Aku Dah Stress

Hi nama aku Intanberlian. Dah tentu-tentu bukan nama sebenar. Nak dijadikan cerita aku sedang hamil anak ke-3.

Suami aku seorang yang baik friendly dan agak bertanggungjawab dari segi nafkah. Yang tak ok adalah sejenis kaki lepak. Hari-hari mesti nak lepak. Kalau tak lepak dia nampak macam serabut.

Dia bekerja Shift. Jadi kebiasaannya dia kerja petang & malam. Dia akan ambil kesempatan waktu kerja dia untuk lepak dengan kawan2. Kadang2 masa untuk aku dan anak2 pon dia tak endah. Kadang-kadang saja lah.

Sampaikan kerja pon dia boleh ketepikan. Aku tak nak bergaduh, aku selalu nasihat waktu kerja mesti kerja. Tapi ada saja jawapannya. last-last aku diamkan aje.

1 hari aku dapat 1 whatsap dari seseorang yang tidak dikenali. Dia bagitahu yang sebenarnya dia kesian dekat aku kena tipu dengan suami hidup-hidup.

Aku terus tanya apa tujuan dia cakap macam tu dekat aku. Dia bagitahu yang sebenarnya suami aku dah berkahwin lain tanpa pengetahuan aku.

Aku rasa macam tak percaya, tergamak betul suami buat aku macam ni dengan sarat mengandungkan anak dia. Sempat lagi dia curang belakang aku.

Rupanya aku bagi dia lepak sebenarnya lepak dia tu pergi cari perempuan lain. Apa yang aku buat kat suami aku sampai aku kene macam ni,

Lepas saja dapat whatsap dari orang tu aku terus call husband aku, kebetulan waktu tu husband aku keje.

Dan orang yang bagi maklumat tentang husband aku tu siap tunjuk gambar suami aku pakai pakaian pengantin dengan perempuan tu.

Isteri mana yang tak kecewa tiba-tiba suami yang dia percaya pergi keje busy dengan kawan-kawan tiba-tiba ade bini lain. Lepas dapat call dari aku suami aku kelam kabut balik rumah, untuk bagitahu perkara sebenar.

Memang dia dah berkahwin dengan perempuan yang bergelar janda anak tiga, tergamak betul perempuan tu. sama level dengan suami aku.

Tapi cara dia berkahwin memang menyakitkan hati. perempuan tu banyak duit.

Dia tau laki aku ade tanggungan jadi dia yang selesai kan sume kos perkahwinan. Sanggup pulak bayar tok kadi untuk selesai kan dokumen kahwin tanpa persetujuan isteri pertama.

Bayar saja 7k terus orang setelkan surat2 perkahwinan sume. Senang kan ?

Banyak sangat duit sampai suami pon dia beli. Aku bukan nak salahkan perempuan tu. Suami aku pon sama jugak.

Tapi tulah nasi dah jadi bubur, aku mengamok macamana sekali pon suami dah kahwin lain. Aku betul-betul kecewa dengan suami aku.

Keesokannya aku jumpe perempuan tu maki kaw2, perempuan tu boleh cakap dengan aku dia hanya nak tumpang kasih? Dia tak minta apa-apa dari suami ku.

Dia sanggup bagi masa dia untuk aku sementara aku nak melahirkan anak nanti.

Dalam hati aku apakah??? Aku terus cakap kat perempuan tu, sampai mati pon aku tak nak bermadu dengan kau. Kau ingat kau boleh bahagia dengan suami aku. Sorry, aku terus blah.

Sekarang suami aku banyak masa dengan aku sebab aku dah nak melahirkan anak kami. Aku dah tak nak fikir apa-apa tentang perempuan yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku.

Doakan aku selamat melahirkan. Tentang suami aku dah perempuan tu, pandai-pandai la suami aku fikirkan. Yang pasti aku tak rela di MADU. Sekian.

– Intanberlian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *