Salam semua,
Belakangan ni, aku asyik je terbaca macam-macam kisah mlm. Dari kisah highway group lah, kisah mecca fund lah, kisah forex la. Aku tunggu je bitcoin ni hehe. Banyak betul kisah orang kena scam ni. Yang amat menyayat hati adalah bila kita lihat geng-geng student kena scam. Pinjam duit kawan, ikat perut, kesian kot. Orang yang sedia miskin jangan cerita la, pinjam along, saudara, jual tanah. Memang hati dajal orang yang buat scam and skim piramid ni. Yang bestnya, walaupun ramai kawan-kawan aku ajak untuk masuk, aku tak pernah join. Nak tau tak sebab apa? Sebab dia, aku pun pernah kena scam dulu hihi. Mari aku share sikit pengalaman aku kena scam dan apa mindset yang kita ada untuk mengelakkan diri dari ditipu.
Masa zaman uni dulu kat London, aku pernah kena tipu dengan scam “saya dari fashion show and nak balik ke negara asal dan saya ada baju branded untuk let go murah dekat awak, sebab kalau tak, saya kena bayar cukai airport”. Scam ni kau rasa quite bodoh, tapi nak tau tak kenapa dia efektif? sebab dia main dengan emosi. Dia start dengan mintak tolong, and kau rasa kau yang scam dia bila kau try untuk ‘nego’ ke harga yang lebih rendah. Haa tu dia, kau rasa kau tengah ada kuasa pembeli, sedangkan kau sendiri yang gali kubur kau makin dalam. Aku punya rasa mata duitan masa tu, maklumlah, branded jual ebay kaya oo, siap pergi ikut dia keluar duit kat dalam bank kau tau. Bila balik, check google, rupanya aku kena tipu. Yang rasa sedih dia bukan sebab kau digunakan, kena paksa ke apa, tapi sebab sifat tamak kau lah yang menyebabkan kau kena makan. So sama je dengan orang yang kena dengan mlm. Tipulah kalau dia cakap dia termakan nasihat kawanlah, ana insan lemah lah, akhi kena buatan orang/pukau, tipu semua tu. Mungkin ada yang betul kena buatan orang, tapi selalunya, dia terpukau dengan duit hihi. Orang kena scam akan rasa down sebab dia tamak, dan ketamakan dia yang membawa kebinasaan diri. Ada pepatah mengatakan, tiada musibat yang paling besar, melainkan yang dibawa oleh diri sendiri (contoh harga barang naik sebab kau salah pangkah masa pilihan raya. Padan muka hehe)
So apa yang patut kita buat kalau kita kena scam mlm? Yang pertama, salahkan diri sendiri tamak. Once awak buat refleksi diri, awak akan belajar satu pengalaman yang sangat berguna dalam hidup. Yang kedua, syukur. Syukurlah kau kena tipu RM ___ berbanding orang yang kena scam semua duit epf dia. Kalau kau kena scam jumlah besar, bersyukurlah kau masih hidup. Masa aku kena scam tu (dalam 300 pounds), aku bersyukur, sebab masa tu aku ada laptop dalam beg, aku ada duit banyak jugak dlm atm tapi alhamdulillah dia tak rompak dan bunuh aku. Anggaplah itu harga sebuah pengajaran. Kira murah lah bro. Kalau kawan kau makan kau, syukur dia tipu kau sebab duit ratus-ratus je. Kira murahlah harga tuhan nak tunjuk sifat sebenar kawan kau tu. Sama kalau kekasih kau ikut jantan lain, kan saving duit hantaran 20k kau tu. Think positive!
So kalau orang yang dah pernah kena scam ni, apa aku nak cerita ni semua korang dah tau. Lepas kena scam, automatik kau akan defensif and skeptikal. Bagus. Tapi bagi yang belum pernah, takkan sengaja nak kena scam kot? Pepatah mengatakan orang hebat belajar dari kesilapan sendiri tapi yang lebih hebat belajar dari kesilapan orang. So ini dia:
1. Orang scam kecil-kecil, tapi pada banyak orang (ahem downline, ahem)
Maksud dia sini, kadang-kadang dia pumpam jumlah yang besar tapi sebenarnya apa dia mahukan adalah jumlah yang jauh lebih kecil. Kalau dapat besar, open table, tapi kalau scam kecik = dah sampai KPI. Contoh dalam kes aku, dia mula-mula mintak 500, sebab dia kata value baju semua tu dalamp 3000. Tapi aku rasa aku boleh nego, sebab dia macam dalam ‘kesusahan’ and aku press ke 250. Dia letak 300, aku rasa aku dah save 200 dari harga mula. Yang sebenarnya, aku rugi 300 yang patut aku tak rugi. Ha nampak, kadang2 dalam mlm, dia push kau untuk try yang mahal, tapi kau nego, and last-last settle yang tengah-tengah. Kadang-kadang dia bagi rebat etc. Kau rasa kau buat duit, tapi sebenarnya, duit kau terbang masuk poket dia, walaupun sedikit.
2. Fokus pada harga maksimum awak sanggup bayar untuk produk, bukan pada untung.
Ni selalu berlaku pada kaum wanita ya. Pergi ke kedai untuk shopping, nampak harga diskaun, terus beli. Pakai tak pakai belakang cerita, yang penting, awak dah save RM ____!. Awak nak tau tak macamana awak nak save lagi banyak? Senang je, jangan beli terus haha. Yang lelaki jangan bangga-bangga, kau tengok Steam profile kau pun penuh dengan game yang kau tak pernah main. Sebenarnya dalam sales, ni dipanggil anchoring. Dia letak harga, kau terus fokus pada harga yang diletakkan dan kalau nak nego, awak akan cuba untuk gerak bawah sikit dari harga awal dia tawarkan. Kurang RM2/10% contohnya. Jadi bila dia potong lebih dari apa yang awak expect, otak awak pun cakap “wow, durian runtuh, mana nak dapat 70% off!”, lagi-lagi sebab awak dah penat nego dengan akak jual karipap untuk diskaun 30 sen pagi tadi. Pastu balik mak kau marah sebab 70% tu kira harga biasa kat Sogo. hihi.
Sebaiknya, awak cuba letak harga pada benda tu dulu. Tak payah tengok price tag, just teka je harga dalam minda. Macam kes aku, aku pegang baju fake tu, aku dah tau macam tak kualiti je baju ni. Biar betul boleh dapat 3000. Aku pun memang tak perlu/minat pun pada baju tu! Tapi sebab aku fokus pada untung, aku terus berserah pada ‘expert’ depan mata aku. Camna nak tau harga intrinsik? Tengok pada pulangan barang tu, pakai selalu ke, boleh buat duit ke, kena keluar duit lagi ke masa depan dan paling penting, awak rasa benda tu membahagiakan hidup awak. Rasa bahagia dia lain, sebab bila kau tengok benda tu, kau rasa happy dan macam tak mahu benda yang lain. Berbanding rasa happy sebab awak berjaya buat ‘untung’ sebab beli bawah ‘harga pasaran’. Contoh macam isu hantaran, aku lebih rela bayar 20k untuk someone yang aku betul-betul rasa layak dan nak bagi 20k tu, berbanding dapat nego dengan family mertua ke 8k, and kawan puji rezeki kau dapat diskaun hantaran murah, tapi kau selalu balik lambat sebab kau dah sedar maksimum patut bagi 6k je sebab dia spesis biawak hidup. Cuba baca penulisan Marie Kondo, memang superb.
3. Kita tau benda ni tak boleh tahan lama, tapi kita masuk jugak sebab rasa boleh untung dalam jangka masa pendek
Ni selalu berlaku dalam hartanah haha. Kita dengar harga naik 3 kali ganda dalam masa 5 tahun bagai. Pastu kita masuk dan bila kita nak jual, orang x beli dengan harga yang kita rasa kita patut dapat. Kalau dapat balik modal pun kau bersyukur. Kalau ada masa, baca pasal tulips craze dekat wiki. Berbalik kepada point kedua, refer kepada intrinsic value tau, pada kualiti produk tu yang membezakan dia dari produk yang lain, bukan pada harga orang yang nak ambil kesempatan. Bila orang cakap, “benda ni lagi 5 tahun, harga 3 kali ganda tau”, ketahuilah yang jika anda beli, andalah yang telah memberi tiga kali ganda pulangan kepada si penjual tu. Padan muka hahahaha.
4. Fahami pulangan dan tiada makanan tengah hari percuma.
Kalau lah ada orang boleh janji pulangan 3 kali ganda dalam 3 bulan, percaya lah, semua bank dalam dunia akan cempak duit kat situ dan duduk lepak je macam yahudi. Memanglah mula-mula awak dapat pulangan besar tu sebab skim tak meletup lagi, tapi sampai bila? Sama macam orang main judi, dia rasa ok lagi, masih tak rugi lagi, duit masih banyak, tiba-tiba dah terduduk. Pada hemat aku, lebih baik awak masukkan modal tu ke bisnes yang awak betul-betul faham modus operandi, dan macam mana pulangan tu terhasil. Buat kedai makan, jual produk, dropship ke, yang penting, awak kena betul-betul yakin dengan bisnes/produk tu. Bila kita yakin yang produk kita bagus, kita akan dapat kebanggaan yang produk kita mampu bersaing dengan sendirinya dan yang paling penting, duit yang kita buat tu berkat dan sepadan dengan kebahagiaan yang kita beri kepada orang yang beli produk kita. Pastu senang, just perlu buat marketing and jaga kualiti. Kan seronok tu. Contoh produk Jepun. Teringat cerita satu makcik yang jual kuih pada harga untuk dapat modal sebab niat dia untuk bagi budak-budak sekolah gembira dapat makan kuih tradisional. Insyallah kalau bukan kat situ, rezeki kita di tempat lain. Kalau bisnes awak tak jadi pun, paling koman awak dapat ilmu kan? Daripada awak masuk mlm, ilmu yang awak bakal dapat adalah apa yang aku tengah tulis ni bila kena scam lol.
Alangkah indahnya bila kita tahu rezeki kita berkat dan datang dari Allah, dan bukannya dari kita jaja air liur tipu budak uni/orang tua dan lebih-lebih lagi bila pulangan tu sendiri kita tak tahu bagaimana nak jelaskan. Harap sharing aku bermanfaat.
– Tipah tertipu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit