Aku Dah Tak Nak Hidup

Assalamualaikum. Nama aku Senja, berusia hujung 20an, isteri dan ibu kepada anak lelaki 6 bulan yang sangat comel. Sudah berkahwin 2 tahun lebih.

Aku menulis cuma mahu meluah. Maaf jika penulisan sangat teruk, lama sangat tidak menulis dan bercakap dengan manusia.

Tiada kawan untuk meluah. Dah lama rasanya tak bercakap dengan orang. Kawanku hanya dinding, kerusi, kuali dan anak kecilku.

Ya aku suri rumah kepada suami yang boleh dikira stabil bergaji lebih 10k sebulan.

Sebelum ini aku memang bekerja tetapi kerana alahan yang teruk kerap ke hospital, terlalu kerap muntah sampai berdarah dan lembik.

Aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja sehingga la sekarang, sayang nak tengok anak membesar.

Orang cakap untung jadi suri rumah dapat jaga anak. Ya aku bersyukur dapat melihat anak dari lahir sehingga sekarang.

Tapi kenapa hati aku kepala aku sangat sakit. Semalam terdengar suara ambik la pisau ambik la kaca torehla tangan. Ya Allah aku mengucap menangis dalam solat. Aku tak bersyukur ke ya Allah.

Aku dulu memang seorang introvert. Dari kecil sangat pemalu. Sehingga guru kelas sekolah rendahku pernah cakap dekat umi ayah ku “ohh saya ingat dia bodoh sebab pendiam sangat”.

Masuk Tapi alhamdulillah dari upsr, pmr, spm memang aku antara pelajar straight A.

Lepas dari sekolah rendah aku dah lupa pasal tu, dan aku cuba nak lupakan jugak pasal guru tu sebab pedih yaa bila guru kau dari darjah 4 sampai darjah 6 mengajar dia cakap aku bodoh.

Foundation dan degree ku juga alhamdulillah bukanla setiap semester tetapi ada la jugak sem2 dan subjek yang aku score dan dekan.

Aku rasa aku sakit start dari university lagi. Tetapi tidaklah teruk sekadar burnouts dan migraine.

Bermula dari awal perkahwinan, first time berjumpa dengan family besar suamiku, biasa la kita first time jumpa untuk orang introvert sangat janggal. Sekadar senyum dan gelak2 bila orang melawak.

Tetapi suami ku cakap cubalah awak ni bercakap dengan orang, orang ingat awak sombong dah tu.

Aku macam terkedu, ditinggalkan sorang2 dengan family besar dan terasa sangat janggal. Lepas tu aku setiap kali balik kampung aku stress aku takut.

Perut aku selalu sakit gastrik sebab terlalu stress fikir macam mana nak buat. Sepupu suami aku sampai sekarang bila bercakap dengan aku nampak sangat tak suka.

Fyi, aku masih boleh berbasa basi dengan orang, bersembang tapi tidak la huhaa huhaa bising2 dan aku kalau balik kampung bukan jenis terperap dalam bilik. Tapi takpe la aku tak kisah la pasal tu.

Tapi mental aku makin teruk bila aku pregnant. Ye semua orang tau perempuan mengandung emosi tak stabil. Di tambah dengan alahan teruk lagi lah aku hari2 menangis. Suami?

Suami aku kerja shift tak boleh salahkan dia. Kadang2 balik pagi terus masuk bilik belakang, tido sampai petang untuk kerja (bangun solat tido balik).

Kalau kerja siang malam macam tu la. Balik main game dulu. Penat aku faham.

Aku? Ye start dari sini aku dah makin teruk. Makan tak, jadinya alahan makin teruk. Aku tak mintak banyak cuba nak suami aku tanya aku macam mana, baby macam mana.

Dari awal mengandung sampai sekarang dia tak pernah tanya aku. Bila aku bercerita pasal aku dalam whatsapp dia tak akan reply.

Kalau pasal anak ye dia reply. Bersembang pulak kalau pasal aku memang tak ambik tahu la. Dengar sambil main phone takpon main game.

Btw, aku cuma cakap aku penat harini, family aku ni. Bukan la cerita yang nak suruh solve masalah.

Aku cuma nak kawan mendengar. Respond to my thought je. Kalau bukan suami sendiri siapa lagi nak bercakap dengan aku. Jadi sampai harini aku dah tak bercakap pasal aku. Aku sakit aku sendiri.

Haritu aku demam dan batuk teruk. Sampai tak boleh bernafas dalam tido pon tercungap mungkin pernah kena covid dulu.

Aku whatsapp dia aku tak boleh bernafas, ada wheezing sound. Tapi macam biasa no respond :) aku tak boleh ke klinik sendiri sebab kereta aku tingalkan dekat kampung lepas berpantang haritu.

Sekarang dalam seminggu aku tak boleh tido, aku cerita dekat dia malam2 ada orang bisik2 dekat telinga, dekat kepala aku. Aku penat.

Tapi macam biasa laa dia cakap hantu la tu sambil tengok phone. Takpe la asalkan aku dah cakap kan.

Pasal pantang aku malas nak bercerita terlalu banyaj buat aku menangis. Tapi alhamdulillah susu aku cukup2 je untuk anak.

Sebelum aku kahwin aku bukan la ada high expectation pon dengan lelaki tapi aku taktau kahwin buat sakit aku makin teruk.

Hal rumah memang semua aku yang buat. Bangun tido terus ke dapur masak bekal untuk dia, kemas rumah, beli barang, buang sampah, jaga anak.

Sebab mak dia cakap memang anak dia memang tak pernah buat kerja rumah. So aku faham je. Takpe la. Aku ikhlas buat semua ni lillahitaala. Tapi kenapa aku rasa aku kahwin dengan diri sendiri je.

Aku taktau la cukup la sampai sini. Nanti cakap lebih2 orang dekat sini cakap aku aibkan suami kann. Terima kasih baca confession aku.

Terima kasih sangat finally aku dalat lepaskan apa dalam hati aku dalam kepala aku.

Maaf jika tulisan aku terlalu serabut. Aku sedia terima kecaman :)

– Senja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *