang aku.

Umur aku baru masuk 4 series. Aku anak ke2 dr 3 beradik. bapak aku dah lama meninggal, masa aku baru lps SPM. Alhamdulillah, pelajaran aku diteruskan, hingga kini aku masih mengejar cita2 nak pakai jubah bertopi bulat. Berpeluang menjadi wanita berkerjaya dlm bidang professional. Berpeluang berkeluarga dgn 3 org anak yang comel2 dan suami yang masih bersama aku.

Saudara mara aku.

Sejak bapak aku meninggal, mak aku yang menanggung keluarga kecik kami. Syukur mak aku berkerjaya. Hanya kami 4 beranak ajer yang support satu sama lain. Sedara sblh bapak aku berubah 360 dgree lps bapak aku tiada. Fastforward, kami terpaksa berpindah dr rumah didiami sejak kecil n kami dah hilang/ dilucutkan status sedara n keadaan bertambah teruk bila tersentuh isu hak n bahagian arwah bapak kami.

Adik beradik aku.

kakak aku berpendidikan tinggi, tapi dipersia2kan dgn sikap dia yang besar kepala, ambil mudah n bodoh sombong. Hingga kini, cara hidup dia mengatasi kemampuan walaupun berstatus single mother n mak aku juga yang menjadi tempat menyelamatkan dia dr bebanan hutang yang dicarinya sendiri. Adik aku, walaupun hidup mengikut kemampuan, tapi mak aku juga yang tolong support tiap2 bulan.

Aku juga jadi anak yang jahat disebabkan aku halang mak aku dr menanggung beban kewangan dr kakak aku. FYI, kakak aku merupakan anak yang paling disayangi oleh mak aku. Aku bukan jeles, cuma aku nak kakak aku berdikari, jalani kehidupan mengikut kemampuan n jgn selamanya bergantung kpd mak aku.

Suami, mertua dan ipar duai aku.

Suamiku baik orangnya, bertanggungjawab, penyayang dan memahami. Aku terima dia walaupun kami berbeza latar belakang, taraf pendidikan n pendapatan kami berbeza (aku lebih dr suami aku). Dia benarkan aku teruskan penggajian aku sehingga kini sambil dia handlekan anak2 kami. Tapi dia amat2 syangkan family dia (mertua dan ipar2 aku) dan akan utamakan diaorang bila diperlukan.

Aku bukan tak bersyukur mempunyai suami aku, tapi. sampai nama kena blacklist dr bank sebab jadi garantor, setiap kali kenduri kena jd sponsor (kalau kenduri kahwin, hulurkan utk buat majlis kenduri, untuk top-up belanja si pengantin, untuk perbelanjaan rombongan pengantin. dah mcm dia yang pengantinnyer), kena contribute budget utk big family holiday (even kami tak join, disebabkan faktor kesihatan- akan diceritakan slps ini) n tolong hulurkan bantuan kewangan tiap2 kali ipar2 aku pohon tanpa byk soal. Aku boleh tolerate kalau bantuan utk perbelanjaan keperluan emergency.

Tapi, bila melibatkan bayaran utk kehendak (tak penting) sahaja dan sampai effect perbelanjaan keperluan/komitmen tetap keluarga kami, aku memang tak boleh terima keadaan ini. Dari bujang hingga la beranak pinak, ipar2 aku berbelanja tak mengikut kemampuan, yang selalu ajer mohon bantuan tambahan dr suami aku. Pernah berlaku, kami cancel tukar kereta baru (kereta kami dah berusia lbh 10thn dan selalu meragam) semata2 nak tolong tanggung majlis kenduri adik suami aku disebabkan ipar2 yang lain kata tak ada peruntukan.

Alih2, dlm bulan yang sama, yang ckp takde peruntukan tu keluarkan kereta baru. Masa itu, aku boleh nampak riak kecewa dari suami aku. Namun, sikap suami tak mampu menolak permintaan ipar2 aku masih berlaku walaupun kami terpaksa betul2 tertunggak perbelanjaan kami sekeluarga. Dah banyak kali aku berkecil hati dgn sikap ipar2 aku. Sampai aku sendiri hanya merasa bonus tahunan suami aku 2 kali shj sepanjang 18thn kami hidup bersama kerana kerap sgt ayat suami aku “Maaf my wife, abg perlu utk perbelanjaan. (itu, ini, majlis itu, majlis ini. mcm2 lagi yang bukan kegunaan kami pun!)”.

Kesihatan keluarga aku.

Aku memang dah biasa dr kecil dgn kehidupan di klinik-klinik dan hospital, disebabkan arwah bapak aku mempunyai masalah kesihatan kronik. sekarang ini, aku menjaga mak aku (kakak dan adik aku tinggal jauh) yang dah berusia hampir 80 thn pulak mempunyai masalah darah tinggi dan dah mula nampak ciri2 nyanyuk. aku selalu berbalah dgn mak aku yang susah nak kawal pemakanan dia, susah nak makan ubat harian dia dan selalu alihkan brg2 rumah tapilupa dan dia salahkan org lain.

