Aku tak tahu nak mula dari mana.. aku cuma nak luahkan rasa penat aku untuk pura-pura yang aku okay.
Aku salah seorang dari mangsa hasad dengki manusia. Mangsa sihir. Sihir yang aku kena ni bukan untuk buat aku mati tapi untuk buat hidup aku merana.
Kesihatan hidup merundum, semua activity aku tak capable untuk buat, kerjaya aku pon makin merundum. Asyik mc jerr.
Orang nampak aku macam sihat, aku boleh gelak2 hakikatnya aku sakit, tak larat tapi aku cuba gagahkan jugak.
Ade yang berfikir aku pura-pura sakit, mengada-ngada, manja. Tapi Allah sahaja yang tahu. Lepas satu, satu sakit aku. Sakit yang berbeza-beza.
Kejap bleeding, kejap muntah, kejap sakit menyucuk-nyucuk segala sendi yang ada, kejap infection, kejap kekejangan satu badan tak boleh berjalan lansung. Sampai aku rasa orang dah bosan dengan kisah aku sakit.
Bukan simpati yang aku minta cuma secebis empati dan memahami sudah memadai.
Mungkin sebab aku dah terbiasa hidup berdikari tanpa susahkan sesiapa, kerjaya pon agak perform sebelum ni, rutin harian yang active dan ceria membuatkan aku sangat terkesan dengan kehidupan aku skarang
So, aku pilihan ape jer yang ade melainkan untuk pura-pura okay dan kuat. Berubat? Bermacam-macam tempat dah aku pergi tapi sekejap jer elok lepastu aku sakit balik.
Sejujurnya, aku dah give up. Cuma Alhamdulillah mental dan iman masih kuat, kalau tak mahu aku bunuh diri tak sanggup teruskan hidup ni lagi…
Aku tak berhenti-henti dari rasa serba salah dengan bos aku sebab kualiti kerja semakin teruk.
Aku rasa serba salah dengan gaji aku yang berjalan seperti biasa walaupon prestasi kerja aku teruk. Aku malu jugak sebab aku rasa uselessss. Sangat uselessss…..
Dalam seminggu kerja, mesti aku akan ada MC. Kau bayangkan berapa teruknya aku. Belum kire Annual Leave aku Dari 25 Hari setahun now tinggal 8 Hari jer disebabkan terlalu banyak aku ambik emergency leave.
Kalau aku explain dekat orang pon situasi aku even HR pon, kau rasa diorg akan faham?
No.. I don’t think so. Aku rasa hidup aku lagi akan di “judge”.. aku cukup letih dengan keadaan aku sekarang tak sanggup ditambah dengan judgemental orang sekarang.
Jadinya aku merahsiakan keadaan aku disihir ni dari semua. Tak semua akan percaya pon kalau aku bercerita.
Even tiada bukti kukuh kecuali jika dibuat rakaman ketika aku berubat dan segala muntah kaca, nah, darah, fungus Dan macam2 yang keluar dari mulut aku. Cuma jenis aku tak suka nak kecohkan keadaan.
Now 4 tahun dah aku terseksa. Belum kire aku tak ready lagi untuk ada anak. Semua orang suruh ade anak.
Jauh disudut hati aku pon nak ade anak tapi hakikatnya, diri sendiri pon aku tak larat nak urus inikan nak punyai anak? Wanita mana jer dalam dunia ni yang taknak anak kan?
Tapi aku tak ready. But aku tak mampu luahkan pada orang aku tak ready. Even parents aku pon berharapkan cucu2 dari aku. Macam mana aku nak cakap yang aku tak ready? Aku penat. Aku tak tahu dekat mana lagi nak berharap.
Aku jenis bukan sosial. Aku solat, aku beramal cuma belum masa Allah nak beri rezeki kesihatan yang baik pada aku. Seorang yang berdikari, seorang yang active dan ceria, seorang yang agak workaholic & perfectionist berubah 360 disebabkan sihir
Masih tertanya-tanya siapa si pelaku, masih tertanya-tanya kenapa buat macam ni dekat aku? Aku tak kacau orang, tak ambik port pasal orang, takde fitnah orang, takde ganggu orang.
Kerja aku siapkan kerja, active join activity2 office. Aku start sakit bile aku pindah kerja 4 tahun lepas. Sejak dari tu aku mula jatuh sakit.
Dari bujang hingga dah kahwin aku still sakit. Aku penat..
Non stop sakit. Aku penat. Hidup aku, aku dah takde nak berharap ape2 dah.. just go with the flow sampai ajal menjemput.
Sekian, luahkan hati yang aku pendam. Tak menarik untuk dibaca tapi cukup sekadar aku luahkan yang terpendam
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit