Aku Dah Tak Kuat Hidup Dalam Keluarga Ini

Hye aku nak luah perasaan aku. Aku seorang perempuan umur 19 tahun ni. Aku ada 3 adik beradik dan aku anak kedua dari 3 adik beradik. Kakak aku umur 27 dah kawin 3 tahun lalu dan dah ada anak. Adik aku pula umur 10 tahun.

Aku alami second child sydrome. Aku selalu disisihkan oleh bapak aku. Kakak aku anak kesayangan bapak aku yang sampai sekarang dah ada anak bapak aku masih bagi duit setiap bulan dekat dia. Adik aku laki anak bongsu.

Jujur aku cakap keluarga aku memang bukan keluarga bahagia. Dari aku kecik aku selalu nampak parent aku bergaduh setiap masa, berpukulan, bermakian dan aku juga pernah saksikan bapak aku hampir bunuh mak aku dengan pisau pemotong ikan masa dorang gaduh.

Kami jarang sekali makan sekali, keluarga jalan-jalan sekali dan duduk sekali. Malah selama 19 tahun aku hidup kami tak pernah ada gambar sekali sayu keluarga.

Apa yang buat aku sedih dan aku rasa tak kuat nak lalui semua ni adalah sebab aku selalu disisihkan bapak aku.

Waktu kakak aku tinggal sekali dengan aku dulu bapak aku selalu beli makanan tapi yang buat aku terasa dan nak nangis dia cuma beli dua iaitu untuk adik dan kakak aku sahaja.

Bila aku ambik bahagian kakak aku dia marah aku suruh letak balik. Bapak aku juga tak ambil kesah pasal aku.

Aku ingat lagi dulu masa darjah 5 &6 aku banyak ambik anugerah cemerlang dapat banyak piala jadi aku bagi la tau bapak aku. Kalau respon parent lain mesti bangga kan? Tapi respon bapak aku ” Dapat plastik je buat apa “.

Kalau aku duduk ruang tamu aku ajak dia berbual dia tak pernah respon tapi kalau kakak atau adik ajak bual dia respon. Kalau aku duduk ruang tamu mesti ada je yang dia rasa aku buat tak kena.

Semua tu buatkan aku tak suka duduk dekat ruang tamu jadi aku pilih untuk menyendiri dalam bilik sebab aku rasa aku tak diperlukan dalam keluarga ni.

Start form 3 dia selalu tuduh aku ambik dadah. Padahal aku tak ambik dadah dan badan aku bukan kurus aku chubby.

Kau tau tak sakitnya hati aku bila bapak kau yang sepatutnya jadi hero kau cakap macam tu. Sampai aku batuk dalam bilik pun dia pecahkan pintu bilik aku cakap ambil dadah. Aku beli sabun pencuci muka yang buku aku potong kecik-kecik letak di tandas tu pun dia cakap itu dadah.

Ya Allah sakitnya. Dia tak fikir ke mana aku dapat duit nak beli dadah? Benda tu buatkan aku malas nak pegi sekolah dan aku tak keluar bilik aku cuma habiskan masa aku dalam bilik dengar lagu dan tidur sebab aku taknak pikir semua tu sebab aku jenis yang overthinking.

Dan dari situ juga aku mula dapat insomnia sampai sekarang. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu aku pergi sekolah masa form 3 dia bagi RM5.

Lepas tu masa form 4 makin kurang jadi RM 4 dan masa form 5 aku nak SPM tu la aku paling struggle dia cuma bagi RM1 untuk duit belanja aku pergi sekolah sedangkan aku selalu ada kelas tambahan sampai pukul 5.

Aku dia cuma bagi RM1 adik aku yang baru darjah 2 waktu tu dia bagi RM4. Korang faham tak bertapa sakitnya hati aku.

Start form 2 dia dah tak belikan aku baju sekolah dan baju raya. Baju biasa apatah lagi sedangkan bra dan spender pun dia tak pernah belikan sampai la sekarang. Baju aku semuanya baju bekas jiran kasi ataupun kawan mak aku kasi.

Kalau ada baju cantik pun sehelai dua ja itu pun baju yang aku beli sendiri dengan duit aku kerja part time.

Jadi mula form 2 setiap cuti sekolah aku kerja part-time untuk beli keperluan aku. Setiap cuti sekolah aku tak pernah duduk rumah aku akan pergi kerja kalau cuti pun selalunya aku OT sebab aku tak nak duduk rumah.

Masa form 3 patutnya aku pt3 tapi disebabkan aku stress dengan bapak aku aku tak ambik kesah langsung aku selalu tak datang sekolah. Form 3 tu jugak aku kerja part-time setiap Jumaat-Ahad selama setahun setengah.

Form 4 & 5 aku better sikit sebab aku nak ambik SPM. Tapi perlakuan bapak aku masih macam tu. Aku kuatkan semangat je aku buat tak tau je dengan dia. Aku akan spent masa aku dekat sekolah sampai pukol 5-6 sebab aku tak nak balik rumah hadap muka bapak aku.

Aku memang tak bercakap langsung dengan dia sebab dia pun taknak bercakap dengan aku taknak respon kalau aku cakap atau bercerita dekat dia.

Masa awal tahun form 5 tu kakak aku kawin. Mewah majlis kawin dia. Habis je majlis kawin tu parent aku cakap nanti kau kawin pakai duit sendiri aku tak nak tanggung langsung. Aku pun owh okey je tapi dalam hati sapa tau. Majlis kawin kakak aku sumpah mewah hahaha.

Waktu form 5 ni la paling perit bagi aku. Pergi sekolah bagi RM1 kadang tak bagi. Jadi kadang aku mmg tak makan sebab dan save duit untuk tambang naik bas. Masa SPM mak aku tinggal aku untuk jaga kakak aku bersalin.

Nak jejak masuk dewan peperiksaan aku memang nangis sebab takda siapa yang support time nak SPM. Adik aku dengan bapak aku dorang keluar 2 orang sampai pukol 10/11 baru balik.

Habis SPM aku terus cari kerja dan dapat kerja cashier. Alhamdulillah tahun lepas mampu beli barang keperluan aku sendiri dan bagi mak duit sikit. Aku kerja dari pukol 8 sampai nak dekat pukul 1 kadang kadang baru sampai rumah.

Kerja aku sepatutnya habis pukul 10 tapi kadang kadang ada extand hour, kena kira duit, buat report dan tunggu turn cash manager check balik kita kira betul ke tak jadilah pukul 11/11.30 baru keluar dari bangunan.

Tunggu bas sampai pukul 12 takda bas dan aku duduk dekat bustop sorang sorang. Bila aku call bapak aku suruh ambik aku dia marah-marah taknak ambik. Dan akhirnya pukul 12.30 baru bas datang last bas. Pukul 1 baru sampai depan rumah aku. Hari-hari ulang rutin sama.

Bulan 3 result SPM pun keluar. Alhamdulillah aku dapat 7A 3B tapi layanan yang sama aku dapat. Takda congrats takda apa aku dapat.

Masa dapat result tu semua kawan aku call parent dorang. Time tu aku rasa lonely gila aku takda siapa nak call kalau aku call pun dorang tak angkat.

So bila dapat result SPM perasaan aku memang hambar. Lepas dapat result aku keluar dengan kawan aku.

Balik tu dorang gaduh dengan aku aku sekali kena. Buatkan aku fikir nak bunuh diri. Tapi aku dah memang banyak kali fikir nak bunuh diri sebab masalah ni semua. Tapi Allah masih sayang aku.

Bulan 5 result UPU keluar aku dapat tawaran masuk ipta. Aku cakap dekat bapak aku nak sambung tapi dia kata tak payah dia taknak bayar apa semua. Padahal kakak aku yang dah kawin tu dia boleh bagi duit setiap bulan. Time tu aku memang pasrah.

Aku ada je simpanan kerja tapi macam mana untuk sem sem lain nanti takkan nak tergantung macam tu. Lepastu mak aku gaduh semua dengan bela aku.

Ntah la mak aku cakap apa dekat dia lagi seminggu nak masuk tu baru dia bagi aku masuk ipta. Tapi dia cuma bayar yuran masuk je. Barang keperluan semua nak mask ipta tu semua aku beli pakai duit aku sendiri.

Masa sem 1 sampai sem 2 tu buku semua pakai duit aku. Setiap bulan dia cuma bagi RM200/300 tak termasuk topup dan tambang balik kalau cuti. Tu pun kalau aku tak balik rumah dia tak bagi takda transfer duit kat aku.

Masa sem 2 phone aku rosak aku mintak kat dia tolong belikan phone baru itu pun macam pengemis dia tak bagi.

Last-last mak aku bagi duit rm400 untuk beli tambah duit simpanan aku yang tinggal RM300. Ipt kalau takda telefon susah lecturer bagi tahu kerja kelas semua guna whatsapp.

So sekarang aku bajetkan seminggu RM40 je. Kalau tak cukup untuk seminggu aku makan maggi la.

Tu pun selalunya aku puasa Isnin Khamis and aku beli nasi tengah hari aku bahagikan dua untuk makan tengahari dan malam. Tapi nasib la aku ada buat paid survey and kerja partime waktu cuti sem.

Last, aku dah pernah cakap luah dekat bapak aku semua yang dia buat apa yang aku rasa tapi respon dia hanya ” Kau kalau bapak orang lain kau dah mati dia bunuh. Aku ni je yang baik dari bapak orang lain”

Sampai situ je aku nak luah. Kalau aku nak tulis semua takkan habis.

– Lifeless (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *