Assalammualaikum semua. Tak tertanggung untuk meluahkan moga dengan perkongsian ni, banyak bagi iktibar pada semua.
Aku ibu tunggal. Punya seorang anak perempuan berumur 11 tahun. Sudah tahun ke-6 memegang status ini.
Sedikit latar belakang aku, aku cuma buat business di rumah walau punya degree. Alhamdulillah. Aku berjaya harungi susah payah tu sehingga la harini.
Sedikit info tentang ex aku, dia dah ade keluarga sendiri. Punya anak 3 orang. Dan seorang pegawai beruniform. Kami tak punya hubungan baik sebab macam2 masalah dan paling terbaru tentulah masalah nafkah.
Setiap tahun akan berkurang nafkah untuk anak aku walau punya perintah mahkamah atas alasan tanggungan dia makin bertambah. Sikap yang paling aku tak tahan pasal ex aku ni adalah sikap ‘buat tak tahu’ dan susah diajak berbincang.
Dan tentulaa.. bila nafkah berkurang, aku kena push diri untuk ‘mencukupkan’ hidup kami. Tambahan aku sedang dalam proses menyiapkan rumah aku di kampung. Sudah tentu memakan belanja yang besar.
Aku tak ada buat mana2 loan untuk membina rumah. Habis simpanan dan duit2 yang lain dalam proses menyiapkan rumah yang selesa sedikit untuk aku dan anak.
Dan paling penting aku nak dekat dengan abah yang dah semakin berumur. Aku nak selalu jenguk dia memandangkan hampir separuh hidup aku hidup berkelana duduk jauh di kota besar.
Dan pasti jugak, aku dapat kurangkan cost sewa rumah dan sara hidup bila aku duduk di kampung.
Jodoh? Aku tak tahu. Walau da masuk 5tahun usia perkenalan kami tapi masih lagi samar2. Alasan anak dari perkahwinan terdahulu punca aku masih dibiar untuk berharap. Aku penat. Aku penat..
Menangis. Aku da puas menangis. Bertahun aku cuba bangkit dari kegagalan dulu. Bekas2 sakit dikhianati, Alhamdulillah makin lama, makin hilang. Aku dah mula berdamai dengan takdir.
Tapi 2/3 tahun kebelakangan ni, aku kerap menangis balik. Terasa beratnya bahu ni menggalas tanggungjawab.
Aku mula rasa tak mampu nak menghadapi semua ni sorang. Aku tak pernah ceritakan pada orang lain apa yang aku rasa sebab aku taknak dipandang lemah dan asyik bersungut tentang hidup. Masih ramai yang punya nasib lagi teruk dari aku..
Dan aku benci dianggap lemah. Aku nak orang nampak aku kuat padahal hakikatnya, malam aku banyak berendam air mata.
Aku tak kuat. Dan aku penat. Walau anak sorang, tapi aku rasa gagal. Aku tak mampu nak jaga sebab 100% tanggungjawab tu aku yang galas,
Sedangkan ex aku tak pernah bertanya dan ambil peduli. Setahun mungkin 3/4 kali dia akan ambil dan jaga anak ni. Itupun lepas aku suruh dan tanya.
Kalau atas dasar inisiatif sendiri, aku rasa mungkin 3 tahun sekali baru dia jenguk anak ni. Bukan aku nak bukak aib. Aku cuma penat. Siapa lagi yang paham apa yang aku tanggung.
Bila aku bising, lebih judgemental yang aku dapat dari orang2 yang tak pernah cuba berada dalam ‘kasut’ aku.
Sehinggalah pagi ni aku rampas hp anak perempuan aku. Ya dia punya hp sendiri. Atas alasan PDPR dan hadiah dari ayahnya.
Aku pun rasa mudah sebab senang aku nak hubungi atau bila aku perlu tinggalkan dia sendiri sementara aku punya urusan diluar. Sekurang-kurangnya aku tak risau dan jika ada hal2 penting dapat jugak aku hubungi dia.
Tapi lain jadinya. Dia terlalu attach dengan hp dia. Salah aku sebab tak pantau. Aku cuba install app ‘family link’ tapi awal2 lagi hp tu dah di set untuk di’remote’ oleh ex aku.
Hal ni aku pernah bangkitkan pada ex aku. Ada la sekejap haritu kot dia pantau tapi anak aku bertukar jadi ‘attach’ pada hp semula.
Banyak kali aku rampas dan sorokkan hp, tapi silap aku jugak sebab last2 aku lemah bila dia mengadu kebosanan. Dan hp juga aku suakan.
Cuma pagi ni aku tergerak hati sebab sesudah sahur aku tengok leka sungguh dia dengan hp.. Whatsapp dia sentiasa aktif. Dan ya.. Ternyata naluri ibu ni betul.
Anak aku dah mula masuk chat2 room yang tak sepatutnya. Aku scroll lagi message dia. Laju air mata aku.
Anak aku baru 11 tahun..! 24-7 dengan aku. Tapi macammana aku tak sedar semua ni. Kenapa aku lalai..!! Penuh message salam perkenalan dan bertukar2 gambar dengan orang tak dikenali.
No hp dijaja… Dewasa, kanak-kanak semua ada.. Ya Allah. Aku tak sanggup terus scroll lagi. Aku takut aku jumpa benda tak sepatutnya. Aku screenshot semua dan fwd pada ex aku.
Hati aku hancur. Aku gagal. Aku leka. Aku kunci diri dalam bilik air dan menangis. Aku gagal Ya Allah. Aku gagal! Kenapa aku tak boleh pantau anak aku. Kenapa aku biarkan semua ni. Aku terlampau leka mengejar dunia.
Ya. Suicidal thought aku makin menjadi lately. Sebab aku start rasa tak guna pun aku hidup. 7 tahun dalam alam perkahwinan yang tak bahagia. Aku penat berendam airmata.
Selepas diceraikan hidup aku masih terumbang ambing. Aku rasa gagal. Aku rasa apa la guna nya lagi hidup aku ni.
Aku penat Ya Allah. Aku penat. Boleh tak Kau bagi aku rehat. Walau sebentar aku cuma perlukan rehat. Aku dah makin tak kuat. Dugaan ni makin lama makin hebat untuk aku.
Doakan aku boleh tak korang. Mana tahu mustajabnya doa2 kalian pada bulan Ramadhan ni.
Aku cuma perlu support. Aku cuma nak orang tahu, aku dah sangat penat. Hope Allah mudahkan urusan aku lepas ni. InshaAllah.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit