Assalamualaikum.. semoga ramadhan kali ini bermakna buat semua .. tak lama lagi raya . Selamat hari raya in advanced !
Aku nak buat luahan hati .. aku seorang remaja perempuan yang berumur 18 tahun . Aku merupakan anak yang ke 3 daripada 6 org adik beradik . sekarang sambung form 6 je . Doakan aku supaya berjaya dan dapat pointer 3.5 ke atas ye .. amin
Dulu , sewaktu aku berumur 5 tahun sehingga darjah 6 , aku sangat mudah untuk dijaga . Aku sgt menurut perintah .. beza umur adik aku yang ke 4 dengan aku adalah 5 tahun .. agak jauh jurang umur kami berdua ..
Sepanjang aku menjadi ‘anak bongsu sementara’ , semua org menyayangi aku . Apa yg aku mahu , semua dapat . Tetapi aku tahu batas kemampuan keluarga aku kerana aku tahu aku bukan berasal dari org yang berada ..
Dahulu aku sangat menyanyagi parents aku . Aku sering mendapat nombor 1 didalam kelas kerana aku tahu , mak dan ayah aku pasti akan gembira jika aku mendapat keputusan yang baik . Tahap sayang aku terhadap mak dan ayah aku sehingga aku akan memberikan semua makanan kegemaran yang aku ada kepada mereka . Biasalah , budak kecilkan .. aku selalu utamakan ibu dan bapa aku ..
Perkara ini berlanjutan sehingga aku di tingkatan 3 . Waktu pt3 , aku mendapat keputusan yang cemerlang . Ibu bapa aku sekali lagi bannga dgn pencapaian aku .. aku merupakan anak yg sgt baik (bukan nak memuji diri , tapi kenyataan..huhu) akulah yang mengemas rumah . Menyapu lantai , sidai pakaian , memasak pada hari tidak bersekolah . Setiap sabtu dan ahad mahupun cuti , aku yang membereskan semua kerja di rumah kerana aku tahu mak pasti letih dan ingin berehat .
Lama kelamaan , perkara ini menjadi kebiasaan buat keluarga ku . Aku membuat kerja seperti org gaji , manakala adik beradik ku yg lain goyang kaki di dalam rumah . 5 org adik beradik aku yg lain semua sudah besar tetapi tidak mengerti untuk membantu aku membuat kerja kerja di dalam rumah .
Hati aku mula memberontak . Aku mula mempertikaikan kenapa adik beradik ku yg lain tidak turut membantu aku . Sekurang kurangnya , cucilah pinggan selepas makan . Ni tidak , semua aku yang buat .
Sekarang , semua benda aku rasa tak ikhlas bekerja . Aku suka melawan mak dan ayah aku . Tetapi lepas aku melawan , aku akan terkenang dengan kata kata yg aku lemparkan kepada mereka . Aku akan teringat balik betapa letihnya mereka mencari rezeki untuk membesarkan aku . Dan aku akan menjadi sedih . Aku tak mampu mengawal hati sendiri . Yang aku tahu hanyalah aku ingin dilayan dgn adil . Sama rata . Aku taknak dilayan seperti org gaji .
Sekarang , aku tidak rapat lagi dgn mak dan ayah aku . Mak dan ayah aku lebih menyayangi kakak aku , kerana kakak aku lebih pandai menjaga hati . Ya , aku memang tidak pandai menjaga hati kerana hati aku ini hanya ingin memberontak . Tetapi ayah dan mak aku tidak lihat , betapa gigihnya aku bangun pagi untuk masakkan mereka sahur . Manakala kakak aku itu hanya tahu membuat air liur basi . Hanya baring menonton tv dan bermaharaja lela di atas sofa.
Aku rasa aku hanya inginkan perhatian dan kasih syg , mungkin . Kerana aku akan menjadi okay apabila aku bersiar siar hanya bersama mak dan ayah aku tanpa adik beradik yg lain .
Aku sedih kerana aku tidak mahu mengguriskan hati kedua mak dan ayah aku dengan kata kata yang aku lemparkan . Lidah adalah senjata yang paling tajam . Aku tahu ,hati mak dan ayah aku banyak kali sudah terguris kerana mulut ku yang suka main cakap lepas . Aku juga suka mengungkit dan memberitahu mereka yang aku sudah membuat semua kerja di rumah . Bagaimana taknak mengungkit . Aku taknak menjadi anak yang suka mengungkit .. bantulah aku .. aku sedih . Aku ingin berubah
– Asy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit