Aku Dah Putus Asa

Aku anak bongsu 5 beradik. Selepas mak aku meninggal, aku dapat sakit Bipolar Disorder tetapi perubatan alternatif cakap ia badi mayat. Aku dapat sakit gila di pejabat, waktu tu aku kerja pegawai interim, selepas kursus dalam perkhidmatan, aku akan di serap daripada jawatan kontrak kepada tetap.

Bos aku sangat baik, selepas MC dua bulan pun beliau masih tidak batalkan kontrak kerja tetapi waktu tu aku sedih teramat atas pemergian Mak sehingga tak mampu bekerja. Aku meletak jawatan & sejak daripada tahun 2014 bermula lah episod relapse, keluar masuk ward psikitri & kerja-kerja yang tak tetap/sambilan.

Sudah 5 tahun mak aku pergi tetapi satu yang aku sangat bersyukur sebelum ayah aku pun meninggal, beliau sempat bawa aku mendapatkan rawatan psikiatri hospital, kalau tak, kakak aku ke-3 & berkelulusan tinggi ni akan bawa aku ke rawatan pelik & aneh.

Paling tak boleh blah, apabila perawat minta berikan wallet & jam tangan arwah mak. Sampai sekarang aku rasa benda tu amat bodoh. Kakak yang sama juga bawa ayah aku tinggal ke rumahnya di KL, tinggalkan aku seorang diri di rumah kampung. Kakak yang sama juga menyuruh aku berhenti ambil ubat hospital.

Selepas beberapa minggu ayah aku tinggal bersamanya, tiba tiba ayah aku tidak dapat menguruskan diri & perlu memakai lampin dewasa. Perkara ini amat mengejutkan kami adik beradik, bila dah jadi macam tu, aku yang tengah berjuang nak berfungsi macam manusia normal ni terasa la bertanggungjawab nak jaga ayah aku yang sakit tua.

Ketika tu, aku pun tak perasan arwah ayah sudah sakit tua sebab beliau ketika sihatnya pun adalah seorang yang tak banyak cakap. Sehinggalah apabila doktor mengesahkan arwah kena strok di saraf otak baru lah kami adik beradik mula mengambil berat tentang kesihatan arwah.

Aku ada 3 kakak & seorang abang. Walaupun aku diam & jaga ayah, ternyata pada mata kakak aku yang sulung apa sahaja aku lakukan masih tak cukup & ada sahaja yang tak kena. Mungkin kerana aku tak punya pekerjaan yang boleh di banggakan.

Dua tahun sebelum, kakak sulung telah menghalau aku dari rumahnya pada waktu malam. Masa tu, aku tumpang tidur semalaman untuk pergi ke satu interview. Aku tiada niat pun nak stay lama, balik interview dah senja, aku ingat boleh la tidur lagi satu malam. Rupanya tak.

Pada dia, aku ni menyusahkan tetapi apabila semua adik-beradik bergilir-gilir menjaga ayah & semua tinggal di KL, dia terpaksa menerima aku tinggal bersama. Kakak ke-2 pula tidak pernah sekali pun menukur lampin, mandi & menyuap ayah makan.

Seingat aku, ada sekali turn dia jaga sebab aku ada interview tetapi dia tak buat apa-apa. Aku terpaksa membatalkan interview kerana dia mahu meninggalkan ayah keseorangan. Kakak sulung ada marah tetapi dengan mudah, kakak ke-2 kata itu tanggungjawab penuh anak lelaki iaitu abang aku, anak lelaki tunggal.

Tetapi, time pembahagian harta pusaka, kakak aku yang ini lah yang pertama pilih tanah yang dia nak & sangat cepat bayar ubah nama geran bagai. Abang aku pula memang sibuk dengan anak kecil dia seramai 5 orang. Selepas tiga tahun jaga ayah, ayah meninggal dunia dalam tidur. Aku relapse lagi kerana masih tidak mengambil ubat dengan baik.

Alhamdulillah keadaan aku semakin baik sejak mengambil ubat sepenuhnya daripada tahun 2016. Aku pulang ke kampung & mula bekerja sebagai kerani untuk projek-projek kecil di sini, ada yang tempoh kontrak setahun lebih tetapi selalunya aku dapat yang kontrak 6 bulan. Hidup aku aman damai, masak makanan sendiri & berjimat cermat.

Secara ringkasnya sudah kembali berfungsi & hidup dengan normal. Rupa-rupanya kakak sulung tamak akan rumah pusaka. Dia mohon bertukar tempat kerja & permohonannya berjaya. Bermula lah episod bermasam muka kembali, aku sangka 2016 adalah tahun terakhir aku terpaksa bersabar dengan kerenah & kehendak bodoh dia.

Bukan dia sahaja yang gilakan rumah ini, suami & keluarga suaminya pun keluar masuk rumah ini sesuka hati. Sampaikan aku dah tak tahu siapa yang tinggal dalam ni. Dia juga akan memohon apa-apa jawatan kosong di Sabah, Sarawak untuk aku walaupun bukan kelulusan aku.

Nama aku? Tak payah cakap la, memang selalu black listed dekat SPA online & Jobstreet sebab adik-beradik aku memandai-mandai mohon jawatan tanpa kebenaran, usul periksa/beritahu aku. Aku hanya tahu semua benda ni, bila aku nak buat permohonan dekat SPA & Jobstreet, skrin akan papar no IC sudah di gunakan.

Siang malam aku duduk berkurung dalam bilik, di hina, caci oleh kakak sulung. Paling perit, sekarang bila kontrak kerja aku baru seminggu tamat. Tak kan aku nak duduk bercampur lelaki perempuan duduk di ruang tamu & bekelubung siang malam?

Itu lah kisahnya, aku fed up, doakan aku pulih sepenuhnya supaya aku boleh berdikari & bebas daripada terus dianiaya. Amin…

– Aku bingung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *