Aku Dah Malas Kahwin

Assalamualaikum wbt. Aku cuma nak luahkan yang aku ni dah umur 37 tahun dah. Tapi, aku takde rasa dah nak kahwin. Serius aku takde rasa dah.

Aku berhenti kerja pun nak dekat 3 tahun dan jaga ayah sakit. Aku tolong adik yang ada bisnes sendiri.

Aku bukan nak menidakkan yang setiap orang berpasangan. Aku tahu kalau aku cakap tak nak kahwin, Nabi tak mengaku umat.

Tapi, buat masa ni aku jadi malas nak usaha cari segala bagai. Aku dah habis dah rasa untuk aku nak bercinta ke apa.

Nak kata aku tak laku taklah jugak. Alhamdulillah selepas umur aku 27 tahun, iaitu 10 tahun lalu, ada yang nak berkenalan dengan aku. Ada yang serius ada yang memang main-main.

Sepanjang 10 tahun, aku melalui fasa turun naik bercinta, putus tunang dan selalu dipermain cinta.

Jujurnya untuk mengatakan aku betul-betul bercinta, hanya boleh dikira dengan jari. Adalah dalam 3x je kot. Pertunangan yang putus pun tak dikira sebab aturan keluarga.

So, fasa-fasa ini menjadikan aku lebih baik bersendirian. Lagi pula dengan keadaan aku sekarang yang kena jaga ayah sakit, aku tak rasa aku kena kahwin.

Andai kata aku kahwin adakah pasangan aku boleh terima tinggal dengan keluarga aku? Sedangkan aku perempuan yang patut ikut suami?

Sebab tu adalah beberapa ex aku yang masih berhubung hanya sekadar menjadi kawan, mereka masih mencuba untuk ajak aku bercinta.

Aku cuma katakan aku tak berminat. Aku tak nak apa-apa hubungan serius pun. Nak berkawan seperti biasa silakan.

Serius aku tak tahu kenapa tapi nak kata aku tak excited tengok orang kahwin tak jugak.

Aku siap excited tolong sedara aku prepare kahwin dia macam aku yang nak kahwin. Tapi tulah. Bila ada orang persoalkan aku pasal kahwin aku akan bagi alasan belum jodoh lagi.

Aku macam kesian mak ayah aku nak jugak aku kahwin tapi aku sendiri tak nak.

Ada seorang ex aku try ajak aku kahwin tapi aku saja bagi alasan kalau nak kahwin dengan aku hantaran ikut umur bermakna 37k. Haha… aku sengaja sebenarnya taknak bagi dia kahwin dengan aku.

Dulu aku pernah beriya-iya nak kahwin. Sampaikan macam semua orang menyampah dengan aku bila status asyik dengan luahan hati. Haha…

Bila fikir balik pun aku menyampah dengan perangai aku macam tu. Maybe masa tu tak matang lagi. Tapi, sekarang ni aku berdoa kepada Allah untuk jodoh pun tak.

Aku tak melawan kerja Allah tapi aku jadi macam tak bersedia pulak. Macam-macam aku fikir, aku dahlah takde duit, takde harta, takde kerja tetap, kena jaga parent, tak berapa lawa pulak tu.

Aku decide sendiri buat masa ni tak nak kahwin walaupun aku terdengar beberapa hari lepas ayah aku menangis mengadu kat mak aku cakap kenapa aku takde jodoh lagi.

Diorang bisik2 je cakap tapi aku dengar masa tu. Cuma aku tak taw nak explain kat diorang macam mana yang aku takde hati nak kawin dah sekarang.

Aku pulak tak suka budak-budak. So aku rasa aku tak layak kot kahwin. Aku buat keputusan buat masa ni takkan kahwin. Sorrylah mak ayah aku sebab aku tak nak kahwin buat masa ni.

Tapi, tu jelah confession aku. Taklah penting pun cuma nak confess je. Mungkin jodoh saya bukan di dunia tapi di akhirat nanti insyaAllah.

– Zuzu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Takpa, take your time, jgn fikir bnyak sangat, jaga diri, jaga pemakanan, jaga kesihatan diri, tidur yg cukup pun dah okay. For now put aside those thought and explain your thought on jodoh to your parents, insya allah they will understand. Bila tiba masanya jodoh tu datang you will know. Time tu, libatkan Allah dlm setiap keputusan, insya allah bila jatuh kita tak sakit. Semoga cik sentiasa bahagia, sihat dan dimurahkan rezeki. aamiinn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *