Assalamualaikum semua, hari ini aku nak berkongsi dengan semua kisah hidup aku sekarang. Aku mohon para pembaca untuk memberi jalan penyelesaian dan bantu aku untuk selesaikan masalah aku ini.
Terima kasih banyak aku ucapkan terlebih dahulu pada pembaca yang sudi berkongsi pendapat mereka pada post aku ini.
Aku Azura, berusia 20-an dan masih lagi single. Aku bekerja dalam bidang professional di syarikat multinasional terbesar di Malaysia. Sejak dari awal hidup aku agak smooth dari segi pelajaran mahupun bidang pekerjaan.
Aku antara pelajar cemerlang di universiti dan apabila tamat sahaja belajar, belum sempat konvokesyen, aku sudahpun mendapat tawaran bekerja.
Dan aku juga menjadi antara pekerja yang disayangi bos-bos aku disebabkan kerajinan aku dan juga banyak menyelesaikan masalah-masalah yang melanda syarikat dan department aku.
Walaupun masih baru bekerja, aku menjadi antara orang yang mendapat kepercayaan bos dan sering mendapat pujian bos dan rakan-rakan. Gaji aku pula agak tinggi disitu melebihi orang yang sudah pun bekerja selama beberapa tahun.
Hidup aku dari awal nampak mudah bukan? Namun begitu, entah kenapa sejak dua menjak ini hidup dan hati aku rasa kosong sangat. Rasa ada benda yang tak kena sedangkan tak ada cabaran besar pun dalam hidup yang melanda.
Semuanya okay-okay saja. Tapi jiwa aku ini masih resah dan tak tenang. Aku rasa itu berkait rapat dengan keadaan aku sekarang ini yang sudah tidak lagi mendirikan solat.
Aku dahulunya rajin solat lima waktu. Namun begitu, akibat keaalpaan aku sendiri dan juga kerana terlalu sibuk bekerja. Lama-lama, aku tinggalkan sedikit demi sedikit solat itu. Lama-lama terus aku tinggalkan solat lima waktu.
Bukan itu sahaja, mata aku senang sangat melihat maksiat terutamanya di telefon. Ya, aku tahu, aku teruk. Hati aku sudah hitam.
Aku sebenarnya berperang dengan diri aku sendiri. Aku tahu berdosa besar tinggalkan solat. Dari luaran aku bertudung litup, nampak seperti gadis alim. Namun dalaman aku teruk.
Aku dapat rasa yang nikmat masa aku setiap hari Allah Tarik dan rasa pendek sangat. Setiap hari seperti terkejar-kejar melakukan kerja dan masa satu hari seperti tidak cukup untuk aku.
Aku pernah dengar ceramah berkenaan orang yang tidak solat ini, Allah akan tarik nikmat masa dia. Semuanya rasa sekejap saja.
Aku sedaya upaya cuba untuk bangkit solat semula, tapi setiap kali mahu mendirikan solat. Hati aku rasa berat sangat.
Kadang-kadang waktu solat, aku boleh menguap banyak kali. Kadang kala pula aku boleh tertidur diatas sejadah.
Setiap hari juga aku akan mengunci jam untuk bangun tahajjud. Aku tahu tahajjud boleh melembutkan hati yang penuh dosa.
Namun begitu, apabila jam berbunyi aku akan tutup semula dan sambung tidur kembali. Aku seperti tiada tenaga dan sangat berat untuk solat. Jiwa aku rasa berat.
Aku juga cuba sedaya upaya mendengar ceramah tentang dosa meninggalkan solat, mendengar ayat-ayat al-quran dan cuba istighfar setiap hari supaya Allah lembutkan hati aku, supaya dosa-dosa aku gugur dan Allah rajinkan aku solat semula.
Kadang kala aku merintih seorang diri dalam hati dengan dosa-dosa aku ini. Namun begitu, keadaan aku masih sama. Setiap kali mahu solat, hati aku akan rasa berat dan akan rasa mengantuk sangat.
Aku rasa berdosa. Begitu banyak nikmat dan rezeki yang Allah limpahkan pada aku, tapi aku menjadi hambanya yang tidak bersyukur.
Mohon bantuan para pembaca, apa yang patut aku lakukan?
Harap pembaca sudi kongsikan tip-tips yang boleh aku gunakan supaya aku rajin solat kembali.
– Azura (Hamba yang berdosa) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum Sis
Bagaimana dgn solat sis sekarang? I am actually in a similar situation like you. Grew up in a family yang tak solat, ayah solat tapi tak consistent, hanya Subuh and Jumaat saja dia jarang tinggal. Tapi bila dia travel, mmg dia tinggal solat. Ibu pula, mmg tak pernah tgk dia solat.
Tapi my parents sent me to sek rendah agama, kelas mengaji, belikan telekung, sejadah, semua tu.. cuma tu la, hati mereka sendiri tak terbuka. I used to solat when I was in boarding school, tapi bila balik Rumah, terikut budaya di rumah. The cycle repeated when I studied in the Uni, solat sebab stay dgn housemates.. when I worked outside KL.. tapi after returning to KL and moved in with my parents, terikut semula tak solat..
Every day I hate myself.. sebab tak solat… people think I am alive good Muslim because I’m friendly nice and helpful to people.. that is just my personality.. I can really feel it, nikmst masa ditarik…
I am also afraid Akan dikecam dan dikeji oleh my friends and my colleagues, if people find out, I don’t pray… I am in my late 30s now