Keluarga aku diduga dgn dugaan yang amat berat sejak thn lepas. Awal thn 2017, seorang anak aku dikesan mengidapi sakit kanser. Bermula dari dia dikesan, kehidupan kami sekeluarga berubah sama sekali. Tumpuan lebih terarah kepada si anak utk rawatan dan sokongannya. Hospital dah jd rumah kedua kami. anak2 yang lain menunjukkan prestasi persekolahan yang merosot.

Prestasi kerja suami dan aku turut menurun. cuti digunakan sepenuhnya utk anak dan hujung2 thn, kami terpaksa mengambil cuti dengan potongan gaji/tanpa gaji. pertengahan thn ini pulak, kesihatan suami aku juga terganggu hingga menyebabkan suami aku perlu jalani pembedahan. Hingga ke saat ini, suami aku masih dlm fasa penyembuhan.

Aku hanya mampu berdoa dan berserah kpdNya agar kesihatan aku tak terjejas utk membolehkan aku menjaga insan2 tersayang aku di sekeliling aku. Ada masanya, aku sendiri terfikir. apakah dosa silam aku yang menyebabkan aku diuji dan diduga seberat ini sebagai balasan. Ada kala aku rasa seperti org hilang akal dan arah. Syukur, aku mampu tersedar dr melakukan perkara2 bodoh.

Bantuan dan sokongan.

Setelah penyakit anak aku dikesan, pastinya bantuan dan sokongaan yang diharapkan dari sekeliling. Byk jenis bantuan dan sokongan yang boleh diperincikan. Namun seperti yang dicoretkan sebelum ini, aspek kewangan memang ditolak ketepi lah. Aku ni bukan anak kesayangan, so aku kena berdikari. Malahan, ipar2 aku pun dah lama menyepi. mungkin tak reti nak berhadapan dgn penyakit anak aku, atau. takut ‘pinjaman dana’ yang lama pohon dikembalikan kot? Tapi, sumbangan dr suami aku masih diperlukan utk perkara2 spt big family holiday, nak tukar phone rosak, kereta wat hal, tayar keta wat hal dan mcm2 lg la.

Maklum lah. skrg ni memang perbelanjaan kami dah berubah, peruntukan utk rawatan n hal2 lain berkaitan perlu. nak harapkan bantuan semasa rawatan dihospital pun susah. Penjagaan anak2 lain memang terabai, kekadang ponteng sekolah disebabkan tiada org yang boleh uruskan mereka. Sokongan dari rakan2 lama, rakan2 semasa dan rakan sekerja diterima lebih dari saudara mara sendiri. Mertua aku hanya melawat sekali sepanjang tempoh penyakit anak aku dikesan. Selebihnya, suami aku sendiri tertekan kerana kami asyik dipersoal keluarganya kenapa jarang balik kampung, tak join holiday, tak join melawat sedara bersama2.

Bukan kami tak balik langsung, cuma kami tak mampu dr segi cuti, masa dan kewangan. Hinggakan masa suami aku jalani pembedahan hingga sekarang, tak seorang pun keluarganya datang melawat dan bertanya khabar. Bukannya berita itu tak dimaklumkan. dlm group wassap, dah dimaklumkan. responnyer, krik.krik.krik. balasan yang diterima, kenapa kami tak balik or pergi jumpa keluarganya kerap.

Sebelum keadaan ni, kami tak kisah utk balik kg dan visit bila ada kelapangan /cuti. At least, rakan2 suami dan aku akan bertanya dan visit lama2 sekali, ada jugak yang tiap2 2 minggu or setiap bulan akan bertanyakan update anak aku. Bos aku amat memahami, dia cuba bantu aku dr segi pengurusan cuti, pembahagian kerja tugasan. Penyelia study aku amat2 membantu, tak bagi tekanan yang terlampau pd aku, walaupun aku lambat dan agak ketinggalan.

Suami aku dan aku tak mengharapkan banyak dr semua, cukup dengan memahami keadaan semasa kami dan sokongan dari sekeliling kami terutamanya saudara mara sendiri. Dari segi kewangan, selagi kami mampu dan ada caranya, InshaAllah kami akan usaha dan tak mengharapkan atau membebankan anda sekeliling.

Impian aku.

Aku amat2 mengharapkan doa dari kalian semua agar anak aku berjaya melawan dan sembuh dari kansernya. Aku juga berharap agar keluarga aku tetap kuat dan kekal dalam mengharungi dugaan ini, saudara mara aku dan keluarga suami aku memahami dan mengharapkan sokongan dari semua. tak lupa juga, aku mengharapkan adik beradik aku, keluarga suami aku dan keluarga kecil aku bijak dalam pengurusan kewangan dan kehidupan masing2. Amin.

Sekali lagi, terima kasih admin dan kpd yang sudi membaca sehingga habis.

– Mama Bunga

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *